• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:57 pm
  • 18/12/2025
  • Komen
Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix hari ini melancarkan tablet terbaharu, XPAD Edge, untuk pasaran Malaysia. Tablet ini memfokuskan kepada produktiviti dengan rekaan ultra nipis, skrin besar 13.2 inci serta sokongan rangkaian 4G, sambil mengekalkan tanda harga yang lebih mudah diakses. Infinix turut memposisikannya sebagai tablet dengan pengalaman penggunaan setaraf PC, khususnya untuk kerja dan pembelajaran mudah alih.

Harga dan ketersediaan Infinix XPAD Edge

Infinix XPAD Edge mula dijual di Malaysia bermula hari ini, 18 Disember 2025 dalam satu konfigurasi pada harga seperti berikut:



  • Infinix XPAD Edge (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,299

Kepada mereka yang membeli tablet ini, Infinix turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM599, termasuk sarung tablet, papan kekunci wayarles X Keyboard 20, dan pen stailus X pencil 20.

Tablet ini boleh dibeli menerusi stor rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok, atau menerusi pengedar sah Infinix di seluruh negara.



Spesifikasi Infinix XPAD Edge

Infinix XPAD Edge ialah tablet bersaiz 13.2 inci dengan badan ultra nipis 6.19mm dan berat 588g, memudahkan ia dibawa ke mana-mana. a ditawarkan dalam satu pilihan warna, Celestial Ink, dengan kemasan kelabu metalik.

Di bahagian hadapan, tablet ini menggunakan panel IPS LCD beresolusi 2.4K, kadar segar semula 90Hz, kecerahan puncak 450 nits serta nisbah paparan 3:2. Paparan ini turut mendapat pensijilan TÜV Rheinland, dengan sokongan pengurangan cahaya biru dan flicker bagi penggunaan yang lebih selesa untuk tempoh lama.

Untuk hiburan, XPAD Edge dilengkapi sistem quad-speaker, yang dikatakan mampu menghasilkan kelantangan sehingga 300% lebih kuat berbanding dwispeaker pada tablet biasa.

Dari segi prestasi, XPAD Edge dikuasakan cip Snapdragon 685, dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Kapasiti RAM boleh ditambah sehingga 16GB melalui RAM maya, manakala storan boleh diperluaskan sehingga 2TB menggunakan kad mikroSD. Tablet ini turut dibekalkan bateri 8,000mAh dengan pengecasan 18W. Untuk keperluan fotografi dan panggilan video, ia dilengkapi kamera hadapan dan belakang 8MP.

Menjalankan sistem operasi Android 15 yang diselaputi dengan kulit XOS, tablet ini hadir dengan pelbagai ciri produktiviti seperti Parallel Windows, sokongan drag-and-drop, serta Wireless Second Screen yang membolehkan ia digunakan sebagai paparan kedua untuk PC. Ia turut didatangkan dengan WPS Office prapasang, selain menyokong penggunaan papan kekunci dan pen stailus untuk pengalaman kerja yang lebih menyeluruh.

Dari segi AI, XPAD Edge dilengkapi Folax Voice Assistant untuk kawalan berasaskan suara, bersama fungsi seperti AI Screen Recognition, Hi Translation, AI Writing dan AI Art yang direka bagi memudahkan kerja, pembelajaran dan penciptaan kandungan. Tablet ini juga hadir dengan aplikasi CapCut prapasang, membolehkan pengguna merakam, menyunting dan menerbitkan video terus dari peranti tanpa perlu bergantung kepada peranti lain.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Infinix XPAD Edge.

Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix XPAD Edge
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

18 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER