• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo X300 dan Vivo X300 Pro tiba di Malaysia, harga dari RM3,599

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:23 pm
  • 13/11/2025
  • Komen
Vivo X300 dan Vivo X300 Pro tiba di Malaysia, harga dari RM3,599
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia kini telah melancarkan Vivo X300 dan Vivo X300 Pro untuk pasaran Malaysia, kira-kira selepas sebulan ia diperkenal di China. Sebagai pengganti kepada siri Vivo X200, model baharu ini membawakan peningkatan dari segi prestasi, bateri, kamera dan juga perisian.

Harga dan ketersediaan Vivo X300 di Malaysia

Sekiranya anda berminat, Vivo X300 dan Vivo X300 Pro dijual di Malaysia pada harga seperti berikut:



  • Vivo X300 Pro (16GB+512GB) – RM4,699
  • Vivo X300 (16GB+512GB) – RM3,899
  • Vivo X300 (12GB+256GB) – RM3,599 (online ekslusif)

Berikut pula adalah harga untuk aksesori kit fotografi bagi Vivo X300 Pro:

  • Vivo ZEISS 2.35x Telephoto Extender Kit – RM999 (Promo PWP RM699)
  • Vivo PGYtech Imaging Grip Kit – RM599 (Promo PWP RM419)

Kedua-dua model siri Vivo X300 boleh dipratempah bermula hari ini sehingga 21 November 2025. Pembeli awal turut akan menerima hadiah bernilai sehingga RM2,872 yang tersedia dalam tiga pilihan pakej, iaitu:



  • Bundle 1 – Percuma mesin kopi Giselle (bernilai RM499) dan diskaun sehingga 30% Grip Kit dan Telephoto Extender
  • Bundle 2 – Percuma jam pintar Vivo Watch 3 (bernilai RM699)
  • Bundle 3 – Percuma DJI Neo 2 (bernilai RM899)

Selain daripada pakej ini, mereka juga akan terima percuma fon putik Vivo TWS 3e dan lanjutan waranti selama 365 hari.

Spesifikasi Vivo X300 Pro

Untuk model Vivo X300 Pro, bahagian skrinnya didapati masih sama dengan model sebelumnya, X200 Pro. Ia menggunakan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78″ dengan resolusi 1260 x 2800 dan kadar segar semula 120Hz. Skrin model baharu ini turut menyokong kecerahan puncak 4,500 nits, serta mampu dimalapkan sehingga 1 nits, selain memiliki PWM dimming 2,160Hz dan bezel nipis 1.1mm.

Pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin masih dikekalkan. Reka bentuk keseluruhan masih menampilkan modul kamera bulat, dengan bingkai rata setebal 7.99mm dan berat 226g. Selain itu, telefon juga kalis air IP68 & IP69, dan tersedia dalam empat pilihan warna iaitu hitam, coklat, biru dan putih.

Naik taraf ketara pada Vivo X300 Pro boleh ditemui pada bahagian dalamannya. Vivo X300 Pro dilengkapkan dengan SoC MediaTek terkini, Dimensity 9500, yang digabungkan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.1 sehingga 1TB. Vivo turut menyertakan cip pengimejan V3+ dan VS1 untuk mengoptimumkan kualiti foto dan video.

Untuk sistem kameranya, Vivo X300 Pro dilengkapi dengan tiga kamera belakang yang ditala pakar kamera ZEISS. Pertama sekali adalah kamera telefoto ZEISS APO 200MP menggunakan sensor Samsung HBP 1/1.4”, lengkap dengan salutan lensa ZEISS T* bagi mengurangkan pantulan dan silau. Ia turut disertai kamera utama 50MP f/1.57 berasaskan sensor Sony LYT-828 1/1.28”, yang dikatakan menampilkan penstabilan bertaraf gimbal bagi menghasilkan rakaman lebih stabil dan sinematik.

Baki dua lagi kamera adalah kamera ultralebar dan kamera depan yang kedua-duanya menggunakan sensor sama 50MP Samsung JN1 f/2.0. Selain itu, Vivo turut menambah baik keupayaan videonya yang kini menyokong rakaman potret 4K 60fps, video 4K 120fps 10-bit Log.

Lebih menarik, model Pro turut boleh dipadankan dengan  ZEISS 2.35x Telephoto Extender menawarkan jarak fokal sejauh 1,600mm.

Kapasiti bateri juga dipertingkat, dengan tangki bersaiz 6,510mAh menggunakan teknologi BlueVolt Silicon Anode, yang menurut Vivo menawarkan ketahanan setanding telefon dengan bateri 7,000–7,500mAh. Ia menyokong FlashCharge 90W berwayar dan pengecasan wayarles 40W, bersama sambungan USB 3.2 Gen 1, WiFi 6, Bluetooth 6.0, dan NFC.

Spesifikasi Vivo X300

Beralih kepada Vivo X300 pula, seperti X200 Pro Mini terdahulu, ia hadir dengan skrin LTPO AMOLED berukuran 6.31″ beresolusi 1216 × 2640. Seperti model Pro, skrinnya turut menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 4,500 nits. Tetapi badan sedikit lebih 7.95mm dengan berat 190g, dan boleh didapati dalam lima warna termasuk hitam, biru, ungu, merah jambu dan merah.

Dari segi prestasi, X300 turut dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 9500, dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga TB1. Baterinya sedikit lebih kecil berbanding versi Pro, berkapasiti 6,040mAh, namun masih menyokong FlashCharge 90W USB-C dan wayarles 40W.

Sistem kamera Vivo X300 juga menerima naik taraf besar berbanding X200 Pro Mini. Dengan didatangkan tiga kamera belakang, Vivo X300 menggunakan sensor 200MP Samsung HPB bersaiz 1.1,4″, tapi pada kamera utamanya dan bukan telefoto seperti model Pro. Kamera utama X300 pula menggunakan sensor 50MP jenis Sony LYT-602 1/1.95″, bersama-sama dengan kamera ultralebar dan kamera depan 50MP JN1 f/2.0.

Seperti model Pro, X300 juga menerima penarafan IP68 dan IP69 untuk kalis air dan debu, serta menyokong USB 3.2 Gen 1 dan NFC. Namun, model X300 hanya menyokongWiFi 5 dan Bluetooth 5.4.

Kedua-dua model dalam siri ini menjalankan OriginOS 6 baharu berasaskan Android 16 sejurus keluar kotak, dikatakan menawarkan kelancaran penggunaan sehingga 5 tahun, hasil pengiktirafan pensijilan SGS untuk ketahanan penggunaan jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo X300.

Tags: vivovivo MalaysiaVivo X300Vivo X300 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Vivo X300 dan Vivo X300 Pro tiba di Malaysia, harga dari RM3,599

Vivo X300 dan Vivo X300 Pro tiba di Malaysia, harga dari RM3,599

13 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER