• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate X7 rasmi di Malaysia, lebih tahan lasak dengan IP59 & bateri 5,600mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:01 pm
  • 20/01/2026
  • Komen
Huawei Mate X7 rasmi di Malaysia, lebih tahan lasak dengan IP59 & bateri 5,600mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan bakal melancarkan beberapa peranti baharu di Malaysia, Huawei hari ini secara rasmi memperkenalkan Mate X7 untuk pasaran tempatan. Telefon lipat terbaharu ini menggantikan Mate X6 dengan pelbagai penambahbaikan, termasuk rekaan yang lebih elegan, binaan lebih tahan lasak serta keupayaan kamera yang dipertingkatkan.

Lebih menarik, Huawei turut menawarkan hadiah menarik kepada pembeli awal Huawei Mate X7.



Harga dan ketersediaan Huawei Mate X7 di Malaysia

Huawei Mate X7 dijual di Malaysia pada harga RM8,688 untuk varian 16GB+512GB, sama seperti generasi sebelumnya. Ia boleh dipratempah dari20 Januari menerusi semula Huawei Experience Store, laman web Huawei serta gedung rasmi mereka di Shopee, Lazada dan TikTok.

Pembeli awal juga berpeluang menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM7,595, termasuk jam Huawei Watch GT5, tablet MatePad 11.5, perlindungan skrin selama 1 tahun serta rebat tukar beli bernilai sehingga RM2,000.



Spesifikasi Huawei Mate X7

Bermula dengan skrin, Huawei Mate X7 hadir dengan skrin dalaman 8-inci dan skrin luar 6.49-inci, dengan kedua-duanya menggunakan panel LTPO OLED. Ia menyokong kadar penyegaran 120Hz, kecerahan puncak sehingga 3,000 nits dan PWM dimming 1440Hz.

Atas papan utama, Mate X7 dikuasakan cip Kirin 9030 Pro, dipadankan dengan RAM 16GB dan storan 512GB. Menyalurkan tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti 5,600mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 66W dan wayarles 50W melalui teknologi SuperCharge.

Di bahagian pengimejan, Mate X7 mengguna pakai sistem kamera True-to-Colour, yang dikatakan mereka menawarkan peningkatan warna dan cahaya yang masuk pada lensa. Perkakasan kameranya terdiri daripada utama 50MP dengan OIS, kamera ultralebar 40MP dan kamera telefoto periskop 50MP dengan OIS dan fungsi makro.

Kamera utamanya menawarkan apertur boleh laras f/1.49 hingga f/4.0, manakala lensa telefoto berkeupayaan mengezum optikal 3.5x dan digital sehingga 100x. Ia juga menyokong rakaman Ultra HDR 4K. Untuk swafoto, terdapat dua kamera 8MP masing-masing pada skrin luar dan dalam. Mate X7 hadir dengan reka bentuk modul kamera baharu yang dikenali sebagai Time Space Gate yang nampak lebih elegan.

Dari segi binaan, peranti ini menggunakan struktur yang lebih kukuh menerusi Ultra-Reliable Foldable Architecture. Skrin luarnya dilindungi kaca Crystal Armour Kunlun, yang didakwa sehingga 16 kali lebih tahan calar, manakala bahagian engsel menggunakan Advanced Precision Hinge bersama struktur komposit tiga lapisan bagi memperkukuh dan melindungi skrin dalaman.

Selain itu, Mate X7 turut hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP58/IP59. Dari segi dimensi, peranti ini tampil nipis dengan ukuran 9.5mm apabila dilipat dan hanya 4.5mm apabila dibuka sepenuhnya.

Mate X7 akan menjalankan EMUI 15 sejurus keluar kotak, dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu putih, serta varian hitam dan merah dengan kemasan kulit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Huawei Mate X7.

Tags: HuaweiHuawei Mate X7Mate X7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Huawei Mate X7 rasmi di Malaysia, lebih tahan lasak dengan IP59 & bateri 5,600mAh

Huawei Mate X7 rasmi di Malaysia, lebih tahan lasak dengan IP59 & bateri 5,600mAh

20 January 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN