• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad 12 X dilancar, tablet skrin besar 144Hz dan ada bateri 10,100mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:17 pm
  • 20/11/2024
  • Komen
Huawei MatePad 12 X dilancar, tablet skrin besar 144Hz dan ada bateri 10,100mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah melancarkan tablet terbaru mereka, iaitu MatePad 12 X untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan tablet terbaru Huawei dengan paparan ibarat kertas, serta tampil dengan kapasiti bateri besar, sistem kamera lebih baik dan tentunya skrin lebih besar, berbanding MatePad 11.5″S yang dilancarkan sekitar Jun lalu.

Harga dan ketersediaan MatePad 12 X di Malaysia

Walaupun sudah dilancar, MatePad 12 X masih belum mula dijual lagi sekarang. Tempahan awalnya dibuka bermula 19 November dan akan berakhir pada 29 November 2024. Hanya ada satu varian yang ditawarkan untuk MatePad 12 X dan harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



Huawei MatePad 12 X (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM2,999

Mereka yang menempah awal akan menerima pelbagai hadiah, dan ini termasuk sarung papan kekunci, pen stailus M-Pencil generasi ketiga, tetikus wayarles, fon putik FreeBuds 5, beg galas dan 1 tahun perlindungan skrin. Jika berminat, anda boleh tempah MatePad 12 X melalui stor dalam talian Huawei atau gedung rasmi mereka di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Huawei MatePad 12 X

Huawei MatePad 12 X adalah tablet sebesar 12-inci yang menggunakan paparan PaperMatte jenis LCD dengan resolusi 2.8k dan sokong kadar penyegaran 144Hz. Kecerahan puncak panel paparannya mencecah 1,000 nits.

Menguasakan tablet ini adalah cip Kirin T90A yang bergandingan bersama RAM 12GB dan storan 256GB. Sejurus keluar kotak, tablet ini menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2.

Bahagian pengimejan tablet ini didatangkan dengan dua kamera di belakang, dan ia adalah kamera utama 13MP dan kamera ultralebar 8MP. Manakala di hadapan, kamera 8MP boleh anda temukan di dalam bingkai. Untuk perbandingan, MatePad 11.5″S turut ada dua kamera yang sama, tetapi ia tiada kamera ultralebar.

Komponen tablet ini dihidupkan oleh bateri 10,100mAh, kapasiti sama yang terdapat di model MatePad Pro 13.2, dan Huawei dakwa ia mampu menawarkan masa main balik video berterusan selama 14 jam. Untuk mengecas, tablet ini menyokong pengecasan Huawei SuperCharge 66W.

Selain itu, tablet ini juga serasi dengan pen stailus Huawei M-Pencil gen-3 yang menyokong 10,000 tahap tekanan dengan teknologi Nearlink, berikan lakaran tanpa kelengehan. Untuk melukis, tablet ini juga didatangkan dengan aplikasi GoPaint dan tahap produktiviti pada tablet turut boleh ditambah baik dengan papan kekunci magnetik baharu yang kini lebih ringan dan nipis.

Sebanyak dua mikrofon dan enam unit speaker dimuatkan ke dalam badan tablet ini, dengan ianya senipis 5.9mm dan berat hanya 555g. Walaupun nipis, Huawei turut melengkapkan lapisan “graphite” di dalam tablet bagi memastikan penyejukan yang optimum.

Tablet ini juga sokong ciri ketersambungan seperti Bluetooth 5.2 dan WiFi 5, tetapi tiada sambungan 4G LTE atau 5G. MatePad 12 X ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hijau.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Huawei MatePad 12 X.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MatePad 12 XMatePad 12 X
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei MatePad 12 X dilancar, tablet skrin besar 144Hz dan ada bateri 10,100mAh

Huawei MatePad 12 X dilancar, tablet skrin besar 144Hz dan ada bateri 10,100mAh

20 November 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN