• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:51 pm
  • 16/11/2025
  • Komen
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam beberapa hari ini, anda mungkin menerima SMS meminta anda memuat turun aplikasi SaveME 999. Aplikasi ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada platform Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS 999), yang bertujuan memberikan akses lebih efisien kepada Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

NG MERS 999 dibangunkan selepas perjanjian antara TM dan kerajaan pada pertengahan 2024, dan ia dijangka meningkatkan perkongsian sumber dan data antara responden kecemasan serta agensi pusat berkaitan. Sistem baharu ini juga akan mengintegrasikan peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi dan aplikasi pintar mudah alih ke dalam pengurusan insiden kecemasan, bagi membantu mempercepatkan masa tindak balas di seluruh negara.



Aplikasi SaveME 999 kini tersedia dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store, namun setakat ini ia menerima penilaian agak rendah 1.8 bintang di App Store dan 2.9 bintang di Play Store.

Berdasarkan loading skrin ketika membuka aplikasi, ia menyatakan bahawa SaveME 999 adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi. Tetapi di gedung aplikasi, Jabatan Digital Negara (agensi di bawah Kementerian Digital) disenaraikan sebagai pembangun aplikasi.



Proses pendaftaran terlalu rumit, di mana MyDigital ID?

Untuk menggunakan SaveME 999, kelihatan aplikasinya memerlukan proses pendaftaran yang agak panjang, malah dilihat lebih rumit daripada mendaftar akaun Bank Digital. Bukan sahaja anda perlu mencipta nama pengguna dan kata laluan, anda juga wajib melengkapkan pengesahan identiti dengan mengambil gambar MyKad atau ID sah anda.

Bukan itu sahaja, anda turut perlu mengesahkan alamat e-mel melalui OTP, serta mengisi butiran tambahan termasuk alamat rumah.

Apa yang lebih pelik, SaveME 999 langsung tidak menawarkan pilihan log masuk melalui MyDigital ID. MyDigital ID sepatutnya diwajibkan untuk semua aplikasi kerajaan pada masa hadapan, dan ini sebenarnya boleh memudahkan proses daftar masuk serta menjadikannya lebih selamat.

Apa anda boleh buat dengan SaveME 999?

Selepas selesai pendaftaran, anda masih perlu log masuk menggunakan “Biometric” atau kata laluan setiap kali membuka aplikasi. Memerlukan pengguna log masuk adalah perkara terakhir yang anda mahukan dalam situasi mengancam nyawa. Laporan kecemasan sepatutnya dilakukan tanpa sebarang halangan, dan kami tidak nampak keperluan untuk pengguna log masuk hanya untuk membuat laporan kecemasan.

Semasa diuji pada iPhone, ciri “Biometric” juga tidak menggunakan FaceID. Sebaliknya, kami diminta memasukkan PIN 6-digit peranti.

Sebaik sahaja berjaya log masuk, anda diberikan dua pilihan, “Slide to Call 999” atau “Slide to Send Report”.

Pilihan “Slide to Call 999” adalah sama sahaja seperti mendail 999 di telefon anda, jadi ia terasa seperti ciri yang berulang dan tidak diperlukan pun.

Manakala, “Slide to Send Report” nampaknya agak berguna kerana ia membolehkan anda menghantar maklumat tambahan seperti alamat semasa, jenis insiden, serta lampiran nota suara dan video. Maklumat tambahan sebegini pastinya dapat membantu pasukan kecemasan memahami konteks insiden dan menghantar anggota serta peralatan yang sesuai ke lokasi anda.

Namun perlu diingat, ciri ini memerlukan sambungan internet yang aktif. Jika anda berada di kawasan liputan 4G yang lemah, ia berkemungkinan tidak berfungsi dengan baik.

Perlukah kita sebenarnya ada begitu banyak aplikasi SOS dan 999?

Perlu juga dinyatakan, terdapat sekurang-kurangnya tiga lagi aplikasi SaveME 999 di gedung aplikasi. Antaranya SaveME 999 untuk OKU pekak, SaveME 999 untuk OKU buta dan SaveME 999 Polis. Aplikasi-aplikasi ini sudah wujud sejak beberapa tahun lalu, dan ia hanya menambah kekeliruan serta “clutter” untuk pengguna biasa. Adalah lebih baik jika MERS menyatukan semuanya dalam satu aplikasi dengan antaramuka khusus untuk golongan OKU.

Kalau anda belum tahu, telefon pintar moden sebenarnya sudah mempunyai ciri Emergency SOS terbina. Ia boleh diaktifkan dengan menekan butang kuasa sebanyak 5 kali (Android), atau menekan lama kedua-dua butang sisi (iPhone).

Apabila SOS diaktifkan atau jika telefon mengesan situasi kecemasan seperti kemalangan kereta (bergantung pada model peranti), ia akan menghubungi perkhidmatan kecemasan tempatan serta menghantar lokasi dan maklumat penting lain kepada pihak responder.

Daripada membangunkan satu lagi aplikasi kerajaan, lebih masuk akal jika MERS bekerjasama rapat dengan pengeluar peranti dan platform seperti Google, Apple dan Huawei untuk integrasi yang lebih baik. Malah, beberapa telefon flagship terkini sudah pun menyokong Emergency SOS melalui satelit, membolehkan pengguna meminta bantuan walaupun berada di kawasan tanpa liputan rangkaian.

Tags: 999MERSNG999SaveME 999
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

18 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 9 Cara betulkan kad SIM yang tidak dapat dibaca

TIPS: 9 Cara betulkan kad SIM yang tidak dapat dibaca

7 August 2022

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER