• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RON95 RM1.99/L untuk semua mulai 30 September, boleh bayar guna TNG eWallet & Setel

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:12 pm
  • 22/09/2025
  • Komen
RON95 RM1.99/L untuk semua mulai 30 September, boleh bayar guna TNG eWallet & Setel
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan harga baharu RON95 bersubsidi (BUDI95) iaitu RM1.99 seliter untuk semua rakyat Malaysia, bermula 30 September 2025.

Beliau menjelaskan bahawa harga RM1.99 seliter ini terpakai kepada semua warganegara tanpa mengira tahap pendapatan atau kedudukan, sama seperti program sekali bayar SARA RM100 sebelum ini.



Berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekitar 16 juta rakyat Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada pelaksanaan harga petrol baharu ini. Walau bagaimanapun, ia terhad kepada warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu sah.

Setiap rakyat Malaysia diberikan kuota 300 liter sebulan untuk petrol bersubsidi. Jumlah ini ditetapkan kerana purata penggunaan petrol bulanan berada sekitar 150 hingga 200 liter.



Namun, bagi pemandu eHailing, mereka akan dikecualikan daripada had kuota 300 liter, dengan proses pendaftaran khusus akan diumumkan kemudian oleh Kementerian Kewangan.

Seperti diumumkan sebelum ini, MyKad diperlukan untuk pengesahan subsidi. Rakyat juga diingatkan untuk membuat penggantian MyKad jika cip rosak bagi mengelakkan masalah di stesen minyak.

Bagi mengurangkan kesesakan, kerajaan menggalakkan pengguna celik digital untuk menggunakan aplikasi pembayaran seperti Touch ‘n Go eWallet dan Setel untuk membayar minyak RON95 mereka. Disebabkan subsidi ini terhad untuk rakyat Malaysia, proses eKYC turut diperlukan bagi mengesahkan identiti melalui MyKad.

Walaupun pelaksanaan penuh bermula pada 30 September, polis dan tentera boleh menikmati harga subsidi RM1.99 seliter ini lebih awal iaitu bermula Sabtu, 27 September 2025. Sementara itu, golongan B40 yang merupakan penerima STR boleh mula menikmatinya bermula Ahad, 28 September 2025.

Anwar turut menegaskan bahawa bukan warganegara dan syarikat besar tidak akan layak untuk menikmati harga subsidi RON95 ini.

Bagi yang tidak layak, harga tidak bersubsidi RON95 ditetapkan sekitar RM2.60 seliter, yang menurut Perdana Menteri adalah antara harga paling rendah di dunia untuk kategori tersebut.

[Sumber]

Tags: Anwar IbrahimMyKadsetelSTRSubsidi RON95tngtng ewallet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
RON95 RM1.99/L untuk semua mulai 30 September, boleh bayar guna TNG eWallet & Setel

RON95 RM1.99/L untuk semua mulai 30 September, boleh bayar guna TNG eWallet & Setel

22 September 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER