• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple iPad Pro M5: Lebih berkuasa, sokong WiFi 7 dan pengecasan pantas, dari RM4,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:37 pm
  • 16/10/2025
  • Komen
Apple iPad Pro M5: Lebih berkuasa, sokong WiFi 7 dan pengecasan pantas, dari RM4,499
Share on FacebookShare on Twitter

Selain MacBook Pro 14 dengan cip M5 baharu, untuk tahun 2025, Apple turut mengemas kini iPad Pro dengan cip yang sama. Selain peningkatan prestasi, iPad Pro M5 kali ini juga hadir dengan beberapa ciri baharu termasuk sokongan WiFi 7 dan pengecasan lebih pantas.

Malah, Apple juga meningkatkan kapasiti RAM untuk model storan rendah, dengan 256GB dan 512GB kini dilengkapi RAM 12GB, meningkat daripada 8GB pada versi M4.



Harga rasmi Apple iPad Pro M5 di Malaysia

iPad Pro M5 kini sudah disenaraikan di stor Apple Malaysia, namun tarikh jualannya masih belum diumumkan. Ia dijangka akan mula dijual kepada pengguna di Malaysia tidak lama lagi. Berikut adalah harga rasmi di Malaysia:

iPad Pro (M5) 2025 11″



  • 256GB – RM4,499 (WiFi) / RM5,399 (5G)
  • 512GB – RM5,399 (WiFi) / RM6,299 (5G)
  • 1TB – RM7,199 (WiFi) / RM8,099 (5G)
  • 2TB – RM8,999 (WiFi) / RM9,899 (5G)

iPad Pro (M5) 2025 13″

  • 256GB – RM5,799 (WiFi) / RM6,699 (5G)
  • 512GB – RM6,699 (WiFi) / RM7,599 (5G)
  • 1TB – RM8,499 (WiFi) / RM9,399 (5G)
  • 2TB – RM10,299 (WiFi) / RM11,199 (5G)

Anda boleh dapatkannya dalam dua warna, perak dan hitam.

Apple turut menawarkan aksesori untuk iPad Pro pada harga seperti berikut:

  • Nano-texture glass (1TB & 2TB sahaja) – RM400
  • Apple Pencil (USB-C) – RM349
  • Apple Pencil Pro – RM549
  • Magic Keyboard – RM1,599

Spesifikasi iPad Pro M5

iPad Pro baharu dikuasakan oleh cip Apple M5, menawarkan lonjakan prestasi besar dalam AI dan grafik. Apple menjelaskan bahawa GPU 10-teras (6 teras kecekapan, 4 teras prestasi ) baharu dengan Neural Accelerator pada setiap teras memberikan peningkatan ketara untuk tugasan berasaskan AI. Secara keseluruhan, dikatakan prestasi AI iPad Pro M5 adalah sehingga 3.5 kali lebih pantas berbanding M4 dan 5.6 kali lebih pantas berbanding iPad Pro dengan M1.

Selain itu, cip M5 ini juga dikatakan menggunakan enjin ray tracing generasi ketiga yang membolehkan pencahayaan, pantulan, dan bayang-bayang lebih realistik, menawarkan prestasi render 3D sehingga 1.5 kali lebih pantas berbanding iPad Pro generasi sebelumnya. Bukan itu sahaja, iPad Pro baru ini turut lebar jalur memori bersatu (unified memory bandwidth) melebihi 150GB/s, iaitu 30% lebih tinggi daripada model sebelumnya.

Untuk konfigurasi, model 256GB dan 512GB hadir dengan CPU 9-teras, manakala model 1TB dan 2TB menggunakan CPU 10-teras. Dari segi RAM, varian 256GB dan 512GB kini dilengkapi 12GB RAM (berbanding 8GB pada M4), manakala model 1TB dan 2TB menawarkan 16GB RAM.

Dari segi sambungan, iPad Pro M5 juga menyokong sambungan WiFi 7 dan Bluetooth 6, sementara versi selular dengan modem C1X menawarkan prestasi data mudah alih sehingga 50% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Walaupun dengan semua peningkatan ini, hayat bateri kekal sehingga 10 jam tontonan video.

iPad Pro M5 masih dikenakan dengan panel Ultra Retina XDR yang menggunakan teknologi tandem OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia menyokong kecerahan 1,000 nits HDR setinggi 1,600 nits, sama seperti sebelum ini. Apple turut menawarkan pilihan skrin bertekstur nano yang lebih kurang silau. Model 11″ ada badan berukuran 5.3mm, manakala model 13″ lebih nipis pada 5.1mm, sama seperti sebelum ini.

Kalau ada lagi perkara baru adalah, iPad Pro M5 kini menyokong sambungan ke paparan luaran sehingga 120Hz, lengkap dengan Adaptive Sync untuk memastikan latensi terendah ketika menggunakannya dengan paparan kedua. Hasilnya, pengguna boleh jangkakan gerakan lebih lancar dan kurang gangguan visual, terutamanya ketika gaming.

Buat pertama kali, iPad Pro ini hadir dengan sokongan pengecasan pantas, di mana model 11 inci dicas 0–50% dalam 30 minit, manakala 13 inci mengambil 35 minit apabila menggunakan Apple 40W Dynamic Power Adapter (60W Max) atau pengecas USB-C serasi 60W ke atas.

Perkakasan kamera pun tidak berubah, ia menerima kamera utama 12MP dan dan kamera depan 12MP dengan keupayaan Center Stage. Sejurus keluar kotak, iPad Pro baharu ini akan menjalankan sistem operasi iPadOS 26 yang turut lengkap dengan rupa Liquid Glass baru dengan Apple Intelligence.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk iPad Pro M5.

Tags: appleApple M5apple malaysiaipad 11th genipad proipad pro 11ipad pro 13iPad Pro M5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Apple iPad Pro M5: Lebih berkuasa, sokong WiFi 7 dan pengecasan pantas, dari RM4,499

Apple iPad Pro M5: Lebih berkuasa, sokong WiFi 7 dan pengecasan pantas, dari RM4,499

16 October 2025
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER