• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EV Zeekr bakal dipasang secara tempatan di Tanjung Malim tidak lama lagi

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:18 pm
  • 04/09/2025
  • Komen
EV Zeekr bakal dipasang secara tempatan di Tanjung Malim tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Tanjung Malim nampaknya terus menjadi tumpuan industri automotif berteknologi tinggi di Malaysia. Selain pelancaran kilang EV baharu Proton, satu lagi pengumuman menarik dibuat, kereta elektrik Zeekr bakal dipasang secara tempatan (CKD) di Tanjung Malim tidak lama lagi.

Setakat ini, Zeekr telah memperkenalkan beberapa model di Malaysia, termasuk SUV elektrik Zeekr X dan MPV elektrik Zeekr 009 yang tiba tahun lalu. Bulan lepas, Zeekr memperluas penawaran EV mereka di sini dengan pelancaran Zeekr 7X.



Zeekr X

Selain itu, Zeekr juga menubuhkan Syarikat Jualan Nasional khas untuk Malaysia pada Jun tahun ini, dikenali sebagai Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn. Bhd., sekali gus menunjukkan komitmen mereka terhadap pasaran tempatan.

Namun, maklumat terperinci mengenai operasi CKD Zeekr di Tanjung Malim masih terhad. Apa yang diketahui setakat ini, pemasangan tempatan ini akan dilakukan melalui kerjasama antara Proton dan Geely, yang juga merupakan syarikat induk kepada Zeekr.



Zeekr 009

Tetapi, belum ada pengesahan sama ada operasi CKD ini akan dijalankan di kilang EV Proton atau di fasiliti Zeekr sendiri. Tarikh mula operasi dan model yang bakal dipasang juga masih belum diumumkan.

Projek CKD tempatan ini nampaknya bukan sahaja terhad kepada Zeekr sahaja. BYD turut mengumumkan rancangan untuk membuka kilang CKD di Tanjung Malim. Sementara itu, Chery Smart Auto Industrial Park yang terletak berdekatan Beringin High-Tech Auto Valley dijangka mula beroperasi tahun depan.

Tags: AHTVEVgeelykenderaan elektrikprotonzeekrzeekr 009Zeekr 7xZeekr Malaysiazeekr x
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
EV Zeekr bakal dipasang secara tempatan di Tanjung Malim tidak lama lagi

EV Zeekr bakal dipasang secara tempatan di Tanjung Malim tidak lama lagi

4 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER