• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor sahkan Magic 8 Pro akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:20 pm
  • 03/11/2025
  • Komen
Honor sahkan Magic 8 Pro akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa Honor Magic 8 Pro bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi. Peranti flagship ini telah pun membuat kemunculannya di pasaran China bulan lepas, bersama-sama dengan varian biasa Magic 8. Tetapi berdasarkan pengumuman Honor, kelihatan hanya model Pro yang akan dibawa masuk, sama seperti generasi sebelumnya.

Peranti ini dikatakan Honor bakal hadir dengan keupayaan kamera dan pengimejan yang dipertingkat, dan dalam masa sama Honor turut mengumumkan bahawa Magic 8 Pro dipilih sebagai telefon fotografi rasmi bagi rancangan Gegar Vaganza 2025. Ia digunakan untuk merakam persembahan, detik sorotan dan perjalanan peserta sepanjang rancangan ini.



Selain itu, Honor turut memaklumkan bahawa Magic 8 Pro akan menawarkan perkakasan berprestasi tinggi, AI yang lebih pintar, sistem kamera dinaik taraf, bateri lebih besar, serta perisian terkini untuk pengalaman flagship yang lebih lancar dan menyeluruh. Menariknya, halaman produk Magic 8 Pro juga kini sudah pun diaktifkan di laman rasmi Honor Malaysia.

Buat masa ini, tiada maklumat berkenaan tarikh yang dikongsikan oleh Honor, selain daripada menyatakan ia akan tiba tidak lama lagi. Berkemungkinan akan dilancar sekitar bulan Disember. Untuk rujukan anda, Magic 7 Pro sebelum ini dilancarkan di Malaysia pada 9 Januari tahun ini.



Spesifikasi Honor Magic 8 Pro di China

Untuk pasaran di China, Magic 8 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Di hadapan, ia dilengkapi dengan paparan LTPO OLED 6.71 inci dengan resolusi 1,256 x 2,808 dan kadar segar semula 120Hz. Skrinnya juga boleh mencapai kecerahan puncak 6,000 nits.

Tenaga disalurkan oleh bateri 7,200mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 100W dan 80 wayarles. Untuk pengimejan, Magic 8 Pro mengguna pakai tetapan tiga kamera, merangkumi kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 200MP yang menyokong zum optikal 3.7x.

Kamera depan pula beresolusi 50MP, serta terdapat kamera 3D untuk pengecaman wajah. Peranti juga menyokong kalis air IP69k, dilengkapi butang AI yang boleh disesuaikan dan akan menjalankan sistem operasi MagicOS 10 berasaskan Android 16 sejurus keluar kotak.

Tags: honorHonor Magic 8 Prohonor malaysiatelefon pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor sahkan Magic 8 Pro akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Honor sahkan Magic 8 Pro akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

3 November 2025
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN