• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile lancar U Home 5G Borneo, pelan RM58/bulan dengan data tanpa had, tiada FUP

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:47 pm
  • 13/10/2025
  • Komen
U Mobile lancar U Home 5G Borneo, pelan RM58/bulan dengan data tanpa had, tiada FUP
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile kini memperkenalkan pelan baharu U Home 5G Borneo, iaitu pelan jalur lebar wayarles eksklusif untuk pengguna di Sabah dan Sarawak. Berbeza dengan pelan U Home 5G sedia ada di Semenanjung Malaysia, versi Borneo ini lebih mampu milik pada harga RM58 sebulan dan hadir dengan data tanpa had tanpa had FUP. Pelanggan yang melanggan dengan kontrak juga akan menerima router 5G bertaraf gaming secara percuma.

Menerusi pelan baharu ini, U Mobile menjanjikan data 4G dan 5G tanpa had dengan kelajuan tanpa sekatan dan tanpa FUP. Pelan ini dikatakan mampu menawarkan kelajuan setanding gentian optik kepada pelanggan di seluruh Sabah, Sarawak dan Labuan. Dengan penggunaan router 5G wayarles, penyelesaian jalur lebar ini dianggap sesuai untuk pemilik rumah, penyewa, usahawan PKS, serta mereka yang sering bergerak dan memerlukan sambungan internet pantas di mana-mana.



Terdapat tiga pilihan di bawah pelan baharu ini. Pakej U Home 5G Borneo dengan router dan SIM ditawarkan pada harga RM58 sebulan bersama kontrak 24 bulan. Pengguna juga boleh memilih router bertaraf gaming daripada dua model yang disediakan, ZTE G5B atau Huawei H153.

Jika anda sudah mempunyai router 5G sendiri, anda boleh memilih pelan SIM sahaja tanpa kontrak pada harga yang sama, RM58 sebulan. Untuk nilai yang lebih berbaloi, U Mobile turut menawarkan pakej U Home 5G x Sooka Premium pada harga RM88 sebulan. Pengguna juga boleh menambah Samsung Smart TV melalui pelan U PayLater, bermula dari RM64 sebulan.



Sebagai perbandingan, pelan U Home 5G yang ditawarkan di Semenanjung berharga RM68 sebulan. Namun begitu, pelan biasa U Home 5G mempunyai had FUP sebanyak 1,000GB sebulan. Jika pengguna memerlukan lebih banyak data, mereka boleh membeli add on data 1TB pada harga RM30.

Menurut laman FAQ, pelan U Home 5G Borneo ini hanya tersedia di Sabah, Sarawak dan Labuan, dan kad SIM tidak akan berfungsi di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pelan data sahaja, tanpa perkhidmatan panggilan suara. Dari segi kelajuan, tiada had kelajuan ditetapkan, namun U Mobile menyatakan bahawa mereka mungkin akan mengurus kelajuan sekiranya terdapat penyalahgunaan atau penggunaan data yang terlalu tinggi.

Mengulas mengenai pelancaran pelan U Home 5G Borneo, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) U Mobile, Navin Manian berkata, “U Mobile berbesar hati dapat memperluas rangkaian jalur lebar rumah 5G kami dengan memperkenalkan U Home 5G Borneo, satu penawaran yang direka khas untuk pelanggan kami di Malaysia Timur. Selepas kejayaan U Home 5G, kami teruja untuk membawa pengalaman berkualiti tinggi yang sama ke Borneo dengan harga yang lebih mampu milik, hanya RM58 sebulan.”

Tambah beliau, “Menerusi U Home 5G Borneo, pelanggan di Sabah, Sarawak dan Labuan kini boleh menikmati kelebihan sambungan 5G dan 4G tanpa had berkelajuan tinggi untuk pengalaman digital yang lancar, sama ada di rumah mahupun di tempat kerja.”

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layar laman U Home 5G Borneo.

Tags: 5gJalur lebarsarawaku home 5gU Home 5G Borneou mobile
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
U Mobile lancar U Home 5G Borneo, pelan RM58/bulan dengan data tanpa had, tiada FUP

U Mobile lancar U Home 5G Borneo, pelan RM58/bulan dengan data tanpa had, tiada FUP

13 October 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER