• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme akan kembali menjadi subjenama Oppo

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:57 pm
  • 08/01/2026
  • Komen
Realme akan kembali menjadi subjenama Oppo

Screenshot

Share on FacebookShare on Twitter

Realme dilapor akan kembali beroperasi sebagai subjenama di bawah Oppo. Langkah ini mengikut jejak OnePlus, yang sebelum ini telah telah disatukan ke dalam Oppo pada tahun 2021 bagi menyelaraskan operasi dan mengoptimumkan penggunaan sumber.

Menurut laporan Reuters, Realme mengesahkan integrasi tersebut dan menjelaskan bahawa keputusan itu bertujuan membantu kedua-dua syarikat berkongsi sumber serta mengurangkan kos.



Langkah ini tidak mengejutkan memandangkan pasaran telefon pintar semakin mencabar, dengan pasaran yang semakin perlahan dan pengguna cenderung menggunakan peranti lebih lama sebelum menaik taraf.

Apabila integrasi selesai, Realme dan OnePlus akan beroperasi sebagai subjenama Oppo. Walaupun begitu, Realme dijangka mengekalkan identitinya sebagai jenama yang disasarkan kepada pengguna muda, bagi membezakannya daripada penawaran Oppo dan OnePlus.



Sebagai konteks, Oppo dan Realme berada di bawah payung BBK Electronics, iaitu kumpulan teknologi yang turut memiliki Vivo dan iQOO.

Salah satu perkara yang menarik untuk diperhatikan ialah sama ada Realme akan menggunakan perisian yang sama dengan Oppo dan OnePlus. Ketika ini, peranti OnePlus masih menggunakan OxygenOS, walaupun ia secara asasnya berkongsi antaramuka dan ciri yang terdapat pada ColorOS milik Oppo.

Realme pada asalnya dilancarkan pada 2018 sebagai subjenama Oppo sebelum dipisahkan menjadi jenama tersendiri. Di Malaysia, pengurusan dan pengedaran jenama juga berbeza, Oppo dan OnePlus berada di bawah Jie Business Sdn. Bhd., manakala Realme dikendalikan oleh DTL Malaysia Sdn. Bhd.

Buat masa ini, masih belum jelas bagaimana integrasi baharu ini akan memberi kesan kepada strategi produk dan penawaran peranti Realme pada masa hadapan. Adakah Realme akan berkongsi lebih banyak elemen perkakasan dengan Oppo, seperti mana yang berlaku pada OnePlus? Sama-sama kita nantikannya.

Tags: BBK ElectronicsOnePlusoppoRealme
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Realme akan kembali menjadi subjenama Oppo

Realme akan kembali menjadi subjenama Oppo

8 January 2026
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER