• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wisedrive masuki Malaysia, perkenal pemeriksaan kereta terpakai berasaskan AI

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:49 am
  • 15/01/2026
  • Komen
Wisedrive masuki Malaysia, perkenal pemeriksaan kereta terpakai berasaskan AI
Share on FacebookShare on Twitter

Wisedrive, sebuah syarikat teknologi pemeriksaan kenderaan, kini melancarkan operasinya secara rasmi di Malaysia. Pelancaran tersebut berlangsung di ibu pejabat Unipac Engineering di Shah Alam, menandakan kemasukan teknologi pemeriksaan kenderaan berasaskan kecerdasan buatan (AI) ke dalam pasaran kereta terpakai tempatan.

Salah satu keunikan utama pada sistem Wisedrive adalah ia menggabungkan pemeriksaan berasaskan AI, pengesanan bunyi, analisis visual dan diagnostik data bagi memberikan gambaran keadaan kenderaan yang lebih konsisten dan berasaskan data. Pendekatan ini bertujuan membantu pembeli memahami keadaan sebenar kenderaan, sekali gus menyokong keputusan serta laporan urusan jual beli yang lebih telus.



Bagaimana sistem Wisedrive berfungsi?

Dalam proses pemeriksaan, data visual dan audio dikumpulkan menggunakan telefon pintar, termasuk gambar, video dan bunyi enjin. Data ini kemudiannya dianalisis oleh sistem AI yang membandingkannya dengan pangkalan data masalah kenderaan yang telah dikenal pasti sebelum ini.

Menurut Wisedrive, sistem mereka menggunakan teknologi pembelajaran mesin, penglihatan komputer dan pemprosesan akustik untuk mengenal pasti potensi isu yang mungkin sukar dikesan melalui pemeriksaan biasa.



Wisedrive juga mengatakan sistem ini dilatih menggunakan 150,000 set data visual dan 31 juta set data audio yang meliputi 8,245 model dan varian kenderaan. Ini termasuk model pertama jenama nasional seperti Proton dan Perodua yang masing-masing dilancarkan pada tahun 1985 dan 1994.

Berdasarkan latihan data tersebut, analisis enjin yang dijalankan dikatakan mampu memberikan analisa enjin yang 20 kali lebih tepat berbanding pemeriksaan manual. Bukan setakat itu, didakwa pendekatan ini juga mengurangkan kesilapan manusia sehingga 95% dan memendekkan tempoh pemeriksaan sehingga 75% berbanding kaedah biasa.

Proses pemeriksaan dan laporan

Dari segi aliran proses, pengguna perlu membuat tempahan melalui laman web WISEDRIVE dengan mengisi butiran kenderaan, memilih tarikh pemeriksaan dan mengesahkan pembayaran. Buat masa ini, perkhidmatan ini ditawarkan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Bharu.

Tempahan hanya memerlukan masa 2 minit, dengan sesi pemeriksaan memakan masa sekitar 90 minit. Selepas pemeriksaan selesai, laporan penuh kenderaan akan disediakan serta-merta.

Contoh laporan pemeriksaan Wisedrive

Menariknya, laporan ini turut menyertakan cadangan keputusan sama ada kenderaan sesuai dibeli atau tidak, serta anggaran harga pasaran bagi kenderaan tersebut. Menurut Wisedrive, anggaran harga ini dihasilkan berdasarkan data yang dikumpul daripada pelbagai platform lain.

Harga pemeriksaan Wisedrive

Berkenaan harga, buat masa ini Wisedrive mengatakan mereka mengenakan caj sebanyak RM400 untuk pemeriksaan bagi kereta biasa di bawah pakej standard. Manakala untuk kenderaan mewah, kos pemeriksaan ditetapkan pada RM800.

Anda boleh menyemak senarai jenama yang dikategorikan sebagai kenderaan standard atau mewah melalui gambar di atas.

Malaysia sebagai pasaran permulaan Asia Tenggara

Menurut Hafiz Zubir, Pengurus Negara Wisedrive Malaysia, teknologi ini dibangunkan berasaskan visi untuk menggunakan teknologi dan data bagi meningkatkan ketelusan, kecekapan dan kepercayaan dalam ekosistem automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif Wisedrive Asia Tenggara, Philipp Moeller

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wisedrive Asia Tenggara, Philipp Moeller, menjelaskan bahawa Malaysia dipilih sebagai negara pertama bagi pengembangan Wisedrive di Asia Tenggara dengan sokongan pasukan operasi penuh serta rakan tempatan. Malaysia dilihat bukan sahaja sebagai negara pengeluar kenderaan, malah sebuah pasaran yang mempunyai kadar penerimaan teknologi dan AI yang tinggi.

Selain kegunaan kepada pembeli dan penjual, sistem ini turut dibangunkan untuk mewujudkan nilai komersial di seluruh ekosistem automotif, dengan membolehkan pihak bank, syarikat insurans dan pengedar kereta menggunakan data pemeriksaan yang diseragamkan bagi tujuan penilaian risiko dan penetapan harga.

Dalam masa sama, Wideserve turut mendedahkan perancangan untuk memulakan operasi perintis di Thailand dan Indonesia pada suku pertama 2026.

Ketahui lebih lanjut atau anda boleh cuba Wisedrive sekarang melalui laman rasmi Wisedrive.

Tags: aikecerdasan buatanwisedrive
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Wisedrive masuki Malaysia, perkenal pemeriksaan kereta terpakai berasaskan AI

Wisedrive masuki Malaysia, perkenal pemeriksaan kereta terpakai berasaskan AI

15 January 2026
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER