• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton lancarkan kilang EV di Tanjung Malim, buka laluan untuk EV bawah RM100K

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:46 pm
  • 04/09/2025
  • Komen
Proton lancarkan kilang EV di Tanjung Malim, buka laluan untuk EV bawah RM100K
Share on FacebookShare on Twitter

Proton kini telah merasmikan kilang kenderaan elektrik (EV) terbaharunya yang terletak dalam kompleks pengeluaran mereka di Automotive Hi-Tech Valley (AHTV), Tanjung Malim, Perak. Menariknya, pembinaan kilang ini hanya mengambil masa sekitar 7 bulan dengan pelaburan bernilai RM82 juta.

Kilang ini dibina untuk memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa, dan mampu untuk menghasilkan 20,000 unit setahun pada peringkat awal, dan kapasiti boleh ditingkatkan sehingga 45,000 unit jika diperlukan. Ia dijadualkan mula beroperasi bulan ini dengan model pertama yang akan dikeluarkan ialah Proton e.MAS 7, sebelum disusuli Proton e.MAS 5.



Proton menjelaskan bahawa barisan pemasangan EV adalah berbeza dengan kenderaan enjin petrol (ICE), kerana ia memerlukan ruang khas untuk pemasangan bateri serta ujian elektrik dengan aspek keselamatan voltan tinggi. Justeru, kilang ini turut direka untuk menyokong struktur bawah rata (flat underbody) EV dan unit pemacu elektrik.

Dengan penubuhan kilang EV ini, Proton menjangkakan lebih 200 peluang pekerjaan baharu dalam bidang pengindustrian EV dan perkhidmatan teknikal. Setakat ini, lebih 30 tenaga kerja bukan eksekutif dengan latar belakang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan diploma sedang menjalani latihan intensif sebagai persediaan untuk pengeluaran berskala penuh bermula September ini.



Proton juga mendapat manfaat daripada kepakaran luas rakan kongsinya, Geely, dalam membangunkan kilang EV. Geely bukan sahaja memberi panduan teknikal dalam pemilihan sistem dan peralatan, malah menghantar pakar di tapak untuk membantu pemasangan serta ujian awal.

Selain itu, kakitangan Proton turut dihantar ke luar negara bagi menjalani latihan bagi memastikan kilang Tanjung Malim ini mencapai piawaian pengeluaran EV bertaraf global.

Akhir sekali, kilang baharu ini akan membolehkan Proton menawarkan EV pada harga bawah RM100,000. Model yang dijangka menjadi EV pertama dalam kategori ini ialah Proton e.MAS 5, yang Proton gelar sebagai “EV mampu milik pertama Malaysia.

Tags: AHTVDRB-HicomEVgeelykenderaan elektrikprotonProton e.MAS 5proton e.mas 7proton emas
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Proton lancarkan kilang EV di Tanjung Malim, buka laluan untuk EV bawah RM100K

Proton lancarkan kilang EV di Tanjung Malim, buka laluan untuk EV bawah RM100K

4 September 2025
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER