• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hong Leong Bank kini menyokong Apple Pay, buat masa ini terhad untuk kad Visa

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:16 pm
  • 16/12/2025
  • Komen
Hong Leong Bank kini menyokong Apple Pay, buat masa ini terhad untuk kad Visa
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih tiga tahun selepas Apple Pay mendarat di Malaysia, akhirnya Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLIB) menyertai senarai bank yang menyokong perkhidmatan ini.

Dengan ini, HLB/HLIB menjadi institusi kewangan ke-7 yang membenarkan pengguna menikmati kemudahan Apple Pay selepas AmBank, Maybank, Standard Chartered, HSBC, RHB, dan Wise.



Jika anda pemegang kad Visa HLB atau HLIB, berita baiknya hampir semua kad Visa menyokong Apple Pay, kecuali HLB GSC Gold & Platinum credit cards. Tiada sebab rasmi diberikan mengapa kad GSC tidak disokong, tetapi pihak bank akan memaklumkan pelanggan jika ada sebarang kemaskini.

Walau bagaimanapun, pemegang kad debit HLB berumur bawah 16 tahun tidak boleh menggunakan Apple Pay. Selain itu, kad Mastercard HLB juga tidak disokong.



Cara menambah kad HLB di Apple Pay

Pengguna boleh menambah kad HLB atau HLIB mereka sama ada menerusi aplikasi HLB Connect atau tambah secara manual melalui aplikasi Apple Wallet di iPhone. Di aplikasi HLB Connect, anda hanya perlu lancarkan aplikasi, pilih kad yang mahu ditambah, tekan “Apple Pay” di bawah ikon kad, kemudian ikuti arah tertera di skrin.

Untuk tambah di aplikasi Apple Wallet, hanya tekan butang ‘+’ di sudut atas untuk menambah kad, seterusnya imbas kad atau masukkan nombor kad secara manual dan ikuti arahan yang tertera di skrin untuk selesaikan penambahan kad.

Namun, perlu untuk dinyatakan, jika anda ingin menggunakan Apple Pay untuk kad utama dan kad tambahan, setiap kad perlu ditambah secara berasingan ke Apple Wallet.

Sebelum ini, pelanggan HLB atau HLIB yang menggunakan peranti Android dengan NFC dan menyokong Google Wallet sudah pun boleh menggunakan Google Pay. Selain itu, pengguna Samsung Galaxy dengan peranti dan boleh pakai yang disokong juga boleh gunakan Samsung Pay.

Tags: apple payHong Leong Bankhong leong connect
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Hong Leong Bank kini menyokong Apple Pay, buat masa ini terhad untuk kad Visa

Hong Leong Bank kini menyokong Apple Pay, buat masa ini terhad untuk kad Visa

16 December 2025
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN