• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Menarik

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

  • OLEH Penaja
  • 5:57 pm
  • 28/08/2025
  • Komen
​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

Rumah pintar bukan lagi sekadar fantasi. Dengan ekosistem Samsung SmartThings, kehidupan harian anda boleh jadi lebih mudah, selesa dan teratur. Ditambah pula dengan Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Fold7 yang kini mampu jadi pusat kawalan pintar, anda boleh uruskan hampir semua benda hanya dengan beberapa sentuhan, termasuk dari pencahayaan, peralatan elektrik, hinggalah kesihatan.



Mari kita tengok macam mana satu hari penuh boleh berjalan lancar bila semuanya dikawal melalui SmartThings.

Bangun pagi, semua sudah siap sedia

Bayangkan anda bangun tidur, semuanya berlaku secara automatik. Langsir automatik terbuka, lampu bilik menyala perlahan-lahan, manakala penyaman udara melaras suhu berdasarkan kitaran tidur anda yang dipantau oleh Galaxy Watch. 



Semua ini berlaku tanpa anda perlu tekan apa-apa butang, cukup dengan rutin “Good Morning” yang boleh anda tetapkan dalam SmartThings. Hari anda bermula dengan selesa, tenang, dan tersusun, seolah-olah rumah itu sendiri faham apa yang anda perlukan.

Tinggalkan rumah dengan tenang

Nak keluar bekerja atau pergi bercuti? Dengan rutin “Leave Home”, anda boleh tetapkan secara automatik untuk robot vakuum JetBot AI Combo Steam mula membersihkan rumah, padam semua lampu rumah, matikan penyaman udara dan tutup langsir secara automatik. Tak perlu risau lagi sama ada terlupa matikan sesuatu atau tidak.

Kalau tiba-tiba teringat nak semak peti sejuk atau nak pastikan penyaman udara sudah dimatikan, semua boleh dipantau dari jauh melalui SmartThings di Galaxy Z Flip7 atau Z Fold7, tak perlu lagi gunakan banyak aplikasi atau alat kawalan berbeza. 

Baru senang, di mana jua anda berada, rumah anda sentiasa dalam kawalan.

Hidup lebih efisien, lebih jimat

SmartThings bukan sekadar memudahkan, tapi juga menjimatkan masa dan tenaga. Perkara kecil seperti buka langsir, hidupkan pembersih lantai, atau laraskan suhu bilik, bila dijumlahkan boleh ambil banyak minit setiap hari. Automasi ini “kumpul” minit-minit kecil dan berikan anda lebih masa untuk perkara penting.

Yang menariknya, anda juga boleh kawal semua peranti rumah tanpa sentuh telefon pun menggunakan pembantu maya Bixby atau terus kawal dari jam Galaxy Watch. 

Selain daripada itu, SmartThings juga membantu jimat tenaga dan bil elektrik. Contohnya, anda boleh tetapkan jadual untuk mesin basuh atau peralatan tenaga tinggi beroperasi pada waktu luar puncak, manakala peranti yang tidak digunakan akan dimatikan secara automatik. 

Ini bukan sahaja baik untuk dompet anda, tapi juga untuk alam sekitar.

Ekosistem lancar, dari hiburan ke kesihatan

Nak layan filem di TV Samsung dengan audio terus ke Galaxy Buds? Atau nak pastikan rumah kekal bersih dan selesa dengan bantuan JetBot dan penyaman udara pintar? Semua peranti ini saling berhubung dalam ekosistem SmartThings, jadi pengalaman harian terasa lebih lancar dan menyenangkan.

Lebih bagus, SmartThings menyokong ratusan produk, termasuk peranti dengan piawaian Matter. Dari lampu pintar hinggalah ke peti sejuk premium, semuanya boleh bersatu dalam satu sistem kawalan.

Telefon pintar, rumah pintar

Dengan siri Galaxy Z terbaru, SmartThings jadi lebih mudah dan intuitif. Sama ada anda mahu automasikan rutin harian, jimat tenaga atau sekadar pastikan rumah sentiasa selamat, semuanya kini dalam genggaman anda.

Pendek kata, dengan Galaxy Z Flip7 dan Fold7, rumah anda jadi lebih pintar, hidup anda jadi lebih mudah. Tak kira bangun tidur, keluar bekerja atau sedang bercuti, SmartThings memastikan setiap detik lebih selesa, efisien dan tenang, tanpa anda perlu angkat jari pun.

Anda boleh dapatkan kedua-dua peranti lipat terbaru Samsung ini melalui stor rasmi Samsung Galaxy Z Flip7 dan Z Fold7.

Tags: Galaxy Z Flip 7Galaxy Z Fold 7samsungsamsung galaxysamsung malaysia
Penaja

Penaja

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN