Anda ada bajet RM1,000 untuk sebuah jam pintar? Jika ya, artikel ini memang untuk anda. Dengan harga ini, anda boleh dapat jam pintar yang bukan sahaja nampak premium, malah lengkap dengan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan, serta bateri tahan lama.
Jadi, ini kami senaraikan 5 jam pintar terbaik bawah RM1,000 untuk tahun 2025, serta satu bonus yang patut anda pertimbang.
1. Apple Watch SE 3 (40mm)


Harga rasmi Apple Watch SE 3 ini sebenarnya bermula RM1,049 untuk varian 40mm, tetapi dengan promosi, anda biasanya boleh dapat bawah RM1,000. Untuk pengguna iPhone, ia adalah jam pintar yang paling berbaloi untuk harganya. Ia dilengkapi dengan cip Apple baharu S10 dengan WatchOS 26 yang lancar dan responsif.
Dari segi kesihatan, ia dilengkapi dengan ciri pemantauan kadar degupan jantung, amaran kemalangan (crash detection), pengesanan jatuh (fall detection), malah penjejakan tidur, pemantauan suhu kulit dan anggaran ovulasi. Hayat bateri boleh tahan sekitar satu hari ataupun 18 jam seperti kebanyakan jam Apple, dan cukup tahan lasak ada penarafan air 50 meter.
Anda boleh dapatkan Apple Watch SE 3 di Lazada dan Shopee.
2. Xiaomi Watch S4 (41mm)
Seterusnya adalah Xiaomi S4 (41mm). Ini ialah versi yang lebih kecil dan lebih nipis berbanding Watch S4 asal yang diperkenalkan awal tahun ini, tapi masih ada rekaan premium dengan badan stainless steel. Harga rasmi di Malaysia bermula sekitar RM549 hingga RM799, bergantung pada warna dan jenis tali.
Jam ini dilengkapi dengan skrin AMOLED 1.32”, beresolusi 466×466, kecerahan sehingga 1500 nits. Walaupun saiz kompak, hayat bateri jam boleh bertahan sehingga lapan hari untuk penggunaan ringan. Dari segi fungsi, GPS dwijalur, pemantauan SpO₂, kadar denyutan jantung, sensor suhu kulit, NFC, dan lebih 150 mod sukan. Ia juga menyokong Bluetooth 5.4 serta mempunyai ketahanan air 5 ATM.
Anda boleh dapatkan Xiaomi Watch S4 41mm di Lazada dan Shopee
3. Huawei Watch GT 6 (41mm)


Kalau anda pentingkan hayat bateri, Huawei Watch GT 6 ini mungkin pilihan yang tepat. Harganya RM999 untuk varian 41mm, manakala varian 46mm pula mahal sikit berharga RM1,099. Tak mustahil boleh dapat bawah RM1,000 kalau ada promosi.
Untuk varian 41mm, ia ada skrin AMOLED 1.32″ dan hayat bateri sehingga 14 hari dalam penggunaan ringan dan 7 hari bagi penggunaan biasa. Terdapat juga sokongan GPS dwijalur, kadar denyutan jantung, SpO₂, pemantauan stres, tidur serta pelbagai mod sukan seperti berbasikal, mendaki dan banyak lagi. Siap boleh muat turun peta offline melalui Huawei Health lagi untuk keperluan berlari, dan jam kalis air IP69 dan 5ATM.
Anda boleh dapatkan Huawei Watch GT 6 41mm di Lazada dan Shopee.
4. Vivo Watch GT


Kemudian kita ada Vivo Watch GT, jam pintar terbaru daripada Vivo dengan harga RM499. Ia sesuai untuk anda yang mahukan rekaan ala Apple Watch, menggunakan paparan AMOLED petak 1.85 inci beresolusi 390×450.
Untuk fungsi kecergasan, ia menyokong lebih 100 mod sukan, dilengkapi GPS terbina, serta sensor kesihatan seperti kadar denyutan jantung dan SpO₂. Ketahanan baterinya juga agak baik, sehingga 21 hari dalam mod jimat tenaga, atau sekitar 10 hari untuk penggunaan biasa.

Menariknya, ia turut menawarkan mod sukan unik seperti pickleball dan badminton, serta menyokong Bluetooth 5.3, NFC, dan menjalankan Vivo BlueOS yang ringkas serta mudah digunakan.
Anda boleh dapatkan Vivo Watch GT di Lazada dan Shopee
5. CMF Watch 3 Pro


Akhir sekali adalah CMF Watch 3 Pro. Untuk harga RM419, ia tawarkan lebih banyak ciri daripada apa yang anda jangka pada tanda harga ini. Ia hadir dengan skrin AMOLED 1.43 inci berkecerahan 670 nits, ada GPS dwijalur, panggilan Bluetooth, dan integrasi ChatGPT, bolehkan anda tanya soalan ringkas atau tetapkan peringatan melalui arahan suara.
Bateri juga boleh bertahan sehingga 13 hari, dengan lebih 130 mod sukan, dan boleh kesan 7 senaman secara automatik. Ciri penjejakan kesihatan juga lengkap, ada pemantauan kadar denyutan jantung, SpO₂, tahap stres dan kesihatan wanita. Untuk harganya, ini adalah jam pintar yang serba boleh, sesuai untuk kegunaan kerja mahupun ketika bersenam.
Anda boleh dapatkan Vivo Watch GT di Lazada dan Shopee.
Bonus: Amazfit Active 2
Sebagai bonus, Amazfit Active 2 juga adalah pilihan yang menarik untuk anda pertimbang, berharga RM499. Ia dilengkapi paparan AMOLED 1.32 inci, sensor BioTracker 6.0 untuk pemantauan kesihatan dan kecergasan yang lebih tepat, serta hadir dengan lebih 160 mod sukan, GPS dengan peta luar talian, dan ketahanan bateri sehingga 10 hari. Ia sesuai untuk anda yang nakkan jam pintar dengan keseimbangan antara kecergasan dan bateri.






