• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengesahan eKYC bakal diwajibkan di platform media sosial, tapi ini masalahnya

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:55 pm
  • 16/10/2025
  • Komen
Pengesahan eKYC bakal diwajibkan di platform media sosial, tapi ini masalahnya
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengumumkan bahawa Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial untuk mengesahkan identiti pengguna mereka melalui kaedah eKYC (electronic Know Your Customer).

Langkah ini bertujuan untuk memastikan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dengan memastikan semua platform media sosial tidak membenarkan kanak-kanak bawah 13 tahun mendaftar akaun sendiri.



Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata pelaksanaan ini bertujuan melindungi kanak-kanak di alam siber serta memastikan garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh platform dipatuhi sepenuhnya. Selain itu, proses pengesahan identiti juga dianggap penting bagi membendung aktiviti penipuan dalam talian serta kandungan berbahaya seperti perjudian dan iklan palsu.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, “Ketika saya bertemu wakil platform media sosial bulan lalu, saya telah nyatakan dengan jelas bahawa Malaysia akan mewajibkan pengesahan identiti, khususnya bagi mengelakkan kanak-kanak bawah 13 tahun daripada memiliki akaun.”



Beliau menambah bahawa garis masa pelaksanaan akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum diumumkan secara rasmi, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dijangka mengadakan pertemuan dengan syarikat media sosial minggu depan bagi membincangkan langkah segera ke arah pelaksanaan keperluan tersebut.

Fahmi turut mendedahkan bahawa banyak platform media sosial telah disalah guna oleh penjenayah untuk aktiviti penipuan, dan daripada semua kandungan berkaitan scam yang dipadam, sebanyak 78% daripadanya berasal dari Facebook.

Buat masa ini, butiran penuh mengenai pelaksanaan pengesahan eKYC (electronic Know Your Customer) masih belum didedahkan. Namun, langkah ini berkemungkinan bermaksud semua pengguna perlu mengesahkan akaun media sosial mereka menggunakan MyKad atau MyDigital ID.

Walau bagaimanapun, cadangan untuk mewajibkan eKYC turut menerima kritikan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan hak privasi rakyat. NGO tempatan seperti Aliran menyeru kerajaan supaya tidak melaksanakan dasar ini secara tergesa-gesa dan mempertimbangkan kaedah lain untuk menangani isu penipuan dalam talian serta perlindungan kanak-kanak tanpa menjejaskan hak asasi manusia.

Platform Meta, Google dan X masih beroperasi tanpa lesen

Perlu diperjelaskan bahawa platform media sosial utama seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, TikTok, WeChat dan YouTube tidak berpusat di Malaysia. Bagi membendung kesan negatif dalam talian termasuk buli siber, Malaysia telah memperkenalkan Peraturan Media Sosial yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2025.

Di bawah peraturan ini, semua platform media sosial dan mesej dengan sekurang-kurangnya 8 juta pengguna berdaftar di Malaysia diwajibkan memohon lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (ASP) daripada MCMC.

Berdasarkan semakan di daftar ASP MCMC, hanya TikTok, Telegram dan WeChat yang telah memperoleh lesen ASP yang diperlukan. Platform lain seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube dan X masih tidak tersenarai.

Lebih 10 bulan selepas peraturan ini diperkenalkan, platform seperti Facebook masih beroperasi secara tidak sah tanpa lesen ASP. Malah, dilaporkan bahawa Facebook juga masih membenarkan iklan palsu dan scam berlegar di platform mereka.

Menurut MCMC, platform yang terus beroperasi tanpa lesen selepas 1 Januari 2025 boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 126 CMA 1998, termasuk denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum 5 tahun, atau kedua-duanya sekali. Platform yang didapati bersalah juga boleh dikenakan denda tambahan RM1,000 sehari sehingga kesalahan itu dihentikan.

Walaupun begitu, sehingga kini tiada tindakan tegas dilihat diambil oleh kerajaan atau pihak berkuasa terhadap platform yang tidak mematuhi. Akibatnya, rakyat Malaysia masih terdedah kepada iklan scam, menunjukkan kurangnya penguatkuasaan untuk memastikan keselamatan dalam talian.

Kalau platform seperti Facebook terus mengabaikan peraturan dan syarat lesen di Malaysia, bagaimana kita boleh jangka mereka akan mematuhi pelaksanaan eKYC wajib di negara ini?

Sebelum ini, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan platform media sosial yang belum memperoleh lesen mereka selepas 1 Januari 2025.

Sepatutnya mula pelaksanaan eKYC dengan pengiklan

Sekiranya kerajaan benar mahu mengekang penipuan dalam talian, mungkin langkah paling berkesan ialah memulakan eKYC dengan pengiklan terlebih dahulu, bukan pengguna. Ini kerana kebanyakan iklan scam di media sosial diluluskan tanpa semakan identiti pengiklan sebenar.

Malaysia boleh mencontohi pendekatan Singapura, yang kini mewajibkan semua pengiklan di bawah Online Criminal Harms Act (OCHA) untuk menjalani proses pengesahan identiti sebelum dibenarkan menyiarkan iklan.

Meta sendiri telah mematuhi arahan kerajaan Singapura dengan memperkenalkan pengesahan wajib untuk semua pengiklan Facebook yang menyiarkan iklan kepada pengguna di negara itu. Mereka juga kini perlu menyatakan nama individu atau organisasi yang menaja iklan tersebut untuk tujuan ketelusan.

Kalau pengiklan tidak disahkan menggunakan ID tempatan atau dokumen SSM, platform media sosial tersebut sepatutnya tak membenarkan pengiklan membuat sebarang iklan yang menyasarkan pengguna Malaysia. Sekiranya langkah ini diterapkan di Malaysia, ia dijangka dapat mengurangkan dengan ketara bilangan iklan scam di platform-platform tersebut.

Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Pengesahan eKYC bakal diwajibkan di platform media sosial, tapi ini masalahnya

Pengesahan eKYC bakal diwajibkan di platform media sosial, tapi ini masalahnya

16 October 2025
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER