• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Menarik

Panduan Membeli EV Pertama Anda: Kenapa Proton e.MAS Cheras Patut Jadi Pilihan

  • OLEH Penaja
  • 3:05 pm
  • 08/09/2025
  • Komen
Panduan Membeli EV Pertama Anda: Kenapa Proton e.MAS Cheras Patut Jadi Pilihan
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh PROTON e.MAS Cheras – Able Mobility Sdn Bhd.]

Sebuah kereta yang bagus biasanya boleh terjual dengan sendiri, tapi bila masuk ke dunia kenderaan elektrik (EV), ada banyak persoalan baru yang timbul untuk pembeli. Sementara proses membeli kereta petrol dah kekal sama selama puluhan tahun, bila masuk pasaran EV, ia bawa cabaran berbeza.



Bakal pemilik EV selalunya bukan hanya risau tentang kereta semata-mata, tapi juga isu lain seperti sama ada boleh caj di kondominium, cara penjagaan bateri, dan kebolehpercayaan jangka panjang. 

Inilah sebabnya pengedar kereta tak boleh lagi jadi sekadar tempat beli kereta. Mereka perlu ada pasukan yang mesra, berpengetahuan, sabar, dan benar-benar ambil berat tentang perjalanan pelanggan.



Di Proton e.MAS Cheras oleh Able Mobility, perkara ini jadi teras utama servis mereka. Ia terbukti dengan rating 4.9 bintang di Google serta senarai pelanggan yang puas hati dengan layanan mereka.

Pengalaman yang Buat Anda Yakin

Sejak melangkah masuk ke bilik pameran Proton e.MAS Cheras, anda akan disambut oleh EV Sales Advisor (EVSA) yang tugasnya adalah untuk memudahkan pengalaman memiliki EV. Mereka bukan sahaja terangkan rekaan, prestasi dan teknologi dalam Proton e.MAS 7, tapi juga sedia jawab persoalan penting yang biasanya timbul bila nak beli EV pertama.

Pasukan ini akan beri panduan jelas dan praktikal daripada solusi pengecasan di rumah, perbezaan servis EV berbanding kereta petrol, sehinggalah tips memandu lebih efisien.

Anda juga boleh terus uji pandu Proton e.MAS 7 di sana. Semasa pandu uji, EVSA bukan sekadar tunjukkan keselesaan dan pemanduan, tapi mereka juga akan ajar cara guna sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) seperti Intelligent Cruise Control dan Lane Departure Warning.

Bukan setakat pandu uji, lawatan anda juga lengkap dengan snek dan minuman supaya pengalaman di showroom lebih selesa.

Servis Lepas Jualan yang Menyeluruh

Bagi Proton e.MAS Cheras, menandatangani borang tempahan hanyalah permulaan. Pasukan di sini percaya komunikasi jelas adalah asas pengalaman pelanggan yang premium.

Anda akan sentiasa diberitahu status pembelian anda daripada pembiayaan, insurans, sehinggalah pendaftaran nombor plat khas EV.

Pada hari kereta dihantar, EVSA akan buat sesi penerangan penuh tentang fungsi kereta dan bantu anda setup aplikasi mudah alih Proton e.MAS. Mereka juga akan tunjuk cara mengecas menggunakan pengecas AC di showroom, serta pengecas pantas DC 60kW yang ada di situ.

Lebih daripada itu, anda akan dapat tip berguna tentang aplikasi pengecasan yang penting dan lokasi pengecasan yang disyorkan. Matlamatnya ialah supaya anda benar-benar yakin dan bersedia sebagai pemilik EV.

Beberapa hari selepas kereta diserahkan, pasukan Proton e.MAS Cheras juga akan buat panggilan susulan untuk pastikan segalanya berjalan lancar dengan Proton e.MAS 7 anda, dan jawab apa-apa soalan baru yang mungkin timbul.

Mulakan Perjalanan EV Anda Hari Ini

Proton e.MAS Cheras komited untuk memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik, supaya peralihan anda ke dunia EV jadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pengurus Jualan, Nicholas di 012-300 5680 atau terus ke bilik pameran mereka yang dibuka tujuh hari seminggu.

Proton e.MAS Cheras – Able Mobility Sdn Bhd
Lot 4523D, Batu ½,
Taman Sri Bahtera, Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.

Tags: EVkenderaan elektrikprotonProton e.MAS Able Mobility Cherasproton emasproton emas 7
Penaja

Penaja

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Panduan Membeli EV Pertama Anda: Kenapa Proton e.MAS Cheras Patut Jadi Pilihan

Panduan Membeli EV Pertama Anda: Kenapa Proton e.MAS Cheras Patut Jadi Pilihan

8 September 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN