• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:12 pm
  • 10/12/2025
  • Komen
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Realme kini telah mengumumkan ketibaan Realme C85 5G untuk pasaran Malaysia, telefon pintar kelas pertengahan baharu yang bukan sahaja menampilkan spesifikasi menarik, malah turut mencatat nama dalam Guinness World Records.

Raih rekod Guinness World Records, kalis air IP69 Pro

Namun, jangan salah faham, rekod yang dicatat bukan kerana telefon ini paling kalis air di dunia. Sebaliknya, Realme C85 memegang gelaran “Most People Performing a Mobile Phone Water-Resistance Test Simultaneously”.



Pada 20 November 2025 di Jakarta, 280 peserta mengambil bahagian dalam ujian ini dengan memegang Realme C85 masing-masing dan menyelamkannya ke dalam air selama 2 minit. Hasilnya, kesemua telefon berfungsi sepenuhnya selepas direndam, sekali gus menepati syarat Guinness World Records tanpa sebarang kerosakan.

Realme mendakwa Realme C85 5G mempunyai tahap perlindungan paling tinggi dalam segmennya, melebihi sijil IP66/68/69/69K, ataupun apa yang digelar Realme IP69 Pro. Telefon ini mampu bertahan untuk 36 jenis cecair, termasuk air kolam berklorin, percikan air masin, dan cecair rumah berasid.



Selain itu, C85 diuji dengan rendaman ekstrem sehingga 30 minit pada kedalaman 6 meter dan 60 hari pada 0.5 meter, sambil mengekalkan operasi penuh pada suhu antara 0°C hingga 85°C. Telefon ini juga lulus piawaian MIL-STD-810H, membolehkannya bertahan jatuh dari ketinggian 2 meter ke permukaan keras.\

Spesifikasi Realme C85 5G

Dari segi warna, telefon ini ditawarkan dalam dua warna iaituhijau dan ungu. Di bahagian depan, ia dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.8” dengan kadar segar semula144Hz dan resolusi 1570×720p. Ia ditawarkan dengan konfigurasi RAM 8GB dan storan 256GB, dipacu oleh MediaTek Dimensity 6300 SoC.

Di bahagian kamera, Realme C85 5G menampilkan hanya satu kamera belakang 50MP f/1.8 dengan sensor Sony IMX852 1/2.93”, manakala kamera hadapan 8MP f/2.0 untuk swafoto. Telefon ini boleh merakam video sehingga 1080p 30fps, dan video gerak perlahan 720p 120fps.

Tenaga dibekalkan oleh bateri 7,000mAh yang menyokong pengecasan 45W melalui USB-C, pengecasan bypass, serta pengecasan terbalik berwayar. Dari segi perisian, telefon ini menjalankan Realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Harga Realme C85 5G di Malaysia

Realme C85 5G dijual pada harga RM1,099. Namun, buat masa ini ia hanya boleh didapatkan menerusi telco seperti Hotilink dan U Mobile. Untuk Hotlink, Realme C85 boleh dibeli dengan kontrak 24 bulan pada harga RM59 melalui pelan Postpaid 70, manakala kontrak 12 bulan dengan harga RM359. Di U Mobile pula, peranti ini ditawarkan secara percuma dengan kontrak 24 bulan melalui pelan U Postpaid 68.

Dalam masa sama, Realme turut menguar-uarkan bahawa mereka menawarkan rebat RM300, jaminan pertukaran akibat kerosakan air dan waranti lanjutan satu tahun untuk Realme C85 bagi promosi jualan pertama sehingga 25 Januari 2026.

Tinjauan di Shopee menunjukkan peranti ini turut disenaraikan sebagai “akan datang” bersama-sama dengan model 4G, menandakan ia bakal dijual secara terbuka tanpa telco, walaupun tarikh jualannya masih belum dikongsi.

Tags: RealmeRealme C85Realme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

4 December 2025
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

3 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER