• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (3a) Lite dilancar di Malaysia, harga sama macam CMF Phone 2 Pro

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:47 pm
  • 07/11/2025
  • Komen
Nothing Phone (3a) Lite dilancar di Malaysia, harga sama macam CMF Phone 2 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing kini telah mengumumkan ketibaan Phone (3a) Lite ke pasaran Malaysia, hanya beberapa hari selepas pelancaran antarabangsanya. Macam namanya, Phone (3a) Lite merupakan model paling mampu milik dalam barisan telefon pintar Nothing. Ia berkongsi banyak persamaan dengan CMF Phone 2 Pro, namun tampil dengan rekaan lebih bergaya dan sedikit turun taraf pada bahagian kamera.

Harga Nothing Phone (3a) Lite di Malaysia

Berbanding dua varian di UK, hanya satu varian dibawa masuk ke Malaysia, dan berikut adalah harga jualan rasmi di sini:



  • Nothing Phone (3a) Lite (8GB + 256GB) – RM1,199

Ini juga bermakna harga Phone (3a) Lite di Malaysia sebenarnya lebih murah berbanding di UK. Di Malaysia, model ini dijual pada harga sama seperti CMF Phone 2 Pro varian 8GB + 256GB, sedangkan di UK, varian 8GB + 128GB CMF Phone 2 Pro dijual pada GBP 249, iaitu harga yang sama dengan Phone (3a) Lite 8GB + 128GB di sana.

Walaupun sudah dilancar, Phone (3a) Lite masih belum boleh dibeli di Malaysia. Tempahan awal untuk milikinya akan dibuka pada 22 November, manakala jualan pertama akan bermula pada 29 November 2025.



Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan Phone (3a) Lite secara dalam talian menerusi Nothing.tech, Lazada, Shopee dan TikTok. Sebagai alternatif, ia juga boleh didapati menerusi pengedar sah seperti DirectD, TMT, Urban Republic, Vivid Concepts, TAC Mobile, SS Solution dan Nothing Image Store.

Spesifikasi Nothing Phone (3a) Lite

Perkara paling menyerlah pada Nothing Phone (3a) Lite sudah tentu rekaannya, yang mengekalkan gaya “lutsinar” memperlihatkan elemen dalaman peranti. Ia juga dilengkapi lampu Glyph yang akan berkelip untuk notifikasi dan berfungsi sebagai kiraan masa ketika mengambil gambar.

Seperti model terbaharu sebelum ini, telefon ini juga menampilkan Essential Key, butang khas untuk menangkap momen penting atau merakam nota suara, yang kemudian diurus menggunakan AI dalam ruang khas Essential Space.

Dari segi paparan, Nothing Phone (3a) Lite hadir dengan skrin AMOLED 6.77 inci beresolusi Full HD+ (2392×1084 piksel), menyokong refresh rate 120Hz, kadar kecerahan puncak 3,000 nits, kadar pensampelan sentuh 1000Hz, dan PWM setinggi 2160Hz bagi paparan lebih selesa untuk mata.

Telefon ini dikuasakan cip Dimensity 7300 Pro 5G berasaskan 4nm, digabungkan dengan RAM 8GB serta storan dalaman 128GB atau 256GB, dan turut menyokong kad microSD sehingga 2TB.

Untuk kamera, ia menampilkan tiga kamera belakang, namun sedikit berbeza daripada CMF Phone 2 Pro sebab tidak dilengkapi telefoto. Kamera utama ialah 50MP f/1.88 (24mm, sensor 1/1.57”), diikuti kamera ultra lebar 8MP f/2.2 (15mm, sensor 1/4”), dan kamera makro 2MP f/2.4. Di hadapan pula, terdapat kamera swafoto 16MP f/2.45 (24mm). Ia menyokong rakaman video 4K 30fps, 1080p hingga 60fps, serta slow-mo 120fps.

Bateri berkapasiti 5,000mAh di dalam dan ia menyokong pengecasan pantas berwayar 33W melalui USB-C, sama seperti CMF Phone 2 Pro.Menurut Nothing, ia boleh mencapai 50% dalam 20 minit, dan penuh dalam masa sejam.

Dari segi sambungan, telefon ini menyokong 5G, WiFi 6 dan Bluetooth 5.3. Sejurus keluar dari kotak, peranti ini menjalankan Nothing OS 3.5 berasaskan Android 15, dengan janji 3 tahun kemas kini Android dan 6 tahun kemas kini keselamatan daripada Nothing.

Tags: Nothine Phone (3a) LiteNothingNothing Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Nothing Phone (3a) Lite dilancar di Malaysia, harga sama macam CMF Phone 2 Pro

Nothing Phone (3a) Lite dilancar di Malaysia, harga sama macam CMF Phone 2 Pro

7 November 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER