• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cip MyKad rosak? Anda boleh tukar percuma di JPN dari 23 September hingga 7 Oktober

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:56 pm
  • 23/09/2025
  • Komen
Nak nikmati subsidi RON95 pada RM1.99 seliter? Pastikan MyKad anda berfungsi
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan inisiatif BUDI95 yang menawarkan harga petrol RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini mengumumkan tawaran penggantian MyKad percuma bagi cip rosak bermula hari ini, 23 September hingga 7 Oktober 2025.

Untuk menikmati harga RM1.99 seliter yang bermula 30 September ini, rakyat Malaysia perlu memiliki MyKad yang berfungsi dengan baik serta lesen memandu yang sah. Selain itu, MyKad juga digunakan untuk menebus kredit RM100 SARA bagi membeli barangan keperluan di pasar raya terpilih.



Penggantian MyKad yang rosak boleh dilakukan di semua kaunter dan pejabat JPN di seluruh negara.

Boleh ganti MyKad percuma jika cip rosak

Menurut Kementerian Dalam Negeri, JPN telah menerima 294,715 permohonan gantian MyKad di bawah kategori rosak/bermasalah antara Januari hingga Ogos 2025. Jumlah ini menunjukkan peningkatan ketara sejak tiga bulan lalu, daripada 32,819 permohonan pada Jun kepada 40,371 pada Julai, dan meningkat ke 45,411 pada Ogos.



Dalam tempoh 21 hari pertama dalam bulan September sahaja, sebanyak 22,858 permohonan gantian MyKad telah diterima. Purata bulanan bagi dua bulan kebelakangan ini adalah sekitar 43,000 permohonan.

Sehubungan itu, kerajaan menawarkan penggantian cip MyKad percuma dari 23 September hingga 7 Oktober 2025, dengan anggaran kos ditanggung sebanyak RM714,660 termasuk kos berkaitan lain. Lazimnya, caj penggantian MyKad ialah RM10.

Kerajaan menanggung kos ini bagi memastikan rakyat dapat terus mengakses subsidi tanpa gangguan dan menikmati manfaat BUDI95 dengan lancar. Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa memastikan MyKad berada dalam keadaan baik kerana selain berfungsi sebagai dokumen pengenalan, ia turut menjadi kunci untuk mengakses pelbagai perkhidmatan termasuk subsidi bersasar BUDI95.

Cara ganti MyKad

Sekiranya anda hadapi masalah apabila menggunakan MyKad di bank, kiosk kerajaan atau ketika menebus insentif SARA RM100, inilah masa sesuai untuk menukar kad. MyKad yang berusia lebih 10 tahun juga disaran untuk diganti.

JPN ada lebih 210 kaunter di seluruh negara, dan proses gantian boleh siap secepat 30 minit di ibu pejabat JPN atau cawangan UTC.

Tags: BUDI95SARA
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Nak nikmati subsidi RON95 pada RM1.99 seliter? Pastikan MyKad anda berfungsi

Cip MyKad rosak? Anda boleh tukar percuma di JPN dari 23 September hingga 7 Oktober

23 September 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER