• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spesifikasi penuh Proton e.MAS 7 PHEV didedahkan, tempahan dibuka 13 Januari

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:31 pm
  • 12/01/2026
  • Komen
Spesifikasi penuh Proton e.MAS 7 PHEV didedahkan, tempahan dibuka 13 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Proton melalui Pro-Net, akhirnya telah mendedahkan spesifikasi penuh untuk kenderaan plugin hibrid pertama mereka, Proton e.MAS 7 PHEV. Menariknya, model yang akan dilancarkan di Malaysia hadir dengan spesifikasi sedikit lebih tinggi berbanding versi global Geely Starray EM-i, sekurang-kurangnya untuk varian paling tinggi.

Buat masa ini, Proton hanya berkongsikan unit yang masih diselebungi dengan camoflage. Tetapi anda tak perlu tunggu lama untuk melihat rupa sebenar plugin hibrid kerana pelancarannya semakin hampir. Malah, tempahan untuk Proton e.MAS 7 PHEV akan dibuka pada 13 Januari.



Kelebihan varian tertinggi e.MAS 7 PHEV Premium+

Apa yang dimaksudkan dengan pasaran kita menerima spesifikasi lebih baik adalah, pada segi bateri. Berbanding bateri 18.4kWh pada model global, varian tertinggi Premium+ e.MAS 7 PHEV menerima bateri LFP berkapasiti 29.8kWh dan ia mampu menawarkan:

  • Jarak EV: 170km (NEDC) / 146km (WLTP)
  • Jarak keseluruhan: 1,065km (NEDC) / 996km (WLTP)

Selain bateri lebih besar, varian Premium+ juga menyokong pengecasan DC sehingga 60kW, membolehkan bateri dicas dari 30% ke 80% dalam kurang 16 minit.



Model kembarnya di China, Geely Galaxy Starship 7 EM-i 2026, turut menggunakan bateri 29.8kWh, tetapi Geely tidak menyatakan kelajuan pengecasan DC sebenar untuk pasaran China.

Premium+ juga satu-satunya varian yang hadir dengan bumbung panorama dan bersama sunshade elektrik.

e.MAS 7 PHEV Prime & Premium

Dua varian lain iaitu Prime dan Premium menggunakan bateri 18.4kWh, sama seperti model global Starray/EX5/E5 DM-i. Jarak yang ditawarkan:

  • Jarak EV: 105km (NEDC) / 83km (WLTP)
  • Jarak keseluruhan: 1,000km (NEDC) / 943km (WLTP)

Namun, kadar pengecasan DC jauh lebih perlahan iaitu hanya 30kW, dengan masa pengecasan 30%–80% sekitar 20 minit.

Proton e.MAS 7 PHEV lebih besar daripada Proton e.MAS 7

Walaupun berkongsi nama, versi PHEV ini sebenarnya lebih panjang, lebar, tinggi dan berat berbanding model elektrik penuh e.MAS 7. Ruang but juga jauh lebih besar.

Proton e.MAS 7 PHEV

  • Ruang but: 528L – 2,065L
  • Dimensi: 4,740mm (P) × 1,940mm (L) × 1,685mm (T)
  • Jarak roda: 2,755mm
  • Berat: 1,735kg – 1,835kg
Proton e.MAS 7

Proton e.MAS 7 (BEV)

  • Dimensi: 4,615mm (P) × 1,901mm (L) × 1,670mm (T)
  • Berat: 1,662kg – 1,765kg
  • Ruang but: 461L – 1,877L

Semua varian e.MAS 7 PHEV guna trenkuasa sama

Walaupun ada perbezaan dari segi kapasiti bateri dan kelajuan pengecasan DC, ketiga-tiga varian e.MAS 7 PHEV sebenarnya menggunakan trenkuasa yang sama seperti model global. Ia menampilkan enjin 1.5L NA 4-silinder berkuasa 73kW (98hp) dengan tork 125Nm, bersama motor elektrik 160kW (215hp) yang turut menghasilkan 262Nm.

Gabungan ini memberikan output maksimum 193kW (259hp) dan tork maksimum 262Nm. SUV ini juga mempunyai tangki petrol 51L. Dari segi prestasi, e.MAS 7 PHEV mencatat masa 0–100km/h antara 8.0 hingga 8.2 saat, bergantung pada varian. Kelajuan maksimum pula dihadkan secara elektronik kepada 170km/h.

Menurut Pro-Net, penggunaan bahan api untuk varian Prime dan Premium ialah 4.3L/100km, manakala Premium+ sedikit berbeza pada 4.4L/100km.

Untuk suspensi, semua varian menggunakan tetapan McPherson strut di depan dan multi-link di belakang. Pro-Net turut mendakwa SUV ini mempunyai radius pusingan 5.2m. Ketiga-tiga varian menyokong pengecasan AC satu fasa sehingga 6.6kW. Seperti model BEV e.MAS 7, versi PHEV ini juga menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan Vehicle-to-Vehicle (V2V), walaupun kelajuan output tidak dinyatakan dalam helaian spesifikasi.

Ciri standard untuk semua varian e.MAS7 PHEV

Selain sistem trenkuasa, ketiga-tiga varian e.MAS 7 PHEV turut berkongsi ciri lain termasuk:

  • Stereng kulit antibakteria
  • Tempat duduk leatherette
  • Paparan meter digital 10.2”
  • Skrin infotainmen 15.4” 2.5K
  • Sistem Flyme Auto (Inggeris & BM)
  • Android Auto dan Apple CarPlay
  • Peta pengecasan terbina
  • Integrasi aplikasi Proton e.MAS
  • Ciri ADAS termasuk Intelligent Cruise Control (ICC), Adaptive Cruise Control (ACC), Automatic Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Emergency Brake Assist (EBA), Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Prevention (LDP), Leading Vehicle Departure Alert (LVDA), and Traffic Sign Recognition (TSR)
  • Pemantauan tekanan tayar
  • Kamera belakang
  • Sensor parkir
  • 6 beg udara

Apa yang kurang Proton e.MAS 7 PHEV Prime?

Sebagai varian asas, Prime kehilangan banyak ciri termasuk:

  • Lampu bar LED penuh di depan
  • Cermin sisi auto-lipat
  • Head-up Display
  • Tempat duduk elektrik di depan
  • Tempat duduk berpengudaraan di depan
  • Tempat duduk boleh laras penuh di depan
  • Armrest belakang dengan pemegang cawan
  • Lampu ambien 256 warna
  • Penutup but belakang boleh tanggal
  • Beg udara di tengah
  • Amaran pengesan penumpang
  • Sensor parkir depan
  • Kamera 360°

Beberapa fungsi ADAS juga tidak tersedia, termasuk Emergency Lane Keep Assist (ELKA), Rear Collision Warning (RCW), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Lane Change Safety Warning (LCW), Blind Spot Detection (BSD), dan Door Open Warning (DOW). Varian Prime juga menggunakan rim 18 inci, berbanding rim 19 inci pada Premium dan Premium+. Ia dijangka menggunakan tayar spesifikasi lebih rendah berbanding tayar Goodyear EfficientGrip Performance SUV pada varian lebih tinggi.

Sistem audio juga asas, hanya 6 pembesar suara, sementara Premium dan Premium+ hadir dengan sistem Flyme Audio 16 pembesar suara bersama pembesar suara di perehat kepala pemandu.

Tags: pronetprotonProton e.MASproton e.mas 7Proton e.MAS 7 PHEV
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Spesifikasi penuh Proton e.MAS 7 PHEV didedahkan, tempahan dibuka 13 Januari

Spesifikasi penuh Proton e.MAS 7 PHEV didedahkan, tempahan dibuka 13 Januari

12 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER