[Artikel ini dibawakan oleh Samsung Malaysia]
Siri Samsung Galaxy S25 hadir sebagai peranti flagship yang sememangnya lengkap dari segi spesifikasi dan prestasi. Tetapi antara ciri paling menarik perhatian ialah Now Brief, satu fungsi yang direka untuk memudahkan urusan harian, memberi maklumat penting secara automatik, dan memahami rutin anda dari masa ke masa.
Kalau sebelum ini anda perlu buka aplikasi satu per satu untuk lihat cuaca, semak kalendar, atau cari info perjalanan, Now Brief gabungkan semuanya dalam satu paparan ringkas yang sentiasa tersedia.


Now Brief boleh diakses dengan tiga cara mudah, sama ada melalui bar kecil di Lock Screen, Widget di skrin utama ataupun Edge Panel.
Ringkasan harian yang diperibadikan

Now Brief direka untuk memberi maklumat yang paling relevan dengan rutin harian anda sepanjang hari. Ia boleh memaparkan:
- Cuaca harian untuk merancang perjalanan
- Aktiviti dalam kalendar supaya anda tidak terlepas mesyuarat atau janji penting
- Cadangan kandungan, termasuk video YouTube dan lagu di Spotify
Maklumat ini akan dikemas kini pada waktu pagi dan tengah hari, manakala pada petang dan malam, Now Brief berfungsi sebagai recap harian, merangkum aktiviti anda serta memberi peringatan untuk berehat secukupnya.


Yang lebih menarik, Now Brief juga menyokong fungsi suara, membolehkan pengguna mendengar ringkasan harian dalam bentuk audio.

Segala jenis maklumat yang mahu dipaparkan boleh disesuaikan dalam tetapan. Jadi ia tidak akan rasa serabut atau penuh dengan info yang anda tak perlukan.
Faham tabiat anda, bukan sekadar tunjuk info

Now Brief bukan hanya paparkan maklumat. Ia memahami corak penggunaan anda.
Contoh paling ketara, jika ia kesan anda selalu memandu sambil buka navigasi dan muzik, ia boleh cadangkan setup automatik untuk mudahkan rutin itu.
Ini lebih kurang seperti assistant peribadi yang tahu apa anda selalu buat, dan cuba kurangkan beberapa langkah yang anda kena ulang setiap hari.
Lebih lancar ketika travel


Untuk pengguna yang kerap melancong, Now Brief turut boleh memaparkan maklumat tiket penerbangan, cuaca di lokasi semasa dan destinasi serta pilihan untuk kongsi lokasi dengan keluarga.
Pada hari anda menaiki penerbangan, ia secara automatik keluarkan language pack untuk fungsi Interpreter, sangat berguna bila tiba di destinasi luar negara. Selain itu, ia juga memaparkan kadar tukaran mata wang semasa.

Pendek kata, anda tidak perlu lagi buka banyak aplikasi berbeza hanya untuk cari maklumat asas sebelum naik pesawat.
Hujung minggu: Lihat momen dan laporan mingguan

Pada hujung minggu, Now Brief bertukar menjadi papan ringkas yang memberi:
- Sorotan atau momen penting sepanjang minggu
- Laporan kecergasan jika anda menggunakan peranti boleh pakai Samsung
Ia berguna untuk melihat kembali aktiviti anda dan merancang minggu seterusnya.
Now Brief : Kecil, ringkas, tetapi sangat membantu

Now Brief bukan sekadar ciri tambahan atau gimik. Ia membantu anda dari hari ke hari, mengurangkan langkah yang perlu dibuat, memaparkan maklumat yang relevan pada masa yang tepat, dan memahami tabiat anda untuk memudahkan rutin harian.
Ketahui lebih lanjut tentang siri Galaxy S25 atau dapatkannya di sini https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s25/buy/






