• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel Watch 4 Malaysia: Skrin lebih cerah dan luas, hayat bateri sampai 40 jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:57 pm
  • 21/08/2025
  • Komen
Google Pixel Watch 4 Malaysia: Skrin lebih cerah dan luas, hayat bateri sampai 40 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Selain fon putik Pixel Buds 2a, Google turut melancarkan satu lagi peranti boleh pakai terbaharu, Pixel Watch 4. Merupakan kemas kini daripada Pixel Watch 3 tahun lalu, model baharu ini masih didatangkan dalam dua saiz dengan rekaan serupa, tetapi telah ditambah baik dari segi skrin, hayat bateri dan fungsi AI.

Perkara baru pada Pixel Watch 4

Sekilas pandang, Pixel Watch 4 memang nampak tidak terlalu berubah berbanding generasi sebelumnya. Badannya masih berbentuk bulat melengkung. Namun, skrin model baharu ini, yang dipanggil Google Actua 360, sebenarnya lebih besar, kerana menampilkan bezel 16% lebih nipis menjadikan skrin 10% lebih luas.



Selain itu, skrinnya turut memiliki kecerahan 50% lebih tinggi berbanding 3,000 nits di Pixel Watch 3. Dua saiz yang ditawarkan masih sama, iaitu 41mm dan 45mm.

Dari segi kesihatan, Google mendakwa Pixel Watch 4 mempunyai penjejakan tidur paling tepat yang pernah ada pada siri Pixel Watch. Ia juga dilengkapi pengecaman aktiviti berasaskan AI, membolehkannya menjejak aktiviti seperti tenis. Secara keseluruhan, terdapat lebih daripada 40 mod senaman yang boleh dipilih.



Terdapat juga ciri baharu Morning Brief, yang akan memberikan ringkasan harian dalam masa lebih kurang 30 minit selepas anda bangun tidur. Ia memaparkan skor tidur, tahap kesediaan, beban kardio, perkembangan matlamat kecergasan, serta laporan cuaca.

Ciri-ciri kesihatan lain yang masih dikekalkan termasuk ECG, notifikasi irama jantung tidak sekata untuk mengesan tanda fibrilasi atrium (AFib), pemantauan oksigen dalam darah, serta pengesan kadar degupan jantung. Jam ini juga menyokong GPS dwi-jalur untuk penjejakan yang lebih tepat.

Pixel Watch 4 dijana oleh Wear OS 6 berasaskan Android 16. Ia hadir dengan rekaan UI Material 3 Expressive terbaru, dan yang lebih penting, Gemini terbina dalam yang boleh diaktifkan hanya dengan mengangkat pergelangan tangan. Ini menjadikan Pixel Watch 4 sebagai jam pintar kedua di dunia selepas Galaxy Watch 8 yang menerimanya. Dengan Gemini, anda turut boleh menerima ciri pembalasan mesej berasaskan AI.

Dari segi bateri, Pixel Watch 4 menawarkan 25% lebih lama hayat bateri, sehingga 30 jam untuk model 41mm, dan sehingga 40 jam untuk model 45mm. Kelajuan pengecasan juga meningkat 25%, di mana jam boleh dicas daripada kosong ke 50% dalam hanya 15 minit.

Selain itu, jam pintar terbaru ini memberikan getaran haptik 15% lebih kuat serta pembesar suara yang lebih jelas. Dalam usaha kelestarian, rekaannya kini lebih mudah untuk diselenggara. Akhir sekali, Pixel Watch 4 hadir dengan penarafan IP68 serta kalis air sehingga 50 meter.

Harga dan ketersediaan Pixel Watch 4 di Malaysia

Seperti yang dinyatakan di atas, Google Pixel Watch 4 hadir dalam dua saiz, iaitu 41mm dan 45mm. Jam pintar ini dikatakan akan mula dijual di pengedar sah terpilih di Malaysia pada November 2025. Berikut ialah harga permulaan:

  • Google Pixel Watch 4 (41mm) – bermula dari RM1,749
  • Google Pixel Watch 4 (45mm) – bermula dari RM1,999

Dari segi warna, kedua dua model 41mm dan 45mm boleh didapati dalam dua pilihan sama iaitu kuning atau hitam.

Tags: GoogleGoogle Pixel WatchGoogle Pixel Watch 4Pixel Watch 4
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Google Pixel Watch 4 Malaysia: Skrin lebih cerah dan luas, hayat bateri sampai 40 jam

Google Pixel Watch 4 Malaysia: Skrin lebih cerah dan luas, hayat bateri sampai 40 jam

21 August 2025
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER