• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung akan lancar set kepala XR “Project Moohan” 22 Oktober, jawapan kepada Apple Vision Pro

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:16 pm
  • 15/10/2025
  • Komen
Samsung akan lancar set kepala XR “Project Moohan” 22 Oktober, jawapan kepada Apple Vision Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung kini telah mengutuskan teaser baharu tentang “Project Moohan” , iaitu set kepala XR yang dibangunkan atas platform Android XR hasil kerjsama bersama Google dan Qualcomm. Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada 21 Oktober 2025, jam 10 malam waktu AS Timur, bersamaan 10 pagi, 22 Oktober waktu Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, “XR” atau Extended Reality adalah istilah yang menggabunggkan kedua-dua teknologi VR (Virtual Reality) dan AR (Augmented Reality). Ia membolehkan pengguna mengalami gabungan dunia sebenar dengan kandungan digital, sama seperti konsep Apple Vision Pro.



Apa itu “Project Moohan”?

Menurut Samsung, Project Moohan ialah peranti pertama yang dibangunkan khusus untuk Android XR, sebuah platform terbuka berasaskan AI yang direka untuk digunakan merentasi pelbagai jenis peranti. Samsung turut menjelaskan bahawa platform ini dioptimumkan dengan “AI yang diintegrasikan sejak dari awal”, sekali gus memberi petunjuk kepada kemungkinan penggabungan antara ekosistem Galaxy AI dan Google Gemini.

Spesifikasi rasmi masih belum didedahkan, tetapi berdasarkan laporan awal, ia akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon XR2+ Gen 2, paparan mikro-OLED beresolusi tinggi, serta dilengkapi dengan sokongan penjejakan mata, kepala dan juga kawalan suara. Peranti ini juga dikatakan memiliki kamera AR pass through serta ada rekaan yang lebih ringan dari set kepala VR.



Ini juga mungkin memberi petunjuk bahawa Samsung ingin jadikan ia lebih selesa dan mudah dipakai berbanding Apple Vision Pro. Selain itu, Samsung turut menyatakan Projek Moohan ini menggabungkan utiliti harian dengan pengalaman imersif, serta membuka dimensi baharu dalam cara pengguna berinteraksi dengan teknologi seharian.

Jika anda masih ingat, Samsung pernah melancarkan Gear VR sekitar 2015 bersama Oculus. Tapi selepas itu, segmen VR Samsung seakan senyap. “Project Moohan” ini menandakan kemunculan semula Samsung dalam arena ini, dengan pendekatan lebih matang, menggabungkan AI, paparan beresolusi tinggi, dan integrasi terus dengan telefon serta jam Galaxy.

Apple Vision Pro

Persoalannya, adakah Project Moohan akan lebih praktikal daripada Apple Vision Pro? Vision Pro terkenal dengan rekaan premium dan visual menakjubkan, tapi dikritik kerana berat, mahal, dan kurang kegunaan harian. Jika Samsung berjaya mengatasi tiga isu ini berat, harga dan fungsi, ia mungkin jadi headset XR paling realistik untuk pengguna umum.

Buat masa ini, harga dan tarikh jualan masih belum didedahkan, tapi laporan awal menyebut pelancaran global dijangka berlaku dalam tahun 2025, mungkin dimulakan dengan versi khas untuk pembangun.

Samsung akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai Project Moohan dalam acara khas Galaxy Event, yang akan disiarkan secara langsung di Samsung Newsroom dan YouTube.

Tags: Project MoohansamsungSamsung XR
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung akan lancar set kepala XR “Project Moohan” 22 Oktober, jawapan kepada Apple Vision Pro

Samsung akan lancar set kepala XR “Project Moohan” 22 Oktober, jawapan kepada Apple Vision Pro

15 October 2025
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN