• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

NG MERS: Talian kecemasan 999 kekal berfungsi, SaveME 999 hanya saluran tambahan

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:30 pm
  • 19/11/2025
  • Komen
NG MERS: Talian kecemasan 999 kekal berfungsi, SaveME 999 hanya saluran tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia kini mengaktifkan platform respons kecemasan generasi baharu, NG MERS 999, menandakan naik taraf besar kepada sistem panggilan kecemasan 999 negara. Platform baharu yang mula beroperasi secara rasmi pada 16 November 2025 dijanjikan mampu memberikan respons yang lebih pantas, lebih tepat dan lebih inklusif untuk semua rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Komunikasi (KK) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam, sistem NG MERS 999 dibangunkan melalui kerjasama strategik bersama lima agensi kecemasan utama negara. Ini merangkumi PDRM, JBPM, APM dan Maritim Malaysia, sekali gus membentuk satu ekosistem respons kecemasan yang lebih bersepadu di Malaysia.



Salah satu ciri baharu yang diperkenalkan ialah aplikasi SaveMe 999, yang membolehkan pengguna membuat laporan kecemasan dengan maklumat tambahan seperti lokasi, nota suara, gambar dan video.

Namun begitu, aplikasi ini menerima kritikan hebat kerana proses pendaftarannya agak rumit, dan ramai pengguna melaporkan mereka tidak menerima OTP untuk pengesahan akaun. Selain itu, pengguna turut perlu log masuk sebelum boleh menghantar laporan, sesuatu yang dianggap sebagai halangan tidak perlu ketika seseorang sedang berdepan situasi kecemasan.



Panggilan suara 999 masih berfungsi seperti biasa, SaveME999 hanyalah saluran tambahan

Walaupun NG MERS 999 sudah beroperasi dan kerajaan menggesa orang ramai memuat turun aplikasi SaveME999, pihak berkuasa menegaskan bahawa perkhidmatan panggilan suara 999 yang digunakan sebelum ini kekal berfungsi sepenuhnya dan boleh digunakan seperti biasa.

Mereka menyatakan bahawa aplikasi SaveME999 hanya berperanan sebagai saluran tambahan, khususnya untuk pengguna yang perlu berkomunikasi melalui teks, video atau multimedia. Langkah ini selari dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan keprihatinan dan keberkesanan perkhidmatan tindak balas kecemasan negara.

Insiden ambulans dilaporkan, namun sistem 999 berfungsi normal

Dalam kenyataan sama, KKM, KK dan TM mengesahkan bahawa mereka menerima laporan berkaitan perkhidmatan ambulans.

FMT sebelum ini melaporkan satu kejadian kecemasan pada 5:27 pagi, diikuti panggilan kedua pada 6:00 pagi selepas ambulans tidak muncul. Panggilan ketiga dibuat pada 6:25 pagi dan selepas masih tiada respons, keluarga berkenaan terpaksa menghubungi ambulans swasta yang tiba sekitar 8:00 pagi.

Dalam insiden berbeza, dua ambulans dilaporkan tiba pada lokasi kecemasan yang sama.

Pada Ahad, satu hantaran Facebook tular mendakwa NG MERS 999 gagal memberi respons terhadap kes kecemasan. Menurut dakwaan itu, panggilan dibuat dari 3:40 petang hingga 4:40 petang pada 16 November tetapi tidak dijawab. Bantuan hanya diterima selepas mereka menghubungi nombor BOMBA tempatan dan mangsa dihantar ke Hospital Selayang.

Walaupun kejadian-kejadian ini digambarkan sebagai kes terpencil, kementerian menegaskan perkara ini ditangani secara serius dan dengan kadar segera kerana setiap panggilan kecemasan melibatkan keselamatan dan nyawa orang awam.

TM melalui semakan teknikal mendapati sistem NG MERS 999 beroperasi seperti biasa. Ini termasuk prosedur penghantaran kes yang menggunakan prinsip “nearest available”, bagi memastikan aset kecemasan terdekat dan bantuan dihantar secepat mungkin.

Tambah ambulans, perkemaskan penghantaran dan kerjasama NGO

KKM memaklumkan bahawa mereka akan terus memperkukuh respons di lapangan dengan menambah jumlah ambulans, menyusun semula penempatan aset di kawasan strategik, serta memperluas kerjasama dengan kumpulan sukarelawan termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, St. John Ambulans Malaysia dan NGO lain. Penilaian berterusan bersama agensi berkaitan turut dilakukan bagi memastikan kesiapsiagaan aset dan koordinasi kekal selaras dengan keperluan kecemasan negara.

@soyacincautiktok

App SOS 999 baru? Berguna ke? #soyacincau #soyacincautiktok #jdn #999 #sos

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok
Tags: 999Kementerian KomunikasiMERSMERS999SaveME 999TM
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
NG MERS: Talian kecemasan 999 kekal berfungsi, SaveME 999 hanya saluran tambahan

NG MERS: Talian kecemasan 999 kekal berfungsi, SaveME 999 hanya saluran tambahan

19 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER