• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua platform media sosial utama akan “dilesenkan” automatik mulai 1 Januari 2026

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:26 pm
  • 15/12/2025
  • Komen
SKMM minta pandangan orang awam untuk perketat piawaian MSQoS bagi perkhidmatan telekomunikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa platform pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia akan dianggap berdaftar secara automatik sebagai pemegang lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)), bermula tahun depan.

Langkah ini dilaksanakan melalui Peruntukan Anggapan (Deeming Provision) di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), sebelum Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2024 berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2026.



Ia terpakai kepada penyedia perkhidmatan yang berada di bawah kerangka lesen pesanan internet dan media sosial Malaysia, yang telah berkuat kuasa sejak 1 Januari 2025, dan bertujuan memastikan platform berskala besar beroperasi mengikut undang-undang dan peraturan Malaysia secara konsisten dan berkesan.

Lesen automatik untuk tingkatkan akauntabiliti platform besar

Menurut MCMC, pendekatan ini bertujuan mengukuhkan akauntabiliti dan pematuhan platform media sosial terhadap undang-undang Malaysia, sambil meletakkan tanggungjawab yang lebih jelas dalam menjaga keselamatan pengguna, terutamanya untuk melindungi kanak-kanak daripada bahaya dalam talian.



Bermula 1 Januari 2026, Peruntukan Anggapan ini akan terpakai kepada beberapa platform utama, termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube. MCMC turut menjelaskan bahawa penyedia perkhidmatan yang telah pun berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) akan kekal berdaftar, dan peruntukan baharu ini hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh pendaftaran sedia ada mereka tamat.

Setakat ini, hanya TikTok, WeChat dan Telegram telah memperoleh lesen ASP(C) tahun ini. Platform lain yang turut tertakluk di bawah rangka kerja pelesenan, seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, X dan YouTube, masih beroperasi tanpa lesen berdasarkan semakan terkini.

Walaupun kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa platform yang beroperasi tanpa lesen tidak akan disekat atau diharamkan buat masa ini, penyedia perkhidmatan yang gagal mematuhi keperluan pelesenan masih boleh dikenakan tindakan. Ini termasuk denda sehingga RM500,000, hukuman penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali. Selain itu, platform juga boleh dikenakan denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

Apa itu Peruntukan Anggapan (Deeming Provision)?

Berdasarkan soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan oleh MCMC, Peruntukan Anggapan di bawah Seksyen 46A AKM 1998 diperkenalkan melalui pindaan undang-undang pada 2025 dan berkuat kuasa mulai 11 Februari 2025. Ia membolehkan penyedia perkhidmatan dianggap berdaftar sebagai pemegang lesen melalui pengisytiharan Menteri, tanpa perlu melalui proses pendaftaran formal.

Selepas dianggap berlesen, penyedia perkhidmatan tersebut tertakluk kepada semua kewajipan kawal selia di bawah AKM 1998, perundangan subsidiari serta instrumen kawal selia lain yang berkaitan.

Pendaftaran secara anggapan ini kekal sah sehingga dibatalkan, dan penyedia perkhidmatan, terutamanya yang berpangkalan di luar negara, perlu mematuhi syarat tambahan seperti melantik wakil tempatan di Malaysia. Kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan, termasuk denda dan penalti.

Adakah platform media sosial akan lebih bertanggungjawab?

Persoalan utama yang masih timbul ialah sama ada langkah ini benar-benar mampu memastikan platform media sosial lebih bertanggungjawab, khususnya dalam menangani penipuan dalam talian dan kandungan berbahaya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Meta antara syarikat yang menerima kritikan kerana terus beroperasi tanpa lesen, selain masih membenarkan iklan penipuan di platformnya yang menyasarkan rakyat Malaysia. Iklan-iklan ini didakwa menyalahgunakan identiti jenama popular dan tokoh awam tempatan untuk memperdaya mangsa.

Laporan baru-baru ini juga mendedahkan Meta menjana lebih RM70 bilion daripada iklan penipuan sepanjang 2024 dan mengabaikan lebih 96% laporan berkaitan penipuan, dipercayai bagi meminimumkan kesan terhadap hasil pengiklanan mereka.

Tags: lesen media sosialMCMCSKMMsuruhanjaya komunikasi multimedia malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

SKMM minta pandangan orang awam untuk perketat piawaian MSQoS bagi perkhidmatan telekomunikasi

Semua platform media sosial utama akan “dilesenkan” automatik mulai 1 Januari 2026

15 December 2025
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN