• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perodua QV-E kini ada di lebih banyak lokasi, kos bateri RM275/bulan sudah termasuk cukai

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:32 am
  • 20/12/2025
  • Komen
Perodua QV-E kini ada di lebih banyak lokasi, kos bateri RM275/bulan sudah termasuk cukai
Share on FacebookShare on Twitter

Perodua kini telah mengumumkan bahawa EV terbaharu mereka Perodua QV-E kini boleh didapati di lebih banyak bilik pameran Perodua di seluruh Semenanjung Malaysia. Ketika EV ini dilancarkan awal bulan ini, ketersediaannya terhad kepada hanya sembilan lokasi sahaja.

Mulai hari ini, Perodua QV-E boleh diperoleh di 34 bilik pameran terpilih, daripada sembilan sebelum ini. Seperti lokasi asal, 25 cawangan tambahan yang disenaraikan ini masih merupakan bilik pameran milik pihak pertama di bawah Perodua Sales Sdn. Bhd. (PSSB).



Ketika artikel ini diterbitkan, semakan pantas kami mendapati Perodua masih belum mengemas kini senarai bilik pameran di laman web rasmi QV-E. Jadi, untuk rujukan anda, berikut adalah senarai penuh bilik pameran sah Perodua QV-E setakat 19 Disember 2025:

  • Perodua Kuala Lumpur
  • Perodua Sentral PJ
  • PSSB Damansara Damai
  • PSSB Kajang Prima
  • PSSB Klang
  • PSSB Puchong
  • PSSB Balakong
  • PSSB Glenmarie
  • PSSB Kota Damansara
  • PSSB Pandan Prima
  • PSSB Putrajaya
  • PSSB Kuala Terengganu
  • PSSB Kota Bharu
  • PSSB Kota Bharu 2
  • PSSB Kuantan
  • PSSB Alor Setar
  • PSSB Ipoh
  • PSSB Ipoh 2
  • PSSB Jitra
  • PSSB Juru
  • PSSB Penang
  • PSSB Prai
  • PSSB Sungai Petani
  • PSSB Taiping
  • PSSB Batu Pahat
  • PSSB Johor Bahru
  • PSSB Johor Bahru 2
  • PSSB Johor Bahru 3
  • PSSB Johor Bahru 4
  • PSSB Kluang
  • PSSB Melaka
  • PSSB Muar
  • PSSB Senawang
  • PSSB Seremban

Perodua QV-E terima sambutan “memuaskan” di seluruh negara

Berdasarkan pemerhatian kami, Perodua QV-E menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, khususnya berkaitan pendekatan Battery-as-a-Service (BaaS) yang digunakan, yang secara tidak langsung menyembunyikan harga sebenar EV ini melebihi paras RM100,000. Namun begitu, Perodua memaklumkan bahawa maklum balas daripada pelanggan setakat ini adalah positif.



“Kami menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan dari seluruh negara dan kami kini meluaskan jangkauan kami dengan menambah beberapa lokasi lagi supaya pelanggan boleh membuat pandu uji dan menempah Perodua QV-E” – Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan CEO Perodua

Walau bagaimanapun, Perodua masih belum mendedahkan jumlah tempahan yang telah diterima setakat ini. Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa pelanggan kini boleh membuat tempahan secara manual, selain tempahan digital melalui aplikasi P-Circle.

Perodua jelaskan sewaan bulanan bateri QV-E

Dalam perkembangan berkaitan, Perodua turut mengambil kesempatan untuk menjelaskan struktur bayaran bulanan bagi perkhidmatan BaaS QV-E. Sebelum ini, diberitahu bahawa harga sewaan bateri adalah RM275 sebulan, namun tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 8%.

Menerusi pengumuman terbaharu, Perodua mengesahkan bahawa harga langganan bateri adalah RM275 sebulan secara “all-in” termasuk cukai, untuk tempoh 108 bulan (9 tahun). Menurut Perodua, penetapan kadar tetap ini bertujuan melindungi pelanggan daripada sebarang kenaikan harga pada masa hadapan.

Selain itu, Perodua sekali lagi menegaskan bahawa pemilik QV-E tidak perlu membayar bayaran bulanan selepas tempoh kontrak 9 tahun tamat, selagi bateri sedia ada terus digunakan. Namun, sekiranya bateri baharu diperlukan pada masa hadapan, kontrak langganan perlu dimulakan semula pada kadar RM275 sebulan.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan, Perodua menyatakan keyakinan bahawa tahap kesihatan bateri (State of Health, SoH) dijangka kekal melebihi 70% untuk tempoh lebih sembilan tahun, bergantung kepada jarak pemanduan dan tabiat pengecasan pengguna.

[Sumber: Perodua]

Tags: BaaSEVkenderaan elektrikPeroduaPerodua QV-E
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Perodua QV-E kini ada di lebih banyak lokasi, kos bateri RM275/bulan sudah termasuk cukai

Perodua QV-E kini ada di lebih banyak lokasi, kos bateri RM275/bulan sudah termasuk cukai

20 December 2025
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER