• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:44 pm
  • 07/08/2025
  • Komen
Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung Julai lalu, kami melaporkan bahawa Xiaomi Malaysia bakal membawa masuk mesin 2-dalam-1 Mijia Front Load Washer Dryer ke pasaran tempatan. Kini, ia akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia, dan menariknya, Xiaomi turut menawarkan diskaun istimewa untuk masa terhad.

Harga Xiaomi Mijia Washer Dryer di Malaysia

Mijia Front Load Washer Dryer dijual di Malaysia pada harga rasmi RM2,299. Tetapi, Xiaomi menawarkan promosi pembelian awal, anda mendapatkannya pada harga serendah RM1,499. Sementara promosi berjalan dalam waktu terhad, Xiaomi tidak menyatakan bila promosi ini akan tamat.



Bagi yang berminat, mesin ini boleh mula dibeli bermula jam 8 malam pada 7 Ogos 2025 menerusi Mi.com dan Lazada. Ia juga akan tersedia di Shopee bermula dari 14 Ogos.

Sebagai alternatif, anda juga boleh lihat dan beli Mijia Front Load Washer Dryer ini di kedai fizikal Xiaomi di lokasi seperti berikut:



  • Xiaomi Store The Exchange TRX
  • Xiaomi Store IPC Shopping Centre
  • Xiaomi Authorized Store The Mines
  • Xiaomi Authorized Store IOI Mall Puchong
  • Xiaomi Authorized Store Setapak Central
  • Xiaomi Authorized Store Pavilion KL
  • Xiaomi Authorized Store AEON Mall Bukit Tinggi
  • Xiaomi Authorized Store Setia City Mall
  • Xiaomi Authorized Store Central i-City
  • Xiaomi Authorized Store KB Mall
  • Xiaomi Authorized Store Ipoh Parade
  • Xiaomi Authorized Store AEON Mall Station 18
  • Xiaomi Authorized Store Sunshine Mall

Setiap pembelian Mijia Front Load Washer Dryer juga akan disertakan dengan penghantaran dan pemasangan percuma di semenanjung Malaysia, serta waranti keseluruhan 2 tahun waranti 12 tahun untuk motor.

Spesifikasi Xiaomi Mijia Front Load Washer Dryer

Seperti namanya, Mijia Front Load Washer Dryer ini merupakan mesin 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi basuh dan kering, dengan kapasiti maksimum 10.5kg untuk basuhan dan 7kg untuk pengeringan. Ia menggunakan drum berdiameter 525mm dan dikatakan mampu menyingkirkan bakteria sehingga 99.99% dan 100% debu.

Xiaomi turut menyediakan 32 program cucian berbeza, termasuk mod “Quick Wash & Dry” yang membolehkan cucian dan pengeringan siap dalam hanya 59 minit. Mesin ini juga hadir dengan ciri “Smart Wash”, iaitu sistem pengesanan beban automatik yang menilai berat cucian untuk mengoptimumkan penggunaan air dan masa, sekali gus membantu menjimatkan tenaga.

Untuk pengeringan pula, terdapat sensor pintar yang mengawal suhu dan masa pengeringan secara automatik Bukan itu sahaja, ia turut lengkap dengan fungsi “Smart Dry Control” yang akan menghentikan proses pengeringan apabila pakaian sudah benar-benar kering, jadi anda tak perlu risau baju terlebih panas atau rosak.

Untuk kawalan, mesin basuh ini boleh dioperasikan melalui panel sesentuh di bahagian atas kanan mesin, atau secara jauh menggunakan aplikasi Xiaomi Home kerana ia menyokong sambungan WiFi. Anda boleh kawal masa basuhan, terima notifikasi, dan aktifikan fungsi seperti Refresh & Loosen untuk elakkan baju berbau selepas kitaran basuh tamat.

Layari laman produk Xiaomi Front Load Mijia Washer Dryer untuk ketahui lebih lanjut.

Tags: xiaomixiaomi malaysiaXioami Mijia Washer Dryer
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

7 August 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN