• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Oppo Find X9 rasmi di China, pratempahan kini dibuka di Malaysia dengan hadiah RM598

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:17 pm
  • 17/10/2025
  • Komen
Siri Oppo Find X9 rasmi di China, pratempahan kini dibuka di Malaysia dengan hadiah RM598
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo kini telah melancarkan telefon pintar flagship terbaharu mereka, Find X9 dan Find X9 Pro di China. Siri ini tampil dengan reka bentuk serba baharu, menggantikan modul kamera bulat besar pada model sebelumnya. Ia turut menawarkan prestasi lebih berkuasa, sistem kamera yang dipertingkat, serta bateri berkapasiti lebih besar.

Sejurus pelancarannya di China, Oppo turut mengesahkan bahawa siri Find X9 akan membuat kemunculan globalnya pada hujung Oktober ini.



Oppo Find X9 Pro

Kita mulakan Oppo Find X9 Pro. Di bahagian depan, saiz skrinnya masih kekal sama seperti sebelum ini, berukuran 6.78″ jenis LTPO OLED dengan resolusi 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini menyokong kecerahan puncak biasa 1,800 nits, serta boleh mencapai sehingga 3,600 nits untuk kandungan HDR, sedikit lebih rendah dari 4,500 nits pada Find X8 Pro.

Model Pro juga masih mengekalkan butang kamera Quick Capture di sisi kanan. Tetapi yang barunya, Oppo melengkapkan flagship terbaharu mereka dengan butang yang dipanggil Snap Key di bahagian atas kanan. untuk fungsi, bukan sahaja ia boleh disesuaikan, tetapi juga boleh digunakan untuk akses AI Mindspace, ciri yang berfungsi seakan Essential pada Nothing Phone.



Untuk pilihan warna, Find X9 Pro ditawarkan dalam putih dan hitam.

Dari segi kamera, Oppo masih meneruskan kerjasama dengan Hasselblad pada siri ini. Model Pro masih menggunakan tetapan tiga kamera belakang, tetapi kini menampilkan sistem telefoto yang jauh lebih berkuasa, kamera periskop 200MP Hasselblad (1/1.56″) dengan lensa 70mm berupaya zum optikal 3x, naik taraf dari sensor 50MP 1/1.95” di Find X8 Pro.

Kamera utamanya menggunakan sensor 50MP jenis Sony LYT-828 1/1.28″, manakala kamera ultralebar memanfaatkan sensor Samsung JN5 juga 50MP. Selain itu, Oppo turut melengkapkan pengimejannya dengan True Color Camera, sensor multispektral 9 saluran yang membantu menangkap warna dengan lebih tepat dan semula jadi.

Semua kamera menyokong rakaman 4K 60FPS Dolby Vision, manakala kamera utama dan telefoto boleh merakam sehingga 4K 120FPS. Di hadapan, terdapat kamera swafoto 50MP dalam rekaan lubang takuk.

Diperkasa cip MediaTek Dimensity 9500

Atas papan utama, siri Find X9 dikuasakan cip flagship MediaTek Dimensity 9500 3nm terbaharu, yang dikatakan Oppo menawarkan CPU 32% lebih pantas, GPU 33% lebih berkuasa dan 42% lebih cekap tenaga, serta kuasa memproses NPU 111% lagi pantas. Ia dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Untuk tenaga, Find X9 Pro kini dilengkapi bateri 7,500mAh, peningkatan besar daripada 5,910mAh sebelum ini. Ia menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 50W tanpa wayar, yang menurut Oppo mampu memberikan jangka hayat bateri sehingga 2 hari dengan penggunaan biasa.

Siri Find X9 ini turut diiktiraf kalis air dan debu IP68/IP69, pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin, serta akan menjalankan sistem operasi terbaharu, ColorOS 16 berasaskan Android 16. Selain menawarkan fungsi AI seperti Gemini dan AI Portrait Glow, sistem operasi ini juga menyokong sambungan pada Apple Watch. Oppo juga menjanjikan kemas kini OS selama 5 tahun dan kemas kini keselamatan selama 6 tahun.

Oppo Find X9

Bagi model Find X9, ia hadir dengan skrin lebih kecil 6.56″, sama seperti Find X8, juga jenis LTPO OLED dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak HDR sama 3,600 nits. Ia dilengkapkan dengan bateri 7,025mAh, sedikit lebih kecil dari model Pro tetapi masih satu peningkatan dari 5,630mAh pada Find X8.

Find X9 tersedia dalam tiga warna, iaitu merah, putih dan hitam.

Untuk pengimejan, model Find X9 turut menampilkan tetapan sistem kamera Hasselblad dengan tiga kamera belakang. Ia terdiri daripada kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony LYT-808  1/1.4”, kamera periskop 50MP 1/1.95” bersensorkan Sony LYT-600 dan kamera ultralebar 50MP.

Model Find X9 turut disertakan dengan True Color Camera, manakala bahagian hadapan pula, ia menempatkan kamera swafoto 32MP.

Aksesori teleconverter

Dalam masa yang sama, Oppo turut memperkenalkan aksesori teleconverter khas untuk Find X9 Pro, yang meningkatkan lagi keupayaan zum kameranya. Dengan aksesori ini, peranti mampu mencapai zum optikal sehingga 10x, zum digital hingga 100x, serta zum video sehingga 50x.

Harga siri Find X9 di China

Ditawarkan dalam beberapa konfigrasi, berikut adalah harga jualan Find X9 dan Find X9 Pro di China:

Find X9

  • 12GB + 256GB – CNY4,400 (~RM2,609)
  • 12GB + 512GB – CNY5,000 (~RM2,695)
  • 16GB + 512GB – CNY5,300 (~RM3,143)
  • 16GB + 1TB – CNY5,800 (~RM3,440)

Find X9 Pro

  • 12GB + 256GB – CNY5,300 (~RM3,143)
  • 12GB + 512GB – CNY5,700 (~RM3,380)
  • 16GB + 512GB – CNY6,000 (~RM3,558)
  • 16GB + 1TB – CNY6,700 (~RM3,974)

Siri Find X9 dilancar di Malaysia 28 Oktober, tempahan kini dibuka

Oppo turut mengesahkan bahawa siri Find X9 akan dilancarkan secara global di Barcelona pada 28 Oktober 2025. Menariknya, pasaran Malaysia dijangka menerima pelancaran pada hari yang sama, dengan acara rasmi dijadualkan berlangsung pada jam 11 malam di Pulau Pinang, seperti yang tertera di laman rasmi Oppo Find X9 Malaysia.

Sekiranya anda bercadang untuk dapatkannya, tempahan siri Find X9 ini juga telah dibuka di Malaysia dari 17 Oktober hingga 28 Oktober, dengan Oppo memberikan percuma Travel Companion Kit bernilai sehingga RM598. Ia boleh dipratempah melalui stor Oppo Malaysia.

Tags: Find X9Find X9 ProoppoOppo Find X9OPPO Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Siri Oppo Find X9 rasmi di China, pratempahan kini dibuka di Malaysia dengan hadiah RM598

Siri Oppo Find X9 rasmi di China, pratempahan kini dibuka di Malaysia dengan hadiah RM598

17 October 2025
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER