• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TechLife Pad Plus 12 LTE tiba di Malaysia, tablet bajet dengan 4G & bateri 8,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:46 pm
  • 31/10/2025
  • Komen
TechLife Pad Plus 12 LTE tiba di Malaysia, tablet bajet dengan 4G & bateri 8,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Macam yang dijanjikan, TechLife kini telah melancarkan tablet terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia, TechLife Pad Plus 12 LTE. Ia merupakan tablet mampu milik bawah RM1,000 yang hadir dengan sokongan LTE dan bateri besar 8,000mAh .

Harga TechLife Pad Plus 12 LTE di Malaysia

Hanya ada satu konfigurasi RAM dan storan yang ditawarkan untuk TechLife Pad Plus 12 LTE, dan berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:



  • TechLife Pad Plus 12 LTE (RAM 8GB + storan 256GB) – RM799

Pengguna di Malaysia boleh dapatkan tablet ini bermula hari ini, 31 Oktober 2025. Menariknya, pembelian turut akan disertakan dengan hadiah bernilai RM299 berupa papan kekunci sekiranya dibeli menerusi stor rasmi Realme di Lazada, Shopee dan TikTok, manakala mereka yang membeli secara luar talian menerusi pengedar sah Realme juga akan menerima papan kekunci, dan tambahan beg yang keseluruhannya bernilai RM398.

Spesifikasi TechLife Pad 12 LTE

Pad Plus 12” LTE hadir dengan skrin LCD 12 inci dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 90Hz. Skrinnya memiliki nisbah badan ke skrin 85%, manakala dari segi audio menggunakan sistem empat pembesar suara stereo yang dikatakan memberikan bunyi kaya, seimbang untuk pengalaman menonton dan mendegnar lebih mengasyikkan.



Di dalamnya, tablet ini dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G91 dengan 8 teras berkelajuan 2GHz, dan dipadankan dengan RAM 8GB serta storan dalaman 256GB. Bagi pengguna yang memerlukan ruang tambahan, tablet ini turut menyokong kad mikroSD untuk storan boleh diperluas sehingga lagi 1TB.

Bateri 8,000mAh dimuatkan di dalam tabletyang dikatakan mampu menawarkan masa main muzik sehingga 12.7 jam dan penstriman video selama 3 jam pada kecerahan skrin penuh. Ia menyokong pengecasan 18W dan pengecasan terbalik berwayar 5W. Dari segi kamera, tablet ini dilengkapi kamera belakang 13MP dan kamera depan 8MP, sesuai untuk rakaman nota visual atau panggilan video.

TechLife Pad Plus 12 LTE menjalankan Android 15 yang diselaputi dengan TechLife Pad UI, bersama sokongan Gemini. Seperti namanya, turut menyokong sambungan rangkaian 4G LTE. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Perak dan Kelabu.

Tags: RealmeRealme MalaysiaTechLifeTechLife Pad Plus 12 LTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TechLife Pad Plus 12 LTE tiba di Malaysia, tablet bajet dengan 4G & bateri 8,000mAh

TechLife Pad Plus 12 LTE tiba di Malaysia, tablet bajet dengan 4G & bateri 8,000mAh

31 October 2025
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN