• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT 8 Pro dilancar dengan kamera RICOH GR & Snapdragon 8 Elite Gen 5, dari RM4,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:59 pm
  • 24/11/2025
  • Komen
Realme GT 8 Pro dilancar dengan kamera RICOH GR & Snapdragon 8 Elite Gen 5, dari RM4,299
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar flagship tebaru mereka, Realme GT 8 Pro. Selain varian biasa Realme GT 8 Pro, telefon ini turut datang dengan GT 8 Pro Dream Edition, iaitu model ekslusif dibangunkan hasil kerjasama dengan Pasukan Perlumbaan Aston Martin Aramco F1, suatu yang pernah mereka lakukan untuk Realme GT 7.

Menariknya, dengan menggunakan sistem kamera RICOH GR, Realme juga mengatakan peranti ini telah diiktiraf oleh Lembaga Pelancongan Sabah sebagai Rakan Pengimejan Rasmi bagi kempen ‘realme Explore the Beauty of Sabah’, yang bertujuan mempamerkan landskap alam semula jadi serta warisan budaya Sabah.



Harga dan ketersediaan Realme GT 8 Pro di Malaysia

Kedua-dua Realme GT 8 Pro dan GT 8 Pro Dream Edition datang dalam satu konfigurasi sama, dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • Realme GT 8 Pro 16GB + 512GB – RM4,299
  • Realme GT 8 Pro Dream Edition 16GB + 512GB – RM4,699

Sekiranya anda berminat, promosi tempahan awal masih lagi berjalan sehingga 28 November 2025, dengan Realme menawarkan hadiah percuma bernilai RM1,197 kepada pembeli Realme GT 8 Pro iaitu rebat RM200, jam pintar Realme Watch 5, aksesori sarung telefon dan kamera, jaminan lanjutan waranti 1 tahun dan rebat PWP RM100 untuk fon putik Realme Buds Clip.



Manakala, pembeli awal GT 8 Pro Dream Edition pula didatangkan dengan hadiah bernilai RM998, di mana kebanyakannya hadiah serupa seperti GT 8 Pro biasa tetapi tanpa aksesori pelindung telefon dan kamera.

Anda boleh dapatkan Realme GT Pro di Lazada, Shopee dan TikTok, serta Realme GT 8 Pro Dream Edition di Lazada, Shopee dan TikTok.

Spesifikasi Realme GT 8 Pro

Realme GT 8 Pro dilengkapi panel paparan AMOLED 6.79″ dengan kadar segar semula 144Hz dan resolusi 1440 x 3136. Ia menyokong kecerahan biasa 2,000 nits dan puncak setinggi 7,000 nits, bersama HDR10+ dan Dolby Vision. Paparan ini turut dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i.

Kuasa utama Realme GT 8 Pro datang dari cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 3nm di dalam, dan ia dipadankan dengan RAM 16GB dan storan 512GB. Ia juga menampilkan gabungan cip tambahan Hyper Vision+ AI Chip dan Signal Catcher Chip, dan menurut Realme, gabungan ini membolehkan peranti menjalankan dua permainan berat serentak pada tetapan grafik maksimum dan mencapai sehingga 120FPS untuk game popular.

Bahagian penyejukan pula diuruskan sistem penyejukan VC 7,000m². Menyalurkan tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti 7,000mAh dengan sokongan pengecasan SuperVOOC 120W USB-C dan 50W wayarles.

Macam yang kita tahu, Realme GT 8 Pro ini hadir dengan sistem dekorasi kamera boleh tukar. Pengguna boleh memilih untuk menggayakannya dengan pepulau kamera bentuk bulat atau segi empat. Menampilkan kerjasama oleh pakar kamera RICOH GR, perkakasan kamera Realme GT 8 Pro terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor 1/1.56″, diikuti kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 200MP dengan sensor 1/1.56″ berjarak fokal 65mm.

Realme juga mengatakan kamera utamanya menggunakan lensa 7P High-Transmittance dengan lima lapisan antisilau, dan juga dwilapisan salutan AR memberikan kemasukan cahaya 97%. Ia juga hadir dengan ton filem RICOH GR klasik lensa Positive, Negative, Hi-Contrast B&W. Kamera depan pula menggunakan sensor 32MP.

Selain itu, Realme GT 8 Pro juga kalis air IP69, sokong WiFi 7, Bluetooth 6.0, NFC dan akan menjalankan sistem operasi Realme UI 7.0 baharu berasaskan Android 16.

Realme GT 8 Pro Dream Edition

Sementara Realme GT 8 Pro Dream Edition mengekalkan keseluruhan spesifikasi sama dengan Realme GT 8 Pro biasa, ia tampil dengan rekaan yang dihasilkan dengan kerjasama Pasukan Aston Martin Aramco F1. Seperti GT 7 Dream Edition, model ini didatangkan dengan kemasan berwarna hijau dengan logo Aston Martin ditengah berserta garisan pada kiri dan kanan yang menggambarkan aliran aerodinamik.

Model ekslusif ini juga dilengkapi dengan dekorasi kamera boleh tukar berwarna hijau, serta antaramuka bertema F1 khas, dynamic wallpaper AMR25 dan mod GT bunyi trek. Selain itu, ia juga lengkap dengan pembungkungkusan edisi khas Aston Martin.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme GT 8 Pro.

Tags: RealmeRealme GT 8 ProRealme GT 8 Pro Dream Edition
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Realme GT 8 Pro dilancar dengan kamera RICOH GR & Snapdragon 8 Elite Gen 5, dari RM4,299

Realme GT 8 Pro dilancar dengan kamera RICOH GR & Snapdragon 8 Elite Gen 5, dari RM4,299

24 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER