• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BUDI95: Tiada had harian untuk RON95 pada RM1.99/L, tapi kuota bulanan tetap terpakai

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:13 pm
  • 23/09/2025
  • Komen
BUDI95: Tiada had harian untuk RON95 pada RM1.99/L, tapi kuota bulanan tetap terpakai
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai 30 September 2025, rakyat Malaysia boleh menikmati harga petrol RON95 bersubsidi RM1.99 seliter di bawah inisiatif BUDI95. Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya — adakah kerajaan letak had berapa kali boleh isi minyak sehari?

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, buat masa ini tiada had isian harian untuk inisiatif BUDI95. Maksudnya, anda boleh isi minyak berkali-kali dalam sehari selagi masih dalam kuota 300 liter sebulan.



Memetik laporan malaymail, beliau berkata, “Anda boleh isi minyak seberapa kali pun. Apa yang kita pantau ialah tingkah laku luar biasa seperti kerap isi dalam tempoh singkat untuk tujuan jual semula. Itu yang kita akan sekat.”

Sumbe: MOF

Bagi mengelak penyalahgunaan, kerajaan akan menggunakan pengesahan MyKad bersama analitik data di belakang tabir untuk mengenal pasti corak pengisian luar biasa. Jika dikesan, sistem boleh menyekat sementara transaksi subsidi pada MyKad berkenaan sehingga siasatan dibuat.



Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kebocoran subsidi RON95, yang menelan kos hampir RM20 bilion setahun. Menurut data Kementerian Kewangan, lebih 20% daripada subsidi petrol digunakan oleh warga asing, perniagaan, dan penyeludupan.

Di bawah skim baharu ini, setiap rakyat Malaysia layak 300 liter sebulan dengan harga subsidi RM1.99/liter, selagi mereka mempunyai MyKad sah dan lesen memandu yang sah.

Bagi warga asing:

  • Boleh beli RON95 pada harga RM2.60/liter tetapi hanya jika guna kenderaan berdaftar Malaysia.
  • Kenderaan berdaftar asing (contoh plat Singapura atau Thailand) dilarang isi RON95, hanya boleh guna RON97.

Selain itu, pembayaran juga boleh dibuat melalui aplikasi digital seperti Touch ‘n Go eWallet dan Setel.

Tags: BUDI95Kementerian KewanganRON95Subsidi RON95
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Tiada had harian untuk RON95 pada RM1.99/L, tapi kuota bulanan tetap terpakai

BUDI95: Tiada had harian untuk RON95 pada RM1.99/L, tapi kuota bulanan tetap terpakai

23 September 2025
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN