• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Osmo Nano & Mini 5 Pro dilancar di Malaysia, harga dari RM1,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:21 pm
  • 25/09/2025
  • Komen
DJI Osmo Nano & Mini 5 Pro dilancar di Malaysia, harga dari RM1,299
Share on FacebookShare on Twitter

DJI Malaysia melancarkan dua produk baharu di pasaran kita, iaitu Osmo Nano dan Mini 5 Pro. Osmo Nano adalah kamera aksi kompak berbentuk pil yang boleh dilihat sebagai pesaing kepada siri Insta360 Go, manakala Mini 5 Pro pula adalah sekuel kepada kamera dron Mini 4 Pro yang diumumkan dua tahun lepas.

Harga DJI Osmo Nano & Mini 5 Pro di Malaysia

Berikut adalah harga jualan rasmi DJI Osmo Nano & Mini 5 Pro di Malaysia:



DJI Osmo Nano
  • Storan 64GB – RM1,299
  • Storan 128GB- RM1,409
DJI Mini 5 Pro
  • DJI Mini 5 Pro – RM3,399
  • DJI Mini 5 Pro Fly More Combo (RC-N3) – RM4,189
  • DJI Mini 5 Pro Fly More Combo (RC 2) – RM4,599
  • DJI Mini 5 Pro Fly More Combo Plus (RC 2) – RM4,889

Kedua-duanya tersedia didapatkan sekarang menerusi stor rasmi DJI di:

  • DJI Osmo Nano –  Lazada, Shopee
  • DJI Mini 5 Pro – Lazada, Shopee

Spesifikasi DJI Osmo Nano

Di terasnya, Osmo Nano dilengkapi sensor CMOS 1/1.3 inci bersama lensa ultra-lebar 143°, mampu merakam video 4K sehingga 120fps. Kamera ini menyokong rakaman 10-bit dan D-Log M untuk fleksibiliti lebih luas ketika proses suntingan. Dengan julat dinamik sehingga 13.5 stop, DJI mendakwa Nano boleh hasilkan pendedahan seimbang walaupun dalam keadaan pencahayaan mencabar.



Untuk kestabilan, Osmo Nano disokong RockSteady 3.0 dan HorizonBalancing, manakala mod SuperNight pula menambah baik prestasi rakaman dalam cahaya rendah. Antara ciri lain termasuk rakaman video menegak, kawalan menggunakan isyarat tangan, Auto Recording, serta Pre-Rec.

Osmo Nano turut hadir dengan dua mikrofon terbina dalam serta menyokong DJI OsmoAudio, membolehkan sambungan terus dengan mikrofon tanpa wayar DJI seperti Mic 3. Ini memberikan rakaman audio berkualiti tinggi tanpa perlu guna “reciever” tambahan.

Pakej Osmo Nano didatangkan bersama Multifunctional Vision Dock, yang berfungsi sebagai dok pengecas, alat kawalan jauh, paparan maklumat, serta hab pemindahan fail berkelajuan tinggi. Ia mempunyai skrin OLED 1.96 inci, kapasiti bateri 1,300mAh, yang boleh memanjangkan masa rakaman sehingga 200 minit pada resolusi 1080p. Dengan dok ini juga, Nano boleh dicas sehingga 80% hanya dalam 20 minit.

Badan kamera Osmo Nano juga kalis air sehingga kedalaman 10 meter, manakala Multifunctional Vision Dock pula memiliki penarafan IPX4.

Untuk storan, pengguna boleh pilih 64GB atau 128GB memori dalaman, dengan sokongan kad microSD sehingga 1TB. Model 128GB menawarkan kelajuan pindahan data sehingga 600MB/s.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk DJI Osmo Nano.

Spesifikasi Mini 5 Pro

Mini 5 Pro kini dilengkapi kamera utama 50MP bersama sensor lebih besar 1 inci, naik taraf daripada 1/1.3 inci pada Mini 4 Pro. Ia dipadankan dengan lensa 24mm f/1.8 dan mampu rakam video sehingga 4K 120fps atau FHD sehingga 240fps untuk video gerak perlahan. DJI turut menambah mod 48mm Med-Tele, memberikan digital zoom yang lebih tajam berbanding model sebelum ini.

Selain itu, sensor baharu ini turut menyokong julat dinamik (dynamic range) sehingga 14 stops, ISO sehingga 12,800 serta rakaman 10-bit D-Log M.

Satu lagi tarikan utama ialah pada gimbal baharu dengan sokongan 225° roll rotation, memberi lebih fleksibiliti untuk rakaman dinamik, termasuk mod kreatif seperti QuickShot Rotate, Timelapse, Spotlight dan Waypoint Flight. Untuk rakaman menegak pula, terdapat juga True Vertical Shooting, bolehkan rakaman dioptimumkan untuk media sosial tanpa perlu cropping.

Dari segi keselamatan, DJI Mini 5 Pro kini hadir dengan sistem Nightscape Omnidirectional Obstacle Sensing. Ia menggunakan gabungan LiDAR hadapan, sensor penglihatan pelbagai arah, serta sensor inframerah 3D di bahagian bawah untuk memastikan penerbangan lebih selamat, terutama di kawasan bandar waktu malam.

Menurut DJI, ciri Nighttime RTH membolehkan dron ini mengelak bangunan tinggi walaupun dalam cahaya malap untuk kembali dengan selamat sewaktu penerbangan malam, manakala Non-GNSS RTH pula membolehkan ia mengingati laluan penerbangan walaupun tanpa isyarat satelit. Tambahan lagi, terdapat juga dual-band GNSS (L1 + L5), memberikan kestabilan isyarat dan kedudukan lebih tepat.

Untuk prestasi, bateri standard berkapasiti 2,788mAh kini mampu memberikan masa penerbangan sehingga 36 minit, meningkat sedikit daripada 34 minit pada generasi terdahulu. Pengguna yang mahukan hayat bateri lebih panjang boleh memilih Flight Battery Plus berkapasiti 4,680mAh, yang menawarkan sehingga 52 minit penerbangan dengan jarak maksimum 32km.

Dari segi kelajuan, Mini 5 Pro kini boleh terbang pada kelajuan maksimum 18m/s atau sekitar 65km/j, dengan kadar pendakian pula digandakan kepada 10m/s. Malah, DJI turut menyatakan ia kini boleh beroperasi dengan ketinggian setinggi 6,000 meter, manakala ciri ActiveTrack 360° dinaik taraf dengan prestasi lebih stabil, pintar dan selamat dengan mampu menyesuaikan penjejakan mengikut situasi untuk pembingkaian yang optimum.

Berat keseluruhan Mini 5 Pro dikatakan masih bawah 250g, dan ia juga lengkap dengan storan dalaman 42GB. Ciri tambahan lain termasuk sistem transmisi DJI O4+ yang membolehkan penghantaran video sehingga jarak 20km.

Bagi urusan perkongsian fail, ia kini lebih mudah dengan Off-State QuickTransfer. Dron boleh diaktifkan dari jauh melalui aplikasi DJI Fly menggunakan Bluetooth, dan fail boleh dipindahkan dengan kelajuan sehingga 100MB/s melalui Wi-Fi 6

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk DJI Mini 5 Pro.

Tags: djiDJI MalaysiaDJI Mini 5 ProDJI Osmo Nano
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
DJI Osmo Nano & Mini 5 Pro dilancar di Malaysia, harga dari RM1,299

DJI Osmo Nano & Mini 5 Pro dilancar di Malaysia, harga dari RM1,299

25 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER