• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp perkenal ciri keselamatan baru untuk lindungi anda daripada scammer

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:46 pm
  • 06/08/2025
  • Komen
WhatsApp perkenal ciri keselamatan baru untuk lindungi anda daripada scammer
Share on FacebookShare on Twitter

Penipuan dalam talian semakin berleluasa, dan aplikasi pemesejan seperti WhatsApp sering menjadi platform pilihan scammer untuk mencari mangsa. Menyedari ancaman ini, WhatsApp kini memperkenalkan beberapa penambahbaikan keselamatan untuk melindungi pengguna, termasuk ciri baharu yang beri amaran sebelum anda masuk ke kumpulan mencurigakan.

Safety Overview bantu kenal pasti kumpulan sebelum sertai

Salah satu ciri terbaru yang diperkenalkan ialah “Safety Overview”, iaitu notifikasi keselamatan yang akan muncul jika seseorang yang bukan dalam senarai kenalan anda menambah anda ke dalam kumpulan WhatsApp.



Daripada terus dibawa masuk ke dalam kumpulan yang berpotensi mencurigakan, anda akan lihat terlebih dahulu maklumat penting tentang kumpulan tersebut serta beberapa tip keselamatan. Jika anda rasa ia adalah scam, anda boleh terus keluar dari kumpulan tersebut tanpa perlu buka chat.

Namun, kalau anda rasa anda kenal kumpulan tersebut, anda boleh pilih untuk melihat perbualan terlebih dahulu. Apa pun, notifikasi daripada kumpulan akan disenyapkan secara automatik sehinggalah anda pilih untuk kekal berada dalam chat.



Ciri baharu bantu kenal pasti scammer dari luar aplikasi

WhatsApp juga sedar bahawa scammer kadangkala mula ‘pancing’ mangsa melalui laman sosial atau platform lain, sebelum minta sambung perbualan di WhatsApp.

Untuk elak perkara tersebut berlaku, WhatsApp memaklumkan mereka sedang menguji ciri baharu yang akan beri lebih konteks apabila anda mula berbual dengan nombor yang tiada dalam kenalan anda. Ia akan paparkan info tambahan tentang siapa mereka, supaya anda boleh buat keputusan yang bijak sebelum teruskan perbualan.

Lebih 6.8 juta akaun sudah disekat

240102 WhatsApp carian nama pengguna

WhatsApp juga mendedahkan bahawa mereka telah menyekat lebih 6.8 juta akaun yang dikaitkan dengan aktiviti scam dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Mereka menjelaskan bahawa banyak pusat penipuan ini mempunyai kaitan dengan jenayah terancang dan buruh paksa, khususnya yang beroperasi di Asia Tenggara.

Menurut WhatsApp, akaun-akaun ini dikesan serta dihapuskan secara proaktif sebelum sempat digunakan untuk menipu pengguna.

Ciri baharu yang diumumkan hari ini melengkapkan lapisan keselamatan sedia ada, yang menggunakan pembelajaran mesin untuk mengesan dan menyekat akaun scam secara besar-besaran. Ia ini termasuk fungsi seperti Context Cards, sekat dan laporkan mesej mencurigakan, senyapkan panggilan dari nombor tidak dikenali, serta kawalan siapa yang boleh tambah anda ke dalam kumpulan.

Akhir sekali, WhatsApp mengingatkan pengguna untuk sentiasa berwaspada, berhenti dan berfikir sebelum membalas mesej yang mencurigakan terutamanya dari nombor yang tidak dikenali.

Tags: metascammerwhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

WhatsApp perkenal ciri keselamatan baru untuk lindungi anda daripada scammer

WhatsApp perkenal ciri keselamatan baru untuk lindungi anda daripada scammer

6 August 2025
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN