• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kad debit Ryt Bank kini menyokong Google Pay, ini cara tambahya

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:38 pm
  • 21/01/2026
  • Komen
Kad debit Ryt Bank kini menyokong Google Pay, ini cara tambahya
Share on FacebookShare on Twitter

Bank digital terbaru di Malaysia, Ryt Bank telah mengumumkan bahawa kad debit Ryt Visa kini menyokong Google Pay. Ini membolehkan pengguna Android membuat pembayaran tanpa sentuh terus melalui telefon pintar yang menyokong NFC.

Sokongan ini mula tersedia pada 19 Januari 2026, dan pengguna boleh menambah kad Ryt mereka terus ke Google Wallet. Ryt Bank turut memaklumkan bahawa pilihan untuk mengaktifkan Google Pay terus melalui aplikasi Ryt Bank di Android akan diperkenalkan tidak lama lagi bagi memudahkan proses pendaftaran.



Dengan pengumuman ini, Ryt Bank menjadi bank digital kedua di Malaysia yang menyokong Google Pay, selepas Boost Bank. Selain kad fizikal, kad maya Ryt Bank juga juga disokong pada Google Pay.

Ketua Pegawai Strategi Ryt Bank, Yeoh Keong Zhen, berkata sokongan Google Pay bertujuan memudahkan urusan pembayaran harian pengguna menggunakan peranti yang paling kerap digunakan. Beliau turut berkongsi bahawa lebih banyak penambahbaikan sedang dirancang, dengan beberapa kemas kini dijangka diperkenalkan menjelang Tahun Baharu Cina dan Hari Raya.



Cara tambah kad Ryt ke Google Pay

Untuk mula menggunakan Google Pay, pengguna hanya perlu membuka aplikasi Google Wallet dan pilih “Add Payment Card”. Kemudian, masukkan butiran kad anda, sama ada secara manual atau diimbas menggunakan kamera telefon. Selepas itu, pengguna perlu melengkapkan proses pengesahan sama ada melalui aplikasi Ryt Bank atau menggunakan kod pengesahan yang dihantar ke e-mel berdaftar Setelah selesai, Google Pay boleh digunakan untuk pembayaran.

Bagi pengguna iPhone, menerusi komen pada hantaran media sosial mereka, Ryt Bank turut memaklumkan bahawa sokongan Apple Pay berada dalam perancangan, dan kemas kini lanjut akan dikongsi apabila ia sedia untuk dilancarkan.

Selain sokongan Google Pay, Ryt Bank ketika ini masih menawarkan kadar faedah 4% setahun untuk ciri Save Pockets, tertakluk kepada syarat pengumpulan lima cop setiap bulan. Satu cop boleh diperoleh dengan membuat bayaran minimum RM10 menggunakan kad Ryt atau JomPay, dengan had satu cop boleh didapatkan sehari.

Kad Ryt juga menawarkan pulangan tunai 1.2% tanpa had untuk transaksi luar negara, selain tiada caj transaksi asing, yang mungkin menarik untuk pengguna yang kerap berbelanja atau melakukan pembayaran di luar Malaysia.

Tags: androidGooglegoogle payRyt Bank
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kad debit Ryt Bank kini menyokong Google Pay, ini cara tambahya

Kad debit Ryt Bank kini menyokong Google Pay, ini cara tambahya

21 January 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN