• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Malaysia akan lancar MagicBook Art 14 2025 dan MagicPad 3 pada 20 Ogos

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:43 pm
  • 15/08/2025
  • Komen
Honor Malaysia akan lancar MagicBook Art 14 2025 dan MagicPad 3 pada 20 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua peranti baru untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi, iaitu laptop Honor MagicBook Art 14 2025 dan tablet flagship MagicPad 3. Pelancarannya dijadual berlangsung pada hari Rabu, 20 Ogos 2025.

Kedua-duanya adalah pengganti model tahun lepas MagicPad 2 dan MagicBook Art 14 2024, tetapi dikemas kini dengan cip lebih berkuasa serta diberikan beberapa perubahan kecil pada bahagian kosmetik. Setakat ini, maklumat harga untuk kedua-dua produk akan datang ini masih belum diumum.



Namun begitu, maklumat spesifikasi MagicBook Art 14 2025 dan MagicPad 3 telah pun tersenarai di laman produk globalnya, dan ini apa yang anda boleh jangka.

Honor MagicBook Art 14 2025

Honor MagicBook Art 14 merupakan jawapan Honor kepada MacBook Air, dengan berat sekitar 1kg dan ketebalan hanya 11.5mm. Uniknya, ia dilengkapi dengan kamera magnetik boleh tanggal yang boleh dipasang dan dipusing pada bahagian bezel atas skrin.



Untuk model 2025, Honor menaik taraf laptop ini dengan cip pemproses baharu serta pilihan warna terkini yang diinspirasi daripada “Colour of the Year 2025”, iaitu warna coklat yang nampak premium berdasarkan laman web pantone.

Berdasarkan laman produk global, Honor MagicBook Art 14 2025 menggunakan skrin OLED sentuh bersaiz 14.6” dengan resolusi 3120×2080 pada nisbah 3:2, kadar segar semula 120Hz, serta kecerahan puncak sehingga 1600 nits.

Atas papan utama, MagicBook Art 14 2025 disenaraikan dengan pemproses Intel Core Ultra 7 225H, yang dipadankan dengan RAM LPDDR5x 32GB dan storan SSD seluas 1TB. Buat masa ini, tidak pasti sama ada Malaysia akan menerima konfigurasi yang sama atau pun tidak.

Sebagai perbandingan, model tahun lepas hadir dalam satu varian dengan cip Intel Core Ultra 5 125H, RAM 16GB LPDDR5X dan SSD 1TB.

Lagi ciri lain yang ditawarkan termasuk butang kuasa dengan pengimbas cap jari, sistem audio 6 pembesar suara (dua tweeter dan empat woofer) dengan sokongan Honor Spatial Audio, serta tiga mikrofon terbina. Ia juga dilengkapi papan kekunci bersaiz penuh dengan lampu latar, jarak tekan 1.5mm, dan pad sesentuh multi-touch.

Kapasiti bateri dimuatkan sebesar 60Wh dan dikatakan mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan. Pengecasan 30 minit boleh mengisi sehingga 46% bateri, manakala pengecasan penuh 100% mengambil masa sekitar 95 minit. Untuk sambungan, ia menawarkan port HDMI 2.1, bicu audio 3.5mm, USB-A 3.2 Gen 1, USB-C 3.2 Gen 2, dan Thunderbolt 4.

Honor MagicPad 3

Sementara itu, Honor MagicPad 3 dilengkapi skrin OLED 13.3″ beresolusi 3.2K (3200×2136) dengan kadar segar semula 165Hz, serta menyokong kecerahan puncak HDR sehingga 1000 nits.

Di dalam, ia diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3, namun konfigurasi RAM dan storan untuk pasaran tempatan masih belum didedahkan. Untuk perbandingan, MagicPad 2 terdahulu menggunakan Snapdragon 8S Gen 3 dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

Sistem kamera belakangnya menampilkan tetapan dua kamera, iaitu kamera utama 13MP dan tambahan kamera makro 2MP, manakala kamera hadapan menggunakan sensor 9MP.

Tenaga disalurkan oleh bateri besar Honor Silicon Carbon 12,450mAh dengan pengecasan sokongan 66W, digabungkan dengan sistem audio 8 pembesar suara. Dari segi ketersambungan, ia menyokong WiFi 7 dan Bluetooth 5.4. Secara keseluruhan, badan tablet ini hanya tebal 5.79mm dan berat 595g.

Untuk pengalaman multitugas yang lebih lancar, MagicPad 3 turut ditawarkan dengan pilihan aksesori seperti Magic Pencil 3 dan papan kekunci pintar MagicPad 3 Smart Touch Keyboard. Sejurus keluar kotak, tablet ini menjalankan MagicOS 9.0.1 berasaskan Android 15.

Harga dan tarikh jualan rasmi untuk Honor MagicBook Art 14 dan MagicPad 3 di Malaysia akan diumumkan minggu depan. Untuk perspektif anda, MagicBook Art 2024 dilancar pada harga RM5,999, manakala MagicPad 2 pula berharga RM2,799 sewaktu dilancarkan.

Tags: honorHonor MagicBook Art 14Honor MagicBook Art 14 2025Honor MagicPad 3honor malaysiatablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Malaysia akan lancar MagicBook Art 14 2025 dan MagicPad 3 pada 20 Ogos

Honor Malaysia akan lancar MagicBook Art 14 2025 dan MagicPad 3 pada 20 Ogos

15 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

7 August 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER