• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton S70 MC 2026 dilancar: Enjin 4-silinder 179hp, kini ada Apple CarPlay, harga dari RM69K

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:26 pm
  • 12/02/2026
  • Komen
Proton S70 MC 2026 dilancar: Enjin 4-silinder 179hp, kini ada Apple CarPlay, harga dari RM69K
Share on FacebookShare on Twitter

Proton akhirnya memperkenalkan versi kemas kini sedan segmen-C mereka, Proton S70 MC 2026 kira-kira dua tahun lebih selepas model pertamanya dilancar pada tahun 2023. Ini juga merupakan model ketiga yang dilancarkan Proton tahun ini, selepas Proton X70 MC3 dan Proton e.MAS 7 PHEV, sedangkan kita baru sahaja memasuki bulan Februari.

Harga Proton S70 MC 2026

Berikut harga atas jalan (tanpa insurans) untuk S70 MC 2026::



  • Proton S70 1.5TD Executive – RM68,800
  • Proton S70 1.5TD Premium – RM74,800
  • Proton S70 1.5TD Flagship – RM84,800
  • Proton S70 1.5TD Flagship X – RM89,800

Harga ini sudah termasuk rebat pelancaran RM5,000 untuk 2,000 pelanggan pertama yang mendaftar sebelum 31 Mac 2026. Tanpa rebat tersebut, harga S70 MC sebenarnya sama seperti harga pelancaran model asal pada 2023.

Jika anda memilih untuk mengambil insurans melalui Program Insurans Proton, beberapa perlindungan tambahan turut disertakan seperti:



  • Perlindungan Special Perils
  • Bantuan banjir sehingga RM2,000
  • Perlindungan kemalangan diri penumpang (sehingga 4 orang, RM15,000 setiap seorang)

S70 MC juga layak untuk program tukar beli kenderaan lama (cash-for-clunkers), yang menawarkan rebat tambahan RM4,000 jika anda menukar kenderaan berusia sekurang-kurangnya 20 tahun dan tidak lagi layak jalan.

Dari segi pembiayaan, Proton menawarkan tempoh pinjaman sehingga 9 tahun dengan kadar faedah bermula serendah 2.25% setahun.

Pilihan warna dan waranti Proton S70 MC 2026

S70 MC ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu Ruby Red, Quartz Black, Space Grey, Snow White, Marine Blue dan Armour Silver. Untuk bahagian dalaman, varian Flagship X menggunakan kemasan hitam penuh, manakala varian lain hadir dengan headliner kelabu.

Setiap pembelian turut disertakan dengan pelan data dalam kereta selama 5 tahun, dengan kuota 2GB sebulan. Proton juga memberikan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, bersama 6 kali servis buruh percuma.

Apa yang baharu pada S70 MC 2026?

Perubahan utama pada S70 MC ialah penggunaan enjin 1.5L i-GT 4-silinder turbo baharu. Ia menggantikan enjin 3-silinder GEP3 1.5T yang digunakan sebelum ini. Enjin baharu ini menghasilkan 179hp (133kW) dan tork 290Nm.

Ini bermakna model baru ini terima peningkatan sekitar 21% kuasa dan 28% tork berbanding model terdahulu. Ia dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT.

Digandingkan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan (7DCT), Proton mendakwa S70 MC mampu memecut 0–100km/j dalam masa 7.5 saat – iaitu 2.1 saat lebih pantas berbanding model asal.

Semua varian S70 kini menerima enjin i-GT ini. Namun, beberapa ciri tambahan hanya ditawarkan pada varian lebih tinggi.

Contohnya, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, serta rim aloi 17 inci rekaan baharu hanya tersedia untuk varian Flagship dan Flagship X.

Varian Flagship X turut menerima rekaan aerokit baharu. Untuk warna Quartz Black dan Snow White, aerokit hadir dengan kemasan trim Storm Red, manakala warna lain menerima kemasan Matte Black.

Tags: protonProton S70Proton S70 MC 2026
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Proton S70 MC 2026 dilancar: Enjin 4-silinder 179hp, kini ada Apple CarPlay, harga dari RM69K

Proton S70 MC 2026 dilancar: Enjin 4-silinder 179hp, kini ada Apple CarPlay, harga dari RM69K

12 February 2026
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER