• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus ROG XG Mobile 2025 kini di Malaysia pada harga RM6,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:28 pm
  • 05/12/2025
  • Komen
Asus ROG XG Mobile 2025 kini di Malaysia pada harga RM6,299
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia kini membawa masuk eGPU terbaharu mereka, ROG XG Mobile 2025, ke pasaran Malaysia. Model ini diumumkan pada CES 2025 dan direka untuk meningkatkan prestasi grafik pada peranti ROG terpilih seperti ROG Flow Z13, serta ROG Ally dan Ally X.

Untuk pasaran Malaysia, ROG XG Mobile 2025 hadir dengan GPU laptop GeForce RTX 5070 Ti, dipadankan bersama VRAM GDDR6 12GB dan TGP maksimum 140W.Di pasaran global, Asus turut menawarkan varian dengan GPU GeForce RTX 5090.



Perubahan paling besar generasi ini adalah penggunaan Thunderbolt 5 sebagai sambungan utama, lengkap dengan sokongan USB PD 3.1. Standard baharu ini menawarkan jalur lebar dua kali ganda berbanding Thunderbolt 4, sekali gus memberikan bandwidth sehingga 120Gbps. Dengan kapasiti data yang lebih tinggi, ia menyokong output video beresolusi tinggi 8K serta menyokong sehingga tiga paparan 4K 144Hz serentak.

Selain itu, XG Mobile 2025 turut berfungsi sebagai hub sambungan. Ia dilengkapi dengan port seperti:



  • 2× USB-A 3.2 Gen 2
  • 1× HDMI 2.1
  • 1× DisplayPort 2.1
  • 1× RJ-45 LAN
  • 1× Pembaca kad SD
  • Port kuasa

Untuk kuasa, ROG XG Mobile menggunakan PSU 330W. Dalam kotak, anda akan terima 1 kable kuasa dan 1 kabel Thunderbolt 5.

Untuk menggunakan ROG XG Mobile, ia boleh disambungkan pada peranti ROG serasi dengan Thunderbolt 5, Thunderbolt 4 ataupun USB 4. Anda boleh lihat senarai penuh peranti serasi di sini.

Walaupun menawarkan prestasi tinggi, XG Mobile 2025 masih mengekalkan rekaan kompak dengan berat kurang daripada 1kg, menjadikannya 18.2% lebih kecil dan 26.8% lebih ringan berbanding generasi sebelumnya. Asus turut menaik taraf sistem penyejukannya dengan penyejuk kebuk wap baharu, kipas direka semula, penapis habuk dan ventilasi lebih senyap.

Asus juga mengatakan sistem penyejukan baharu ini menyediakan permukaan penyejukan 150% lebih tinggi berbanding reka bentuk penyejukan biasa.

Bahagian luarnya menggunakan rekaan separa telus yang menampakkan komponen dalaman, lengkap dengan pencahayaan RGB Aura Sync. Ia turut mempunyai dua pendiri, satu terbina di belakang dan satu pendiri berasingan sebagai alternatif lebih kemas.

Harga ROG XG Mobile di Malaysia

Kalau berminat, ROG XG Mobile 2025 ini boleh didapati di Malaysia sekarang pada harga RM6,299.

Anda boleh layari laman produk ROG XG Mobile untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi.

Tags: asusasus malaysiaAsus ROG XG Mobile
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Asus ROG XG Mobile 2025 kini di Malaysia pada harga RM6,299

Asus ROG XG Mobile 2025 kini di Malaysia pada harga RM6,299

5 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER