• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon bajet Nothing Phone (3a) Lite bakal dilancar 29 Oktober

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:41 pm
  • 27/10/2025
  • Komen
Telefon bajet Nothing Phone (3a) Lite bakal dilancar 29 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan model kelas pertengahan Nothing Phone (3a) dan peranti flagship Nothing Phone (3), jenama telefon pintar dari UK itu kini bersedia memperkenalkan model bajet terbaharu mereka yang dinamakan Phone (3a) Lite.

Berdasarkan perkongsian Nothing di X, peranti baharu ini akan dilancarkan pada Rabu, 29 Oktober jam 1 petang GMT (9 malam waktu Malaysia). Teaser yang dikongsikan turut memberi gambaran awal tentang rekaan Phone (3a) Lite menjelang pelancarannya.



Dari gambar yang dikongsikan, ia tampil dalam warna putih dengan kemasan lutsinar ikonik Nothing serta skru yang kelihatan pada panel belakang. Sebagai model bajet, ia nampaknya tidak lagi dilengkapi sistem lampu Glyph seperti peranti Nothing yang lain.

Phone (3a) Lite. 29.10. 13.00 GMT.

Light up the everyday. pic.twitter.com/VVNclQ6mEl

— Nothing (@nothing) October 27, 2025

Sebaliknya, Phone (3a) Lite hanya menggunakan lampu LED putih tunggal yang akan berkelip apabila menerima notifikasi. Anda boleh lihat sendiri cara ia berfungsi dalam video teaser di atas.



Setakat ini, Nothing masih belum mendedahkan spesifikasi rasmi peranti ini. Namun, Phone (3a) Lite baru-baru ini muncul di laman Geekbench dengan nombor model A001T, menampilkan cip MediaTek Dimensity 7300, RAM 8GB, dan storan dalaman 128GB.

Maklumat lanjut hanya bakal diketahui pada hari pelancarannya nanti. Kami menjangkakan tempahan awal akan dibuka tidak lama selepas pengumuman rasmi, dan harganya dijangka bawah RM1,500.

Buat masa ini, peranti paling murah Nothing ketika ini ialah CMF Phone 2 Pro, juga menggunakan cip daripada keluarga Dimensity 7300 Pro. Model dengan 8GB RAM + 256GB storan itu dilancarkan pada harga RM1,199, tetapi kini boleh didapati sekitar RM999.

Tags: NothingNothing Phone (3a) LitePhone (3a) Lite
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Telefon bajet Nothing Phone (3a) Lite bakal dilancar 29 Oktober

Telefon bajet Nothing Phone (3a) Lite bakal dilancar 29 Oktober

27 October 2025
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN