• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Buds 2a Malaysia: Kini dilengkapi ANC, Gemini & bekas dengan bateri boleh tukar

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:04 pm
  • 21/08/2025
  • Komen
Google Buds 2a Malaysia: Kini dilengkapi ANC, Gemini & bekas dengan bateri boleh tukar
Share on FacebookShare on Twitter

Google bukan sahaja melancarkan telefon pintar Pixel 10. Dalam acara Made By Google baru-baru ini, Google turut memperkenalkan Google Pixel Buds 2a, fon putik lebih mampu milik berada di bawah Buds Pro 2 sedia ada, dan menggantikan Buds a asal yang dilancarkan tahun 2021.

Guna cip Tensor A1, kini ada penyaring hingar aktif (ANC)

Seperti Pixel Buds Pro 2, Google kini memuatkan fon putik Buds 2a baharu dengan cip Tensor A1 untuk pemerosesan audio. Melaluinya, fon putik ini hadir dengan ciri penyaring hingar aktif (ANC) dengan Silent Seal 1.5, pertama kali untuk fon putik siri “a” mereka. Pengalaman audio juga boleh diubah suai menerusi 5 tetapan EQ.



Daripada segi bunyi, audio Buds 2a dikeluarkan menerusi pemandu audio bersaiz 11mm. Ia juga dilengkapi ruang fekuensi tinggi baharu, katanya dapat memastikan bunyi terhasil lebih baik. Untuk panggilan, Google menjanjikan kualiti suara yang lebih baik hasil penggunaan penutup mesh penyekat angin serta sokongan Google AI.

Selain itu, anda juga boleh menyeru Gemini AI secara bebas tangan untuk mendapatkan bantuan atau cadangan, dengan hanya memanggil “Hey Google” atau sentuh lama pada permukaan fon putik Buds 2a, tanpa perlu keluarkan telefon. Sambungan yang digunakan adalah jenis Bluetooth 5.4.



Menurut Google, Pixel Buds 2a mampu menawarkan masa mendengar muzik dan podcast sehingga 7 jam pada fon putik, dan sehingga 20 jam jika digabungkan dengan bekas pengecas. Apa yang lebih menarik, bateri pada bekas pengecas ini boleh ditukar sekiranya kesihatan baterinya merosot selepas beberapa tahun.

Untuk ketahanan pula, fon telinga ini menerima penarafan IP54 untuk perlindungan habuk dan percikan air, manakala bekas pengecas pula dengan penarafan IPX4.

Harga dan ketersediaan Pixel Buds 2a di Malaysia

Pixel Buds 2a akan mula dijual di bermula 9 Oktober 2025. Ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan ungu, berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

Anda boleh dapatkan Pixel Buds 2a secara dalam talian atau di kedai melalui pengedar sah Google, termasuk Shopee, CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Urban Republic, Sen Heng dan TMT.

Tags: Googlegoogle malaysiaGoogle Pixel Buds 2apixelPixel Buds 2a
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Google Buds 2a Malaysia: Kini dilengkapi ANC, Gemini & bekas dengan bateri boleh tukar

Google Buds 2a Malaysia: Kini dilengkapi ANC, Gemini & bekas dengan bateri boleh tukar

21 August 2025
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN