• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco M7: Telefon murah bawah RM600 dengan skrin 6.9″ 144Hz & bateri 7,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:04 pm
  • 18/08/2025
  • Komen
Poco M7: Telefon murah bawah RM600 dengan skrin 6.9″ 144Hz & bateri 7,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda cari telefon bajet dengan paparan pantas dan bateri besar bawah RM600, Xiaomi Malaysia kin memperkenalkan Poco M7. Telefon ini hadir dengan skrin besar 6.9” dengan kadar segar semula sehingga 144Hz serta bateri 7,000mAh yang mampu bertahan sehingga 2 hari penggunaan.

Spesifikasi Poco M7 ini banyak berkongsi persamaan dengan Redmi 15 5G yang baru diumumkan baru-baru ini, cuma ia menggunakan cip berbeza, tiada sokongan 5G dan ditawarkan pada harga lebih rendah.



Harga Poco M7 di Malaysia

Poco M7 ditawarkan dalam dua konfigurasi dan berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:

  • Poco M7 6GB + 128GB – RM499
  • Poco M7 8GB + 256GB – RM599

Sebagai perbandingan, ia adalah RM130 lebih murah dari Redmi 15 5G yang berharga RM729.



Seperti biasa, Poco mengadakan promosi pembelian awal untuk Poco M7 membolehkan ia didapati pada harga serendah RM469 untuk masa terhad, bermula 19 Ogos sehingga 31 Ogos 2025.

  • Poco M7 6GB + 128GB – RM499 (Promosi: RM469)
  • Poco M7 8GB + 256GB – RM599 (Promosi: RM559)

Promosi murah Poco M7 ini boleh didapati melalui stor rasmi Mi.com, Lazada dan Shopee. Terdapat tiga warna tersedia untuk peranti ini iaitu perak, biru dan hitam.

Spesifikasi Poco M7

Dari segi kedudukan, Poco M7 adalah model bajet berada di bawah Poco M7 Pro 5G. Untuk perbandingan, Poco M7 Pro 5G dilengkapi cip Dimensity 7025 Ultra, skrin AMOLED 6.67″ dengan kadar segar semula 120Hz serta bateri lebih kecil 5,110mAh.

Sementara itu, Poco M7 pula hadir sebagai model 4G dengan skrin 6.9” Full HD+ (2340×1080) dengan kadar segar semula sehingga 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 850 nits.

Di bahagian dalam, ia dijana cip 6nm Qualcomm Snapdragon 685 4G yang dipadankan dengan sehingga 8GB RAM LPDDR4X serta storan UFS 2.2 sehingga 256GB. Sekiranya tidak mencukupi, ia masih sokong kad microSD sehingga 2TB.

Untuk kamera, ia dibekalkan satu kamera utama 50MP f/1.8, manakala di depan ada kamera swafoto 8MP.

Tarikan utama Poco M7 sudah tentu bateri besar 7,000mAh dengan teknologi Silicon Carbon, yang dikatakan mampu bertahan sehingga 2 hari penggunaan walaupun dalam rekaan kompak. Ia juga menyokong pengecasan pantas berwayar 33W melalui USB-C, serta pengecasan terbalik berwayar 18W.

Menurut Xiaomi, walaupun bateri tinggal 1%, telefon ini masih mampu memberikan masa panggilan sehingga 64 minit. Untuk jangka hayat lebih panjang, ia turut dilengkapi Battery Health 4.0 yang mengoptimumkan strategi pengecasan, serta ciri Zero Power Instant On yang membolehkan telefon dihidupkan semula dalam beberapa saat walaupun bateri telah habis.

Selain itu, Poco M7 juga menerima penarafan kalis percikan air dan debu IP64, sokongan NFC, serta pemancar inframerah.

Tags: PocoPoco M7xiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

18 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Poco M7: Telefon murah bawah RM600 dengan skrin 6.9″ 144Hz & bateri 7,000mAh

Poco M7: Telefon murah bawah RM600 dengan skrin 6.9″ 144Hz & bateri 7,000mAh

18 August 2025
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER