• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad 12 X 2026 dilancar dengan cip Kirin T92B & kamera 50MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:38 pm
  • 07/01/2026
  • Komen
Huawei MatePad 12 X 2026 dilancar dengan cip Kirin T92B & kamera 50MP
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda mencari tablet, kini ada satu lagi pilihan yang baru sahaja masuki Malaysia, iaitu Huawei MatePad 12 X 2026. Model ini merupakan sekuel kepada MatePad 12 X tahun 2024, dan ia membawakan beberapa peningkatan kecil termasuk kamera lebih baik dan menggunakan cip lebih baharu.

Namun yang menariknya, model baru ini memiliki tanda harga lebih rendah berbanding model 2024, mengikuti langkah yang dilakukan pada tablet MatePad 11.5 sebelum ini.



Harga Huawei MatePad 12 X 2026

Tablet Huawei MatePad 12 X 2026 boleh ditempah sekarang pada harga RM2,499 untuk konfigurasi RAM 12GB dan storan 256GB, iaitu penurunan berbanding RM2,999 pada model sebelumnya.

Pembeli awal juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,047 terdiri daripada Huawei M Pencil Pro, tetikus wayarles Huawei dan WPS Office 3.0. Terdapat dua warna disediakan untuk MatePad 12 X 2026 iaitu hijau dan putih.



Spesifikasi Huawei MatePad 12 X 2026

Fizikaliti tablet Huawei MatePad 12 X 2026 ini tidak berubah. Ia masih memiliki dimensi tebal 5.9mm dan berat 555g, dengan paparan 12″. Panelnya jenis IPS LCD dengan permukaan paparan ibarat kertas yang dikatakan menawarkan pengalaman anti-sliau. Ia menyokong resolusi 2800 × 1840 dengan kepadatan piksel 280, kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits.

Prestasi tablet ini dipacu oleh cip buatan Huawei Kirin T92B, dipadankan dengan RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. Tablet ini menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.3, dan lengkap dengan aplikasi produktiviti seperti WPS Office 3.0, Huawei Notes dan GoPaint. Untuk pengalaman seakan PC, penggunaan tablet juga boleh digandingkan dengan papan kekunci wayarles Huawei Smart Magnetic Keyboard dan tetikus wayarles.

Selain Huawei M-Pencil gen-3, tablet ini juga serasi digunakan bersama M-Pencil Pro baharu yang menyokong tahap tekanan 16,384 dan datang dengan tip pen boleh tukar.

Dari segi pengimejan, tablet ini hadir dengan kamera belakang 50MP f/1.8 dibelakang, naik taraf dari 13MP pada model lama. Manakala di depan, ia masih mengekalkan sensor 8MP. Bateri berkapasiti 10,100mAh dimuatkan dalam tablet dan menyokong pengecasan 66W melalui USB0-C.

Ia juga menggunakan sistem enam pembesar suara, dan dua mikrofon terbina. Sambungan yang terdapat pada tablet termasuk Bluetooth 5.2 dan WiFi 7.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Huawei MatePad 12 X 2026.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MatePad 12 X 2026MatePad 12 Xtablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Huawei MatePad 12 X 2026 dilancar dengan cip Kirin T92B & kamera 50MP

Huawei MatePad 12 X 2026 dilancar dengan cip Kirin T92B & kamera 50MP

7 January 2026
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER