• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Suunto Vertical 2: Jam pintar pengembara lasak dengan lampu LED terbina, GPS sehingga 65 jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:58 pm
  • 11/11/2025
  • Komen
Suunto Vertical 2: Jam pintar pengembara lasak dengan lampu LED terbina, GPS sehingga 65 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Suunto telah melancarkan Vertical 2, jam pintar pengembara generasi baharu yang direka untuk ekspedisi ekstrem mahupun aktiviti harian. Meneruskan legasi Suunto Vertical yang diumumkan pada 2023, model ini hadir dengan peningkatan pada sensor denyutan jantung optik, skrin AMOLED lebih besar dan terang, pemproses baharu lebih serta lampu suluh LED terbina.

Harga Suunto Vertical 2 di Malaysia

Suunto Vertical 2 ditawarkan dalam dua varian sama ada berbadan Stainless Steel ataupun titanium, dan berikut adalah harga jualan rasmi di Malaysia:



  • Stainless Steel – RM2,999
  • Titanium – RM3,499

Model Stainless Steel tersedia dengan pilihan tali jam berwarna hitam, hijau, kelabu dan oren, manakala model titanium tersedia dengan tali berwarna hitam dan hijau.

Untuk membelinya, anda boleh singgah ke gedung rasmi Suunto Lazada, Shopee dan TikTok melalui pautan di bawah:



Suunto Vertical 2 Stainless Steel

  • Lazada
  • Shopee
  • TikTok

Suunto Vertical 2 Titanium

  • Lazada
  • Shopee
  • TikTok

Sebagai alternatif, ia juga boleh dibeli menerusi kedai fizikal Suunto di IOI Mall Putrajaya serta pengedar sah seperti Solar Time, Y sandal, LM sport, Syscom dan I-store.

Spesifikasi Suunto Vertical 2

Di bahagian muka, Suunto Vertical 2 dilengkapi skrin lebih besar 1.5″ daripada panel AMOLED beresolusi 466×466 piksel serta tahap kecerahan maksimum 2,000 nits. Menurut Suunto, paparan ini menawarkan kecerahan dan kejelasan lebih baik di bawah cahaya matahari terik. Skrin ini turut dilindungi kaca nilam (sapphire glass) dan mempunyai penarafan kalis air sedalam 100 meter.

Dari segi binaan, macam yang dinyatakan tadi, jam ini hadir dengan dua pilihan kerangka, sama ada stainless steel atau titanium dengan berat jam 87g. Ia dipadankan dengan tali silikon bersaiz 22mm, manakala tiga butang fizikal di sisi disediakan untuk memudahkan kawalan, terutamanya ketika pengguna memakai sarung tangan.

Untuk kegunaan luar, Suunto turut melengkapkan model baru ini dengan lampu LED terbina yang boleh dilaras tahap kecerahannya. Ia turut menawarkan mod cahaya merah untuk kegunaan waktu malam serta mod keselamatan seperti SOS dan “pulse mode”, yang memancarkan cahaya berulang semasa kecemasan.

Model ini menggunakan sensor denyutan optik generasi baharu yang dikatakan memberikan bacaan lebih cepat dan tepat. Selain itu, algoritma latihan turut diperbaharui dengan AI Coach, yang boleh menyesuaikan pelan latihan mengikut prestasi, tahap pemulihan, dan matlamat pengguna. Pengguna juga boleh menjejak metrik prestasi seperti Training Stress Score, Recovery Score, VO₂ Max, dan Cumulative Load untuk pemantauan yang lebih mendalam.

Suunto Vertical 2 turut menyokong lebih daripada 115 mod sukan, termasuk mod untuk larian, berenang, berbasikal, mendaki dan kayak. Ia juga menyediakan amaran cuaca, data altitud, serta waktu matahari terbit dan terbenam. Pada aspek kesihatan, ia masih menyokong pengesanan oksigen dalam darah (SpO2), penjejakan tidur, dan aktiviti harian.

Untuk navigasi, Suunto Vertical 2 menyokong peta luar talian percuma yang memaparkan garisan kontur, laluan, dan ciri-ciri muka bumi yang boleh diakses terus dari jam,atau aplikasi Suunto. Ia turut disertakan multi-band GPS, fungsi amaran cuaca, serta Climb Guidance, yang membantu pengguna menavigasi kawasan berbukit atau bergunung melalui profil ketinggian masa nyata dan notifikasi awal ketika mendaki atau menuruni cerun.

Turut disertakan ciri Quick Start Navigation yang membolehkan pengguna menukar laluan semasa bergerak tanpa menghentikan aktiviti.

Hayat bateri yang diiklankan untuk Vertical 2 adalah sehingga 65 jam dalam mod GPS, atau sehingga 20 hari untuk penggunaan harian sebagai jam pintar biasa. Ia turut datang dengan storan terbina seluas 32GB.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Suunto Vertical 2.

Tags: jam kecergasanJam PintarsuuntoSuunto Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Suunto Vertical 2: Jam pintar pengembara lasak dengan lampu LED terbina, GPS sehingga 65 jam

Suunto Vertical 2: Jam pintar pengembara lasak dengan lampu LED terbina, GPS sehingga 65 jam

11 November 2025
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN