Anda ada bajet sekitar RM2,000 untuk sebuah tablet? Dengan bajet sebegini, anda sudah boleh dapat tablet dengan spesifikasi mantap untuk kerja, belajar, melukis, atau hiburan, lengkap dengan skrin besar, cip berkuasa, dan rekaan yang tampak premium.
Malah, ada juga model yang menyokong 5G dan turut didatangkan bersama pen stylus percuma. Jadi, kalau anda tertanya-tanya tablet mana paling berbaloi dalam julat harga ini, berikut ialah 5 pilihan tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia yang patut anda pertimbangkan sekarang.
1. Honor Pad 10 5G (8GB+256GB) – RM1,499


Pertama sekali ialah Honor Pad 10 5G, yang baru sahaja dilancarkan Ogos lepas. Kelebihan paling ketara tablet ini ia mempunyai sokongan 5G, sesuatu yang jarang ada untuk segmennya. Jadi kalau anda suka guna tablet di luar rumah, boleh terus masuk kad SIM, tak perlu bergantung pada WiFi.
Prestasi tablet ni datang dari cip Snapdragon 7 Gen 3, cukup laju untuk keperluan multitugas atau main game ringan, dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Skrin pun besar, 12.1 inci dengan resolusi 2.5K, kadar segar semula 120Hz dan sokongan HDR.
Yang penting, ia sokong stylus, jadi nak guna untuk catat nota atau melukis pun tiada masalah. Bahagian audio pula antara paling hebat, 6 speaker dengan Honor Spatial Audio, memang syok kalau nak layan movie. Bateri pun besar, 10,100mAh, dengan pengecasan 35W USB-C.
Harganya cuma RM1,799 untuk versi 5G, dan anda siap dapat keyboard, stylus dan headfon percuma. Kalau nak jimat lagi, versi WiFi dijual pada RM1,499.
Anda boleh dapatkan di Lazada dan Shopee
2. Apple iPad 11th gen 128GB – RM1,599


Kalau anda sudah berada dalam ekosistem Apple, iPad 11th Gen memang pilihan tepat. Model baharu iPad ini dilancarkan Mac tahun ni, kemas kini dari iPad 10th Gen tahun 2022. Skrinnya jenis Liquid Retina IPS LCD 11 inci dengan kecerahan puncak 500 nits, tapi kadar segar semula perlahan sikit pada 60Hz. Ia juga sokong Apple Pencil Gen 1.
Kamera depan dan belakang kedua-duanya 12MP, dan kamera belakangnya ada fungsi Center Stage untuk panggilan video. Ia dikuasakan cip Apple A16, sama seperti iPhone 14 Pro, masih berkuasa untuk tahun 2025. Cuma, ia tak ada Apple Intelligence.
Ada juga varian 5G, tapi untuk bajet bawah RM2,000, anda cuma boleh dapat versi WiFi sahaja. Cuma yang bagusnya, sekarang storan dah lebih besar dan harga pun lebih murah berbanding iPad 10th gen, bermula RM1,599 untuk 128GB dan RM1,999 untuk 256GB.
Anda boleh dapatkan di Lazada dan Shopee
3. Samsung Galaxy Tab S10 Lite


Seterusnya ialah Galaxy Tab S10 Lite. Ia juga model tablet yang masih baru, dilancarkan pada bulan Ogos. Versi 5G dijual pada harga RM1,799, manakala versi WiFi pula RM1,499. Menariknya, S Pen turut disertakan terus dalam kotak, jadi anda tak perlu beli berasingan.
Skrin tablet ini berukuran 10.9 inci jenis TFT LCD dengan kadar segar semula 90Hz, masih cukup lancar, cuma kekurangannya ia tiada sokongan HDR. Di dalam, ia dikuasakan cip Exynos 1380 bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Jika storan masih tak mencukupi, yang menariknya tablet ini satu-satunya dalam senarai menyokong slot microSD, bolehkan storan diperluas lagi 2TB.
Samsung turut menjanjikan kemas kini OS sehingga 7 tahun, dan ia hadir dengan beberapa ciri produktiviti Handwriting Help, Math Solver, malah DeX Mode membolehkan anda mendapatkan pengalaman penggunaan seakan PC.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
4. Huawei MatePad 11.5 2025 (8GB+256GB) – RM1,599



Kalau anda suka melukis, Huawei MatePad 11.5 tahun 2025 ini antara pilihan paling menarik. Ia guna skrin TFT LCD 11.5 inci PaperMatte yang memiliki tekstur macam kertas dan kurang silau. Resolusi pun tinggi 2.5K, dan kadar segar semula pantas 120Hz.
Tablet ni datang dengan aplikasi GoPaint, pertama kali diperkenalkan untuk model bukan Pro. Selain itu, ia juga siap datang dengan WPS Office, jadi memang sesuai kalau anda selalu buat kerja menaip atau siapkan dokumen. Menariknya, pen stylus M-Pencil generasi ke-3 juga dapat secara percuma.
Cip yang digunakan biasa sahaja, Kirin T82B tapi tablet ini dilengkapi bater besar, 10,100mAh yang katanya mampu tawar masa tonton video sehingga 14 jam. Pengecasan pun cukup pantas 40W. Walaupun bateri besar, ia ada rekaan paling nipis 6.1mm jadi mudah nak simpan dalam beg atau bawa ke mana-mana.
Speaker pula ada empat dan ada kamera belakang 13MP untuk menangkap gambar. Namun kekurangannya ia tak ada sokongan 5G.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee
5. Xiaomi Pad 7 (8GB+128GB) – RM1,199


Akhir sekali adalah Xiaomi Pad 7. Kalau nak banding dengan model lain, ini model yang lama sedikit lancar Mac tahun, tapi ia merupakan tablet paling murah dalam senarai, dan spesifikasi pun cukup hebat.
Harga Xiaomi Pad 7 ini boleh dapat bermula RM1,199 untuk storan 128GB. Ia ada skrin beresolusi tinggi 3.2k jenis IPS LCD berkadar segar semula 144Hz, siap ada sokongan HDR10+ dengan Dolby Vision dan kecerahan puncak setinggi 800 nits lagi.
Cip guna dekat dalam pun tak kurang hebat, Snapdragon 7+ gen 3 dengan storan pantas hingga UFS 4.0. Bateri pula 8850mAh dengan sokongan pengecasan 45W PD 3.0.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Xiaomi Pad Mini (12GB+512GB) – RM1,999


Namun, jika anda nakkan model yang lebih kompak, boleh pertimbang Xiaomi Pad Mini. Harganya mahal sikit RM1,999 tapi ada prestasi jauh lebih berkuasa dengan cip Dimensity 9400+, RAM besar 12GB dan storan UFS pantas 4.1 seluas 512GB.
Di bahagian depan, ia datang dengan skrin 8.8 inci bersama sokongan HDR10, Dolby Vision, dan kadar segar semula paling pantas sampai 165Hz. Bateri dia kecil sikit, 7500mAh tapi sokong pengecasan pantas 67W, juga dengan PD3.0. Kemudian, ia turut menyokong WiFi 7, tak macam model tablet lain yang ada WiFi 6.






