Samsung Malaysia telah mengumumkan ketibaan Galaxy Tab A11 untuk pasaran Malaysia. Ia adalah sebuah tablet bajet berharga bawah RM700, hadir dengan badan kompak, skrin 90Hz, serta sokongan 4G LTE.
Harga dan ketersediaan Galaxy Tab A11 di Malaysia

Sebanyak empat varian yang ditawarkan untuk tablet Galaxy Tab A11 dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:
- Galaxy Tab 11 (LTE) 4G (8GB + 128GB) – RM699
- Galaxy Tab 11 (LTE) 4G (4GB + 128GB) – RM599
- Galaxy Tab 11 WiFi (8GB + 128GB) – RM599
- Galaxy Tab 11 WiF (4GB + 64GB) – RM499
Tablet Galaxy Tab A11 boleh didapatkan dalam dua warna, kelabu dan perak. Untuk membelinya, anda boleh singgah ke stor online Samsung atau dapatkannya di Lazada dan Shopee melalui pautan di bawah:
Galaxy Tab A11 (WiFi)
Galaxy Tab A11 (LTE)
Spesifikasi Galaxy Tab A11

Samsung Galaxy Tab A11 adalah sebuah tablet kompak bersaiz 8.7″. Ia menggunakan panel paparan TFT dengan resolusi WXGA+ (1340 x 800) dan kadar segar semula 90Hz.
Samsung tidak mendedahkan cip yang digunakan dalam tablet. Tetapi cipnya dinyatakn memiliki 8 teras berkelajuan 2.2GHz, berkemungkinan adalah MediaTek Dimensity Helio G99 6nm. Dipadankan dengan cip tersebut adalah RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB.

Slot kad mikroSD turut tersedia, membolehkan storan diperluas lagi 2TB. Tablet juga memiliki jek audio 3.5mm, pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos, serta menyokong sambungan Blutooth 5.3, WiFi 5 dan 4G LTE, bergantung pada varian.
Untuk pengimejan, terdapat kamera depan 5MP yang diletakkan bingkai atas skrin dalam kedudukan menegak, manakala kamera belakang 8MP. Kedua-dua kamera menyokong rakaman FHD pada 30fps. Bateri yang dimuatkan dalam tablet berkapasiti 5,100mAh dan boleh dicas pada kuasa 15W USB -C.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Galaxy Tab A11.