• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MyDigital ID bakal diprapasang pada telefon baharu Honor, bermula dengan Honor X9d 5G

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:59 pm
  • 24/09/2025
  • Komen
MyDigital ID bakal diprapasang pada telefon baharu Honor, bermula dengan Honor X9d 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama rasmi bersama MyDigital ID dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). Dengan itu, Honor memaklumkan mereka menjadi pengeluar telefon pintar pertama yang menyokong inisiatif kerajaan dalam memperluaskan penggunaan identiti digital negara.

Melalui kerjasama ini, aplikasi MyDigital ID akan diprapasang pada peranti Honor baharu, bermula dengan pelancaran Honor X9d 5G. Ini bermakna pengguna boleh mendaftar terus menggunakan biometrik tanpa perlu muat turun aplikasi tambahan atau melalui proses pendaftaran yang rumit.



Honor X9d

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada agenda transformasi digital kerajaan yang menyasarkan 15 juta rakyat Malaysia berdaftar dengan MyDigital ID menjelang hujung tahun ini. MoU tersebut ditandatangani dengan disaksikan oleh Justin Li, Presiden HONOR South Pacific dan Nik Hisham Nik Ibrahim, CEO MyDigital ID.

Presiden Honor Pasifik Selatan, Justin Li, Kanan: CEO MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim,

Menurut Presiden Honor Pasifik Selatan, Justin Li, usaha prapasang aplikasi MyDigital ID pada peranti baharu adalah untuk memudahkan rakyat mendaftar serta menggunakan perkhidmatan digital kerajaan dan swasta.



“Dengan MyDigital ID yang tersedia terus dalam telefon, kita ringkaskan proses pendaftaran dan memudahkan lebih ramai rakyat mengakses sistem penting tanpa perlu muat turun aplikasi lain. HONOR bangga menjadi jenama pertama menyokong inisiatif ini,” kata Li.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim, menyatakan bahawa kerjasama ini membolehkan pengguna menikmati akses segera kepada identiti digital sebaik sahaja mereka membuka kotak peranti.

“Kami berharap pada masa akan datang, kerjasama seperti ini dapat diperluas ke peranti dan platform lain. Bila kerajaan dan industri bekerjasama, Malaysia akan lebih maju. Usaha ini asas kepada masa depan digital yang selamat, inklusif dan berdaya saing global,” katanya.

Selain meningkatkan kemudahan, integrasi ini juga dianggap membantu mengurangkan risiko penipuan serta memastikan akses yang lebih selamat kepada perkhidmatan digital.

Bagi yang tidak tahu, MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri yang menyediakan kaedah log masuk tunggal untuk pengesahan ideniti secara dalam talian, diumumkan pada April tahun lalu. MyDigital ID juga akan menjadi kaedah log masuk tunggal untuk aplikasi MyJPJ dan MyBayar PDRM.

Tags: honorhonor malaysiaHonor X9dMyDigital ID
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
MyDigital ID bakal diprapasang pada telefon baharu Honor, bermula dengan Honor X9d 5G

MyDigital ID bakal diprapasang pada telefon baharu Honor, bermula dengan Honor X9d 5G

24 September 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN