• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Tab S10 Lite diperkenal, tablet 5G dengan bateri besar 8,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:41 pm
  • 27/08/2025
  • Komen
Samsung Galaxy Tab S10 Lite diperkenal, tablet 5G dengan bateri besar 8,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengumumkan ketibaan sebuah tablet terbaharu dalam barisan Galaxy Tab S10, iaitu Galaxy Tab S10 Lite. Ia menjadi model kelima diperkenalkan dalam siri ini, dan tampil dengan rekaan dan spesifikasi yang hampir sama dengan Galaxy Tab S10 FE yang diumumkan April tahun ini.

Untuk maklumat anda, kali terakhir Samsung melancarkan model Lite adalah pada tahun 2024 dengan Galaxy Tab S6 Lite.



Spesifikasi Galaxy Tab S10 Lite

Galaxy Tab S10 Lite adalah sebuah tablet berukuran 10.9-inci. Ia menggunakan panel paparan TFT LCD beresolusi WUXGA+ (1320 x 2112) dengan kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Terdapat juga teknologi Vision Booster dengan pengurangan cahaya biru untuk berikan kesenangan pada mata pengguna.

Di dalam, Tab S10 Lite diperkasa dengan cip buatan Samsung, Exynos 1380, sedikit lebih rendah dari 1580 yang digunakan pada Galaxy Tab S10 FE. Tab S10 Lite hadir dalam satu pilihan konfigurasi dengan RAM 6GB dan storan 128GB, dan ia turut menyokong kad mikroSD, membolehkan storan diperluas lagi 2TB sekiranya perlu.



Yang menariknya, meskipun sekadar model kelas permulaan, Tab S10 Lite juga didatangkan dengan sokongan 5G, tetapi tidak dinyatakan sama ada ia akan turut ditawarkan dalam varian WiFi sahaja. Ciri sambungan lain yang ada pada tablet ini termasuk WiFi 6 dan Bluetooth 5.3.

Untuk tenaga, tablet ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 8,000mAh yang sama dengan model Tab S10 FE, dikatakan mampu menawarkan masa tonton video sehingga 16 jam. Jika bateri habis, ia boleh dicas pada kuasa 25W melalui USB-C.

Perkakas kamera Tab S10 Lite menampilkan tetapan dwikamera, iaitu kamera belakang 8MP dan kamera depan 5MP. Selain itu, S-Pen turut disertakan dalam kotak dan tablet ini didatangkan dengan sejumlah ciri produktiviti seperti Handwriting Help untuk bantu anda kemaskan tulisan tangan dan Math Solver untuk bantu selesaikan permasalahan matematik.

Sistem operasi One UI 7 akan digunakan sejurus keluar kotak dan tablet juga menyokong ciri AI seperti Circle to Search, Object Eraser, serta tampil dengan Galaxy AI Key pada sarung papan kekuncinya untuk akses pantas pada pembantu AI.

Ketersediaan Galaxy Tab S10 Lite

Menurut Samsung Malaysia, Galaxy Tab S10 Lite akan tersedia bermula 19 September dan ditawar dalam tiga pilihan warna iaitu kelabu, perak dan merah.

Maklumat harga masih belum diumumkan, tetapi anda boleh jangkakan harga lebih murah dari siri Galaxy Tab S10 FE. Untuk rujukan anda, berikut adalah harga jualan Galaxy Tab S10 FE di Malaysia:

  • Galaxy Tab S10 FE WiFi (12GB+256GB): RM2,199
  • Galaxy Tab S10 FE 5G (12GB+256GB): RM2,699
  • Galaxy Tab S10 FE+ WiFi (12GB+256GB): RM2,799
  • Galaxy Tab S10 FE+ 5G (12GB+256GB): RM3,299

Tags: Galaxy TabGalaxy Tab S10 LitesamsungSamsung Galaxy Tab S10 Lite
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Samsung Galaxy Tab S10 Lite diperkenal, tablet 5G dengan bateri besar 8,000mAh

Samsung Galaxy Tab S10 Lite diperkenal, tablet 5G dengan bateri besar 8,000mAh

27 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER