• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei lancar MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025, harga lebih murah dari model lama

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:39 pm
  • 19/08/2025
  • Komen
Huawei lancar MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025, harga lebih murah dari model lama
Share on FacebookShare on Twitter

Tablet kelas pertengahan Huawei kini telah dikemas kini dengan pelancaran model terbaru, Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025. Berbanding model sebelumnya yang diperkenal sekitar Februari tahun lalu, model baharu ini diberikan beberapa naik taraf termasuk bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas, serta kini hadir dengan aplikasi GoPaint.

Harga Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 di Malaysia

Terdapat satu varian yang ditawarkan untuk Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025. Menariknya, harga model baru ini RM400 lebih murah dari generasi sebelumnya yang berharga RM1,999. Berikut adalah harga jualan tablet MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 di Malaysia:



  • Huawei MatePad 11.5 2025 PaperMatte Edition – RM1,599

Tempahan awal untuk miliki tablet MatePad 11.5 2025 ini telah pun dibuka sekarang sehingga 26 Ogos 2025. Anda boleh mempratempahnya dengan meletakkan deposit RM50, dan akan terima hadiah bernilai sehingga RM698, berupa pen stailus Huawei M-Pencil gen 3 dan perisian PC-Level WPS 2.0.

Lebih menarik, pembelian turut akan disertakan dengan papan kekunci wayarles Smart Keyboard terus dalam kotak. Mereka yang meletakkan deposit juga akan nikmati rebat RM50 dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah, termasuk tablet MatePad 11.5 2025.



Jualan umum dan penghantaran tablet akan dibuat bermula 27 Ogos. Kalau berminat, anda boleh dapatkan MatePad 11.5 2025 menerusi stor dalam talian Huawei, atau gedung rasmi Huawei di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025

Rupa tablet MatePad 11.5 PaperMatte Edition baharu ini tidak banyak dari MatePad 11.5 PaperMatte 2024, selain daripada modul kamera yang sedikit berbeza. Tetapi, dimensi model 2025 ini sedikit lebih nipis pada 6.1mm dengan berat 515g, dan ditawarkan dalam warna kelabu dan ungu baharu.

Atas papan utama, tablet ini dikuaskakan cip Kirin T82B dengan 8 teras, dan dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB, tiada slot kad mikroSD disediakan Huawei turut mengatakan mereka melengkapkan tablet ini dengan kepingan grafit 67% lebih besar, yang menawarkan peningkatan prestasi keseluruhan sebanyak 25%.

Paparan tablet ini masih menampilkan panel IPS LCD berukuran 11.5″ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits, tetapi kini mempunyai resolusi lebih tinggi 2.5K (2546×1600) dalam nisbah 3:2.

Macam namanya, paparan tablet ini jenis PaperMatte dengan permukaan seperti kertas dan kurang silau, yang menurut Huawei kini 60% lebih kurang reflektif dan tawarkan transmisi cahaya 95% untuk paparan yang lebih jelas. Paparan tablet ini juga menerima pensijilan daripada TUV Rheinland dan SGS, menjadikannya lebih selesa untuk dipandang lama.

Berbanding 7,700mAh di model terdahulu, tablet MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ini dibekalkan dengan bateri 10,100mAh yang dikatakan mampu memberikan masa tontonan video sehingga 14 jam dalam satu isian penuh. Pengecasan pula boleh dilakukan pada paras 40W melalui USB-C. Untuk kamera, ia mendapat kamera belakang 13MP f/1.8 dan kamera depan 8MP f/2.0.

Sistem audio tablet menampilkan empat pembesar suara, dan sejurus keluar kotak, sistem operasi HarmonyOS 4.3 akan digunakan. Selain itu, tablet ini turut didatangkan dengan aplikasi GoPaint buat pertama kali untuk model MatePad bukan Pro, namun ia tidak menyertakan semua ciri seperti yang terdapat pada versi MatePad Pro terbaru.

Tablet ini turut menyokong penggunaan stailus Huawei M-Pencil generasi ke-3 dan papan kekunci Huawei Smart Keyboard, serta ciri ketersambungan seperti Bluetooth 5.2 dan WiFi 6. Tiada sokongan 4G LTE.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MatePad 11.5Huawei MatePad 11.5 2025Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Huawei lancar MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025, harga lebih murah dari model lama

Huawei lancar MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025, harga lebih murah dari model lama

19 August 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER