• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hypershell lancar eksorangka X Ultra pada RM,8,999, boleh dikawal melalui Apple Watch

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:41 pm
  • 29/01/2026
  • Komen
Hypershell lancar eksorangka X Ultra pada RM,8,999, boleh dikawal melalui Apple Watch
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Julai lalu, Hypershell, syarikat pengeluar teknologi eksorangka membuat kemunculan sulungnya di Malaysia dengan memperkenalkan eksoskeleton Hypershell X. Kini, syarikat itu kembali dengan penawaran terbaharu untuk pasaran tempatan, iaitu Hypershell X Ultra.

Model baharu ini direka untuk meningkatkan mobiliti dan prestasi manusia, khususnya bagi pengguna yang aktif melakukan pelbagai aktiviti luar seperti berjalan, mendaki, berlari dan berbasikal.



Harga Hypershell X Ultra di Malaysia

Seperti sebelum ini, harga eksorangka Hypershell X Ultra baharu ini tidaklah murah. Ia dijual pada harga RM8,999, dan setiap pembelian disertakan dengan hadiah percuma berupa Anti-Cold Battery bernilai RM599 dan 4-port Charging Hub bernilai RM299, tertakluk kepada stok.

Anda boleh membelinya bermula 1 Februari 2026 pada jam 8 malam, menerusi stor rasmi Hypershell Malaysia di Shopee, Lazada, TikTok Shop serta laman web rasmi Hypershell.



Spesifikasi dan ciri Hypershell X Ultra

Hypershell X Ultra ialah eksoskeleton yang dipakai dari bahagian pinggang hingga ke paha. Ia direka untuk menyokong pergerakan semula jadi pengguna sambil mengurangkan keletihan fizikal, terutamanya ketika bergerak dalam tempoh yang panjang atau di permukaan mencabar seperti cerun curam, pasir dan salji.

Menurut Hypershell, model ini dikuasakan oleh AI MotionEngine Ultra, sistem pintar yang menggunakan lebih sedozen sensor terbina untuk memantau pergerakan pengguna secara masa nyata. Sistem ini boleh menyesuaikan tahap sokongan mengikut situasi bagi menghasilkan langkah yang lebih lancar dan stabil.

Untuk sokongan fizikal, X Ultra dilengkapi M-One Ultra Motors yang menawarkan peningkatan kuasa berbanding generasi terdahulu, dengan output sehingga 1,000W. Hypershell mendakwa sistem ini mampu mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 39% ketika berbasikal dan 20% ketika berjalan, selain membantu meningkatkan daya tahan otot fleksor pinggul.

Dari segi bateri, Hypershell X Ultra mampu menyokong sehingga 42,000 langkah bagi setiap bateri. Dengan dua bateri disertakan, jarak penggunaan dianggarkan sehingga 60km, naik taraf berbanding hanya sekitar 17.5km pada model generasi sebelumnya.

Bagi menyesuaikan penggunaan dalam persekitaran berbeza, Hypershell X Ultra hadir dengan lima mod pintar. Ini termasuk Descent Assist untuk mengurangkan tekanan pada lutut ketika menuruni cerun, Cycling+ untuk bantuan tork ketika berbasikal, Running+ bagi sokongan tambahan semasa pecutan, serta mod Dune dan Snow untuk kestabilan di permukaan berpasir dan salji.

Hypershell turut memperkenalkan sokongan watchOS buat pertama kali melalui aplikasi Hypershell+. Melalui integrasi ini, pengguna boleh menukar mod, melaraskan tahap kuasa dan memantau status peranti terus daripada Apple Watch, tanpa perlu menggunakan telefon pintar.

Dari segi binaan, Hypershell X Ultra menggunakan bahan bertaraf aeroangkasa dengan reka bentuk ergonomik dan tahan lasak, sambil mengekalkan berat hanya 1.8kg. Ia direka untuk digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca, dan rekaannya juga menerima pengesahan SGS.

Tags: eksorangkaHypershell
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Hypershell lancar eksorangka X Ultra pada RM,8,999, boleh dikawal melalui Apple Watch

Hypershell lancar eksorangka X Ultra pada RM,8,999, boleh dikawal melalui Apple Watch

29 January 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN